5 Pemain Yang Akan Bersaing Rapat Untuk Ballon d’or 2021

Anugerah Ballon d’Or 2021 kali ini mempunyai beberapa calon yang berkelayakan untuk memenanginya. Daripada nama yang sudah tidak asing seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, anugerah berprestij individu di dalam sukan bola sepak ini turut diintai oleh beberapa pemain lain yang beraksi secara konsisten sepanjang musim 2020/2021.

Selain itu pemenang Ballon d’Or kali ini juga pasti akan dipengaruhi oleh prestasi pemain di dua kejohanan antarabangsa besar yang sedang berlangsung sekarang, iaitu Euro 2020 dan Copa America 2021. Kedua-dua kejohanan kini menuju ke penghujung dan beberapa pemain jelas telah membuktikan mengapa diri mereka layak dinobatkan sebagai pemenang anugerah tersebut pada kali ini.

Berikut adalah lima pemain yang bersaing rapat untuk Ballon d’Or 2021:

Harry Kane (Tottenham Hotspur & England)

(Photo by Michael Regan/Getty Images)

Tidak dinafikan Harry Kane adalah pemain terbaik di Premier League untuk keseluruhan musim 2020/21. Kapten Tottenham ini memenangi anugerah kasut emas dan merupakan pemain yang menyumbang jumlah assist tertinggi pada musim lalu.

Selepas permulaan agak perlahan di Euro 2020, Harry Kane kini mulai menampilkan prestasi yang menjadikan beliau sebagai antara penyerang digeruni di dunia pada hari ini. Kane dilihat sebagai seorang pemain yang memiliki kepintaran, dan ketajaman penyudah. Tiada keraguan lagi nama pemain ini akan menjadi calon utama Ballon d’Or jika England muncul juara Euro 2020.

Sehingga kini, Kane telah menjaringkan tiga gol untuk negaranya. Beliau hanya ketinggalan dua gol untuk menjadi penjaring terbanyak kejohanan di belakang Cristiano Ronaldo dan Patrick Schick. Penyokong England pasti mahu melihat Kane menjaringkan gol di separuh akhir dan perlawanan akhir Euro 2020, sekaligus memenangi Ballon d’Or 2021.

Cristiano Ronaldo (Juventus & Portugal)

Cristiano Ronaldo melalui musim yang hebat secara individu. Malang sekali kelan dan pasukan negaranya gagal memenangi sebarang trofi utama (kecuali Coppa Italia) pada tahun ini. Pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali ini amat prolifik bersama Portugal di Euro 2020, menjaringkan lima gol dari empat perlawanan.

Malangnya Portugal tersingkir di pusingan 16 pasukan terbaik kepada Belgium di Euro 2020, dan Juventus juga gagal memenangi Serie A dan Champions League. Ini menyebabkan Ronaldo agak sukar untuk memenangi Ballon d’Or kali ini.

Dari segi pencapaian individu Ronaldo turut memecah beberapa rekod. Sekiranya Ronaldo bergelar pemenang kasut emas di Euro 2020, dan beraksi dengan baik bersama Juventus pada awal musim akan datang, beliau mungkin masih berpeluang untuk dinamakan sebagai pemenang.

N’Golo Kante (Chelsea & Perancis)

Bintang Chesea N’Golo Kante turut menjadi sebutan untuk memenangi Ballon d’Or selepas aksi cemerlang beliau di pusingan kalah mati UEFA Champions League. Namun kegagalan Perancis mara lebih jauh di kejohanan Euro 2020 telah merencatkan peluang tersebut.

Salah seorang pemain tengah terbaik pada hari ini, kemampuan Kante memenangi bola dari bahagian tengah lawan selain stamina yang tinggi dimilikinya menjadikan beliau calon mudah untuk memenangi Ballon d’Or sekiranya Perancis turut berjaya muncul juara Euro 2020.

Walaupun perkara itu tidak menjad kenyataan, Kante seperti Ronaldo masih mempunyai peluang terbuka untuk dinamakan pemenang Ballon d’Or sekiranya mampu menampilkan aksi cemerlang bersama Chelsea pada musim baharu Premier League nanti.

Lionel Messi (Barcelona & Argentina)

Messi Suarez
(Photo by Marcelo Endelli/Getty Images)

Ramai bertanggapan Lionel Messi hanya memerlukan dua lagi kemenangan bersama Argentina untuk anugerah Ballon d’Or ketujuh beliau. Argentina kini di separuh akhir Copa America 2021, dan dengan prestasi semasa yang ditampilkan Messi, Argentina berpeluang untuk menamatkan kemarau trofi di kejohanan antarabangsa.

Pemain itu mungkin berglar ejen bebas pada hari ini. Tetapi bintang berusia 34 tahun itu berada pada prestasi terbaik sepanjang 2021 dan turut memenangi kasut emas bersama Barcelona di La Liga.

Di Copa America 2021, Messi adalah pemain terbaik kejohanan setakat ini, menjaringkan empat gol termasuk dua sepakan percuma cantik. Semuanya bergantung kepada dua perlawanan seterusnya bersama Argentina.

Sekiranya Agentina menjuarai Copa America dan Lionel Messi kekal sebagai watak utama pasukan, tiada keraguan Messi akan menjadi pilihan utama untuk Ballon d’Or 2021.

Robert Lewandowski (Bayern Munich & Poland)

Robert Lewandowski
(Photo by A. Hassenstein/Getty Images for FC Bayern)

Dinafikan Ballon d’Or pada 2020 selepas penganjurannya dibatalkan akibat pandemik yang melanda, Robert Lewandowski meneruskan rentak cemerlang di hadapan gol sepanjang tahun 2021.

Jumlah jaringan bersama Bayern Munich pada musim lalu adalah luar biasa. Bintang kelahiran Poland itu telah menjaringkan 41 gol dari 29 penampilan Bundesliga untuk memecah rekod yang dipegang sekian lama oleh Gerd Muller.

Pemain berusia 32 tahun ini juga memainkan peranan penting memastikan kejayaan kejuaraan Bundesliga Bayern Munich. Ketiadaan beliau akibat kecederaan amat dirasai di pertandingan Champions League apabila Bayern Munich disingkirkan oleh PSG di suku akhir.

Merupakan penyerang terbaik dunia pada hari ini, Robert Lewandowski juga akan menjadi antara calon pilihan untuk Ballon d’Or 2021.

 

Baca artikel menarik lain mengenai bola sepak eropah:

Wolves Tambah Lagi Pemain Portugal, Pinjam Trincao Dari Barcelona

Pernah Minat Sertai JDT, Podolski Kini Hampir Pulang Ke Poland

Memahami Peranan No.6 & Statistik Luar Biasa Jorginho Lawan Belgium

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN