5 Pemain Yang Tak Disangka Menjadi Pertahanan Tengah Pada 2017

Sejak kehadiran Antonio Conte ke Chelsea pada musim lalu, beliau telah mencipta trend untuk bermain dengan hanya menggunakan 3 pemain pertahanan sahaja.

Corak tersebut kemudiannya diikuti oleh banyak pasukan di Premier League.

Namun itu bukanlah perkara utama dalam artikel ini. Musim ini terdapat beberapa pemain yang bukanlah pemain semula jadi di pertahanan tengah telah pun diarahkan oleh pengurus mereka untuk bermain di posisi tersebut.

Siapakah mereka? Jom kita baca artikel ini.

5. Jeffrey Schlupp – Crystal Palace

Schlupp pada asalnya merupakan seorang pemain yang beraksi sebagai pemain pertahanan kiri dan juga pemain sayap.

Namun begitu, beliau pernah diarahkan untuk bermain di bahagian pertahanan tengah pada satu perlawanan Premier League untuk Crystal Palace pada musim lalu.

Namun begitu, ia bukanlah satu keputusan yang tepat. Crystal Palace tewas 5-0 pada perlawanan tersebut.

4. Filip Novak – FC Midtjylland

Novak merupakan seorang pemain yang beraksi di bahagian pertahanan kiri dan juga sayap kiri – sama seperti Schlupp.

Namun bagi memenuhi keperluan FC Midtjylland yang beraksi menggunakan 3 pertahanan, Novak terpaksa beraksi di bahagian pertahanan tengah.

Hasilnya nyata cukup hebat apabila percaturan 3-4-3 itu berjaya meletakkan FC Midtjylland di tangga pertama Danish Superliga ketika ini.

3. Aaron Cresswell (West Ham United)

Pada asalnya, Cresswell merupakan seorang pemain pertahanan kiri buat West Ham United.

Namun apabila kelab London tersebut membuat keputusan untuk bermain menggunakan 3 pertahanan sahaja, Cresswell digunakan untuk menguatkan barisan pertahanan mereka.

Apa yang menariknya, beliau yang hanya berketinggian 170 cm sahaja menjadi antara pemain terendah pernah beraksi sebagai pertahanan tengah di Eropah!

2. Gini Wijnaldum (Liverpool)

Masalah pertahanan yang lemah yang dialami oleh Liverpool merupakan isu yang memberikan kejutan kepada ramai pihak ketika ini.

Namun apabila Jurgen Klopp membuat keputusan untuk meletakkan Gini Wjinaldum sebagai pemain pertahanan tengah pada perlawanan menentang Brighton & Hove Albion tempoh hari, nyata ramai yang terkejut.

Liverpool memperoleh kemenangan 5-1 pada perlawanan tersebut. Walaupun menang, Wijnaldum memberitahu media yang beliau tidak mahu lagi beraksi di posisi tersebut selepas ini.

1. Frenkie de Jong (Ajax Amsterdam)

Peminat beliau menggelarkan pemain muda ini sebagai pertahanan tengah jadian atau false center back.

Bermula sebagai pemain tengah ketika mula-mula menyertai skuad senior Ajax Amsterdam, de Jong kemudiannya diarahkan untuk bermain sebagai pertahanan tengah bermula pada pada bulan lepas.

Kenapa beliau digelar pertahanan tengah jadian? Hal ini kerana beliau kerap membawa bola dari posisi beliau untuk membantu pasukannya menyerang dengan melakukan gelecekan yang berbahaya ke zon lawan.

Anda boleh lihat kompilasi video beliau membawa bola hingga ke bahagian lawan menerusi video di bawah:

Selain itu, beliau juga telah mencipta keserasian yang baik bersama pasangan pertahanan beliau iaitu Matthijs de Ligt.

Adakah tugas pertahanan tengah jadian ini akan menjadi satu tugas yang lazim dalam bola sepak masa hadapan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN