Quantcast

KAJIAN & FAKTA

5 Pemain Yang Membuat Penampilan Terbanyak Di Liga Perdana Inggeris

Bukan mudah untuk menjadi pemain yang berjaya melakukan penampilan terbanyak dalam sesuatu kempen liga dan seterusnya sentiasa menjadi pilihan para pengurus.

Sudah tentunya kerja keras yang menjadi bekalan serta seseorang pemain perlu untuk mengekalkan kecergasan dengan baik dan mempersembahakan aksi yang konsisten menjadi antara kunci kepada kejayaan tersebut.

Berikut dinyatakan 5 pemain yang berjaya membuat penampilan terbanyak dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat tatapan pembaca semua :

5) Gary Speed (535 Penampilan)

Mendiang memulakan kariernya dalam saingan ini bersama Leeds United pada musim 1992/93. Selepas melakukan 143 penampilan bersama Leeds United, beliau kemudiannya berhijrah ke Everton.

Speed sempat beraksi dua musim di Goodison Park dan meneruskan pengembaraannya di Newcastle United, kelab yang disertainya selama enam musim untuk mencatatkan 213 penampilan bersama pasukan.

Pada tahun 2004, beliau memilih untuk ke Bolton Wanderers dan berjaya mengecapi 124 penampilan disana.

Dalam 535 penampilannya di Liga Perdana Inggeris, Speed berjaya mencatatkan 80 jaringan dan 44 bantuan jaringan (assist).

4) David James (572 Penampilan)

Penjaga gol berketinggian 6 kaki 4 inci itu pada mulanya beraksi bersama Watford, selepas kewujudan Liga Perdana Inggeris, beliau berhijrah ke Anfield.

Penampilan pertamanya di Liga Perdana Inggeris bukanlah satu kenangan yang begitu manis buatnya apabila tewas 1-0 ditangan Nottingham Forest di perlawanan yang berlangsung pada Ogos 1992 itu.

Selepas merasai pengalaman tujuh musim di Liverpool, James kemudiannya dijual ke Aston Villa dengan yuran perpindahan  £1.8 juta.

Di Aston Villa, beliau telah berjaya membuat 67 penampilan. James juga pernah beraksi untuk West Ham United, Manchester City dan kelab terakhir disertainya adalah Portsmouth.

3) Frank Lampard (609 Penampilan)

Bekas pemain antarabangsa England ini melalui 8 musim di West Ham United, 13 musim di Chelsea dan semusim di Manchester City yang hebat dalam Liga Perdana Inggeris.

Kemuncak prestasinya ketika di Chelsea meletakkan beliau sebagai antara pemain yang berada di kelasnya yang tersendiri.

Lampard berjaya menghasilkan 177 jaringan (pemain ke-4 senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman EPL) dan mencipta 102 bantuan jaringan (pemain ke-3 senarai bantuan jaringan (assist) terbanyak sepanjang zaman EPL) di sepanjang 609 aksinya di liga popular ini.

2) Ryan Giggs (632 Penampilan)

Pemain dari Wales ini hanya beraksi untuk Manchester United di sepanjang perjalanan bola sepaknya. Legenda yang disayangi di Old Trafford.

Beliau juga tidak pernah memperolehi sebarang kad merah ketika bersama Manchester United.

632 perlawanan yang dilalui diserikan lagi dengan 109 jaringan dan 162 assists  (pemain paling banyak melakukan  assists sepanjang zaman EPL) yang dihasilkannya pemain sayap ini.

1) Gareth Barry (634 Penampilan)

Barry berjaya menyamakan rekod penampilan terbanyak yang ketika itu dipegang Ryan Giggs dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada 16 September ketika West Bromwich Albion bertemu West Ham United.

Beliau kemudiannya memecahkan rekod tersebut sepuluh hari kemudian apabila turut diturunkan oleh Tony Pulis ketika skuad bimbingannya tewas 2-0 ke atas Arsenal di Stadium Emirates.

Mengikut keadaan semasa, Barry berpeluang cerah untuk terus melebarkan penguasaannya apabila beliau kini merupakan tonggak utama kelab dan menjadi pilihan utama Tony Pulis untuk menurunkannya pada setiap perlawanan.

 

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!