Hasrat Liverpool untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) nampaknya berdepan dengan jalan berliku selepas satu demi satu pemain utama mereka terutamanya di bahagian pertahanan dilanda kecederaan.
Bermula dengan Virgil van Dijk yang dilanda kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL) ketika perlawanan menentang Everton, Liverpool kemudian kehilangan khidmat Joel Matip, Fabinho, Kostas Tsimikas dan Trent Alexander-Arnold.
Terbaharu mereka juga menerima perkhabaran buruk daripada kem skuad kebangsaan England selepas Joe Gomez disahkan mengalami kecederaan lutut dan bakal menjalani imbasan untuk memeriksa tahap kecederaannya.
Berikut adalah lima pemain yang boleh dibeli Liverpool pada bulan Januari nanti untuk mengukuhkan barisan pertahanan mereka.
5. Diego Carlos (Sevilla)
Pemain pertahanan Brazil berusia 27 tahun ini begitu menyerlah di bawah bimbingan Julen Lopetegui dan membantu Sevilla menjuarai kejohanan Liga Europa (UEL) pada musim lepas.
Reputasinya sebagai antara pemain pertahanan paling konsisten di La Liga telah menarik beberapa pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk mendapatkannya pada musim panas lepas namun beliau terus kekal di Andalusia untuk musim ini.
Liverpool's reported 'Dejan Lovren replacement' speaks out on transfer speculation
Sevilla defender Diego Carlos has a reported release clause of around £65 million and has been linked with a move to Anfield in recent weeks pic.twitter.com/ECACfJucvd— Kefa Bosire Nengo (@Kefa_Nengo) April 5, 2020
4. Ben White (Brighton & Hove Albion)
Agak mengejutkan pemain ini terus kekal bersama The Seagulls walaupun beliau dikhabarkan telah dipancing oleh beberapa kelab EPL termasuklah Liverpool sebagai pengganti kepada Dejan Lovren.
Aksi mengkagumkan ketika dipinjamkan ke Leeds United pada musim lepas sehingga berjaya membantu pasukan berkenaan kembali ke EPL menjadikan beliau sebagai prospek terbaik untuk bola sepak England.
Dengan Van Dijk dijangka tidak akan beraksi untuk baki saingan musim ini, pembelian White dijangka dapat menampung ketiadaan pemain pertahanan Belanda tersebut dengan kemampuannya.
Ben White to Liverpool transfer rumour addressed by Brighton boss Graham Potterhttps://t.co/UWmsb9fM2U pic.twitter.com/LhQki21Thl
— Mirror Football (@MirrorFootball) October 24, 2020
3. Ozan Kabak (Schalke 04)
Seorang lagi pemain yang dikaitkan dengan Liverpool adalah pemain pertahanan Turki yang berpangkalan di Jerman. Pernah menjadi rebutan Bayern Munich, Kabak akhirnya berpindah ke Schalke dari Stuttgart.
Baru berusia 20 tahun, beliau telah pun menjadi pemain utama untuk kelab Bundesliga berkenaan pada musim ini dan Liverpool mungkin boleh mendapatkannya dengan harga ‘mampu milik’.
Schalke are willing to sell centre-back Ozan Kabak for just £18m in January, with Liverpool interested in signing him. (Bild) pic.twitter.com/KEuMolESmv
— Transfer News Central (@TransferNewsCen) November 6, 2020
2. Dayot Upamecano (RB Leipzig)
Nama pemain pertahanan muda Perancis ini telah disebut-sebut bakal menyertai Liverpool sejak musim lepas lagi, namun sehingga kini masih setia dengan pasukan Jerman tersebut selepas dijanjikan posisi sebagai pemain utama oleh Julian Nagelsmann.
Aksinya dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim lepas telah membuktikan keupayaannya sebagai salah soerang pemain pertahanan muda terbaik di Eropah dan Liverpool perlu bersedia dengan ‘wang besar’ untuk membawanya ke Anfield.
Liverpool should act on their interest in RB Leipzig defender Dayot Upamecano in January to cover for Virgil van Dijk while he is out injured, Jamie Carragher says.
Do you agree? 🤔 pic.twitter.com/Z9DB2hvqDw
— GOAL (@goal) October 20, 2020
1. Jules Kounde (Sevilla)
Seorang lain pemain pertahanan muda Perancis yang boleh dipancing Liverpool adalah gandingan Diego Carlos di Sevilla. Pemain berusia 22 tahun berkenaan juga kini pernah diintai oleh Real Madrid dan Manchester City sebelum ini.
Hal tersebut bermaksud harganya pasti tidak murah untuk Liverpool mendapatkannya. Namun dengan kualitinya pastinya berbaloi untuk Liverpool yang sedang mencari pemain yang mampu mencapai tahap Van Dijk.
[Media: Liverpool Echo] Liverpool news and transfer LIVE – Jules Kounde release clause https://t.co/6x69OTCVoP pic.twitter.com/2HAirsEDSH
— LFCMAGAZINE (@LFCMAGAZINE) October 31, 2020
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah: