Memandangkan dunia bola sepak merupakan sukan paling banyak tontonan dalam dunia, maka para pemain bola sepak juga dianggap sebagai role-models untuk kebanyakan peminat.
Walau bagaimanapun, sukan bola sepak dan mereka-mereka yang terlibat dengan sukan ini tidak pernah lari dari melakukan kesilapan dan terpalit dengan kontroversi.
Sejak kebelakangan ini, para peminat boleh melihat sendiri bagaimana ramainya pemain bola sepak terkenal yang terpalit dengan kontroversi dan ada yang didakwa atas tuduhan jenayah.
Manchester City’s Benjamin Mendy has been charged with two additional counts of rape, the Crown Prosecution Service said.
He has been suspended since August after previously being charged with four counts of rape and one count of sexual assault. pic.twitter.com/lkl0C8UB6X
— B/R Football (@brfootball) November 16, 2021
Segelintir dari para pemain berprofil tinggi ini juga turut terlibat dan disabitkan dengan dakwaan jenayah yang sangat menjijikan.
Ada pemain yang sudah menjalani hukuman kerana melakukan kesalahan sangat berat, dan ada juga antara mereka yang masih turun naik mahkamah menyelesaikan kes masing-masing.
Berikut merupakan senarai lima pemain berprofil tinggi yang dituduh melakukan jenayah berat ketika kariernya mereka masih aktif.
5. Marcos Alonso
Pemain wing-back Chelsea, Marcos Alonso pernah berdepan dengan kes mahkamah yang besar pada tahun 2011 yang lalu.
Beliau pada ketika itu sedang beraksi bersama Bolton Wanderers dan telah terlibat dengan satu kemalangan di Madrid, yang telah mengorbankan nyawa salah seorang penumpang.
Never forget Marcos Alonso killed a young girl drunk driving yet he’s able to play in the premier league scot free and earn £5,200,000 a year. pic.twitter.com/Nu2cJ9Sq98
— Stef Khan (@Stef_Khan) September 19, 2021
Penyiasat mendapati Alonso memandu pada kelajuan 122.8kmph dalam keadaan jalan basah di kawasan larangan memandu lebih dari 50kmph.
Ujian mendapati pemain kebangsaan Sepanyol itu berada dalam keadaan mabuk dengan kandungan alkohol dalam darahnya adalah 0.93 mg setiap satu milliliter darah.
Yang mana catatan tersebut tiga kali ganda melebihi bacaan yang dibenarkan mengikut peraturan jalan raya di Sepanyol.
Beliau pada awalnya berdepan hukuman empat tahun penjara, namun ia kemudiannya ditukar kepada 21 bulan sahaja sebelum kes tersebut digugurkan sepenuhnya.
https://twitter.com/Soccer24COM/status/771426833308979200?t=dfNBD4t3pa_YymcFensQEg&s=19
Beliau menyelesaikan masalah tersebut di luar mahkamah dengan membayar €500,000 kepada keluarga mangsa untuk menutup terus kes tersebut.
Beliau juga turut berdepan hukuman penggantungan lesen memandu selama tiga tahun empat bulan.
4. Ferland Mendy
Wartawan terkenal Perancis, Romain Molina telah mendedahkan yang pemain pertahanan kiri Real Madrid, Ferland Mendy telah dituduh melakukan jenayah yang sangat berat.
Molina mempunyai reputasi yang sangat baik sebagai salah satu sumber yang paling dipercayai dan ia jelas berita yang tidak begitu baik untuk Mendy pada ketika ini.
Ferland Mendy hit a woman, knocked her to the ground, kicked her in the head, before showing her his genitals. She was taken to the emergency room after suffering head trauma. He also assaulted another woman. [@Romain_Molina] pic.twitter.com/3edXeogv2v
— Football Talk (@FootballTalkHQ) November 19, 2021
Beliau telah dituduh menumbuk dan menendang seorang wanita fi bahagian kepalanya, dengan beliau turut dituduh menghulurkan kemaluannya kepada wanita tersebut secara paksa.
Laporan sama turut menyatakan yang rakan Mendy cuba menghalang beliau dari melakukan hal tersebut, namun ia tidak banyak membantu untuk melindungi wanita tersebut.
Mangsa bersama rakannya dilaporkan terpaksa berkurung dalam bilik mandi di sebuah hotel kerana mereka sangat bimbang dengan keselamatan masing-masing.
A major twist in the Ferland Mendy scandal as Romain Molina claims that Lyon were aware of the sexual assault by the player but covered it up to ensure the transfer to Real Madrid took place.#365Scores #FerlandMendy #OL #Lyon #realMadrid #Ligue1 #LaLiga pic.twitter.com/yDnTYPJjGE
— 365Scores (@365Scores) November 19, 2021
Mendy dijangka akan berdepan dengan pertuduhan yang sangat serious seandainya mangsa memutuskan untuk membuat laporan dan mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.
3. Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo merupakan nama paling besar dalam sejarah dunia bola sepak. Beliau juga dianggap sebagai antara pemain terhebat sepanjang zaman.
Namun reputasi beliau sedikit terjejas kerana Ronaldo turut pernah dituduh melakukan kesalahan jenayah yang sangat berat.
Cristiano Ronaldo rape case should be dismissed, recommends Las Vegas judge https://t.co/kQGEsbB1nl pic.twitter.com/Mvczg9eILO
— SPORTS CIRCUS INT. (@SPORTSCIRCUSINT) November 14, 2021
Telah dilaporkan pada tahun 2017 yang lalu, yang mana pihak Polis dari Las Vegas sedang menjalankan siasatan ke atas Cristiano Ronaldo, selepas seorang wanita mendakwa beliau diperkosa oleh bintang Portugal itu pada tahun 2009 yang lalu.
Peguam Cristiano Ronaldo sendiri sudah mengesahkan pada tahun 2019 yang lalu, bahawa pihak beliau telah membayar $375,000 kepada wanita tersebut untuk menutup terus kes tersebut tanpa didedahkan.
Walau bagaimanapun, pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu bersama peguamnya telah mengeluarkan kenyataan terbaru dengan mereka menafikan segala tuduhan tersebut.
Pihak mereka menganggap kesemua tuduhan itu sebenarnya sekadar fitnah untuk menjatuhkan karier Cristiano Ronaldo.
Pihak pendakwa dari Las Vegas menerusi satu kenyataan pada 2019 telah mendedahkan bahawa pertuduhan terhadap Ronaldo tidak boleh diteruskan kerana tiada alasan yang munasabah (tiada bukti kukuh).
Cristiano Ronaldo's rape case recommended to be thrown out by Las Vegas judge https://t.co/5ABlyV7EeB pic.twitter.com/Adwfs5shmS
— Mirror Football (@MirrorFootball) October 7, 2021
“Berdasarkan semakan dari segala maklumat yang kami ada pada ketika ini, pertuduhan gangguan seksual ke atas Cristiano Ronaldo tidak boleh dibuktikan dengan alasan yang munasabah.”
The Mirror pada awal tahun ini telah mengeluarkan laporan yang menyatakan bahawa wanita tersebut meminta £56 juta dari Cristiano Ronaldo sebagai kos kerugian.
2. Quincy Promes
Berita yang paling mengejutkan baru-baru ini selepas bintang Netherlands, Quincy Promes telah ditangkap oleh pihak polis kerana menikam sepupunya sendiri.
Pendakwa dari Belanda mendedahkan pada Khamis lalu yang Promes sedang berdepan dengan pertuduhan menikam sepupunya sendiri pada tahun lalu.
Netherlands international forward Quincy Promes has reportedly been charged with attempted manslaughter after allegedly stabbing his cousin in the knee in Abcoude, outside Amsterdam, last year https://t.co/ZUUHl57kdH pic.twitter.com/kERKZw7arh
— Mirror Football (@MirrorFootball) November 18, 2021
Pertuduhan atas kesalahan cubaan membunuh telah dikenakan ke atas pemain berusia 29 tahun itu, dengan Promes sendiri dilaporkan sudah ditahan oleh pihak Polis di Amsterdam setahun yang lalu kerana dianggap sebagai tertuduh.
Beberapa hari selepas itu, beliau telah dibebaskan oleh pihak Polis, namun masih kekal dianggap sebagai tertuduh dan siasatan ke atasnya masih tetap berjalan.
Terdapat saksi yang tampil kerana melihat sendiri Prones menikam seorang lelaki yang mana sepupunya sendiri, dengan insiden itu berlaku ketika beliau sedang berkumpul bersama saudara maranya.
Mangsa terselamat dari maut namun beliau berdepan dengan kecederaan parah di bahagian lututnya.
🚨 BREAKING: Quincy Promes has been prosecuted for attempted murder & aggravated assault. [@telegraaf] pic.twitter.com/6ylesAsjz1
— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) November 18, 2021
Promes beraksi bersama Ajax ketika insiden itu berlaku dengan beliau kemudiannya berpindah beraksi bersama Spartak Moscow.
Beliau telah membuat 360 penampilan bersama beberapa kelab, dengan Promes sepanjang kariernya beliau berjaya menjaringkan 139 gol dan turut mencatatkan 70 assists.
Beliau turut pernah melakukan 50 penampilan bersama skuad kebangsaan Belanda dan merupakan antara pemain yang cukup terkenal di Netherlands.
1. Benjamin Mendy
Pada Ogos, Pendakwa dari Cheshire telah mengeluarkan empat dakwaan berkait memperkosa ke atas bintang Perancis, Benjamin Mendy.
Namun begitu, beberapa hari lalu, terdapat tambahan dua lagi pertuduhan yang bakal dikenakan kepada Mendy dengan beliau kini secara keseluruhannya bakal berdepan dengan enam pertuduhan.
Manchester City footballer Benjamin Mendy has appeared in court charged with two more counts of rape.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) November 17, 2021
Empat dari pengadu tersebut merupakan remaja di bawah usia 16 tahun telah menuduh Mendy melakukan kerja terkutuk itu pada Oktober 2020 hingga Ogos 2021.
Mendy tidak dibenarkan untuk diikat jamin dengan beliau turut dikenakan hukuman gantung dari Manchester City sehingga selesai kes perbicaraannya.
Perbicaraan seterusnya akan dilangsungkan pada 24 Januari 2022, namun semuanya nampak jelas tidak memihak kepada Mendy pada ketika ini.