5 Pemain Terbaik Jepun Di Asia Tenggara

Kazuo Honma (Laos Toyota)

Kazuo-Homma

Pemain veteran berusia 35 tahun ini merupakan salah seorang pemain terbaik dalam Laos Premier League. Selepas 8 perlawanan, bekas penyerang utama Thespakusatsu Gunma ini sudah berjaya menjaringkan 12 gol dan 3 assist termasuk 4 gol ketika bertemu SHB Vientiane.

Dalam kancah AFC Cup pula, beliau telah menjaringkan 2 gol untuk membolehkan kelabnya seri dalam 3 perlawanan.

Beliau dikenali sebagai pengembara (journeyman) kerana pernah merantau ke 9 buah kelab Eropah, kebanyakannya di Hungary sebelum tiba di Laos pada 2014.

Kai Hirano (Army United)

Bruriram-Utd-v-Shandong-Leung-FC-AFC-Champions-DpDfXeCuqB9x

Memainkan peranan cukup besar untuk Buriram United ketika kejohanan AFC Champions League 2013 . Hirano pulang ke Jepun untuk beraksi bersama Cerezo Osaka, namun hanya bertahan selama semusim sahaja. Kemudian beliau kembali semula ke Liga Thailand untuk beraksi bersama Army United.

Beliau merupakan penjaring ke-2 terbanyak pasukannya dan berjaya membawa Army United ke tangga ke 4 liga Thailand ketika ini.

Naoaki Aoyama (Muangthong United)

naoaki-aoyama-muangthong-united_14d6cclwqs7v311s88mzkm2v6k

Aoyama baru beraksi bersama Muangthong United pada tahun ini. Beliau bergandingan bersama pemain pertahanan Korea Selatan Kim Dong Jin untuk membentuk pasangan pertahanan tengah yang dikatakan terbaik dalam liga Thailand.

Pemain berusia 28 tahun ini telah beraksi selama 7 musim dalam J League bersama Shimizu S Pulse, Yokohama F Marinos, dan Ventforet Kofu. Ketika ini Muangthong United baru bolos 9 gol dalam 12 perlawanan.

Kenji Adachihara (Persita Tangerang)

Kenji-Adachihara-Persib

Pemain berusia 30 tahun ini telah beraksi selama 7 tahun di liga Asia Tenggara terutamanya Liga Indonesia (ISL). Selepas 5 musim di liga Indonesia, beliau telah beraksi dalma 139 perlawanan dan menjaringkan 61 gol.

Musim lalu beliau menyertai Persita Tangerang, menjaringkan 7 gol dalam 19 perlawanan ISL. Masa depannya masih samar berikutan penggantungan PSSI oleh FIFA kerana campur tangan kerajaan dalam sukan bola sepak.

Seiji Kaneko (Yangon United)

seiji-kaneko

Pasukan gergasi Myanmar, Yangon United telah menandatangani beberapa pemain import berwibawa musim ini. Dibawah jurulatih Cesar Augusto, mereka telah membawa Seiji Kaneko, bekas pemain J League yang masih memberikan aksi memukau pada umur 35 tahun.

Prestasi beliau dibahagian pertahanan membolehkan Yangon United tidak tewas dalam 11 perlawanan liga setakat ini.

Baca: Pemain Import Jepun Ini Dedah Kelemahan Bola Sepak Malaysia

Sumber: Football Channel Asia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN