5 Pemain Nama Besar EPL Yang Berpotensi Kembali Dalam Kesebelasan Utama Pasukan

Kesebelasan utama

Satu perkara yang paling mengecewakan bagi seseorang pemain apabila mereka gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

Situasi seperti itulah yang dihadapi oleh beberapa pemain nama besar di Liga Perdana Inggeris (EPL) yang sebelumnya mereka tampil sebagai pemain utama dalam pasukan yang diwakili.

Berikut merupakan 5 pemain EPL yang berpotensi bangkit merebut kembali posisi utama dalam pasukan pada musim 2018/19;

1. David Luiz (Chelsea)

LONDON, ENGLAND – AUGUST 18: Pierre-Emerick Aubameyang of Arsenal battles for possession with David Luiz of Chelsea during the Premier League match between Chelsea FC and Arsenal FC at Stamford Bridge on August 18, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

Pemain kelahiran Brazil, David Luiz telah diketepikan dari kesebelasan utama Chelsea untuk beberapa perlawanan penting yang melibatkan pasukan itu dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada November tahun lalu.

Antonio Conte menjelaskan bahawa tindakannya yang mengugurkan nama Luiz dari skuad utama adalah disebabkan pemain itu mengalami kecederaan lutut dan tidak cergas sepenuhnya.

Namun, menurut sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Metro.Sport, sebenarnya wujud perbalahan di antara Luiz dan Conte sehingga menyebabkan pemain berusia 30 tahun itu gagal mendapat tempat kesebelasan utama pasukan.

Luiz jarang mendapat peluang bermain pada musim lalu. Conte dilihat lebih gemar menggunakan khidmat Andreas Christensen atau Antonio Rudiger sebagai pertahanan tengah pasukan.

Hal tersebut membuatkan Luiz memutuskan untuk meninggalkan The Blues jika terdapat tawaran dari pasukan lain yang ingin mendapatkan beliau.

Selepas gagal mempertahankan gelaran EPL pada musim 2017/18, Chelsea telah memecat Antonio Conte dan menggantikan pengurus kelahiran Itali iaitu Mourizio Sarri.

Kehadiran Sarri di Stamford Bridge telah memberi nafas baharu buat Luiz.

Beliau diberi kepercayaan sepenuhnya untuk muncul dalam kesebelasan utama untuk perlawanan pembukaan saingan liga menentang terhadap Huddersfield Town.

Sarri menggunakan corak formasi  4-3-3 dengan meletakkan David Luiz bergandingan bersama Antonio Rüdiger.

David Luiz sekali lagi diberi kepercayaan mengemudi benteng pertahanan ketika membantu pasukannya menewaskan Arsenal di Stamford Bridge baru-baru ini.

2. Alvaro Morata (Chelsea)

LONDON, ENGLAND – AUGUST 18: Alvaro Morata of Chelsea and Nacho Monreal of Arsenal battle for possession during the Premier League match between Chelsea FC and Arsenal FC at Stamford Bridge on August 18, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Morata hadir ke Stamford Bridge dengan membawa harapan besar bagi menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Diego Costa.

Bagaimanapun, penampilan Morata bersama pasukan kebanyakkannya begitu menghampakan.

Beliau dilihat masih gagal memenuhi citarasa yang diinginkan oleh Conte di bahagian serangan pasukan.

Justeru keadaan tersebut membuatkan Conte mendatangkan Olivier Giroud sebagai pemain sandaran kepada Morata.

Posisi utama serangan Chelsea sering bersilih ganti diantara Morata dengan Giroud.

Morata mengakhiri musim 2017/18, dengan hanya mencatatkan 11 gol dalam 31 penampilan.

Bermula cabaran baharu EPL, penyerang kelahiran Sepanyol itu berazam untuk menebus kekecewaan pada kempen kali ini.

Di bawah kendalian pengurus baharu, Morata masih diberikan tanggungjawab sebagai penyerang utama pasukan.

Ketiadaan Michy Batshuayi yang dipinjamkan ke Valencia diharap dapat dimanfaatkan sebaik oleh Morata untuk kembali membuktikan kemampuan beliau sebagai salah seorang penyerang terbaik yang dimiliki Chelsea ketika ini.

3. Luke Shaw (Manchester United)

BRIGHTON, ENGLAND – AUGUST 19: Luke Shaw of Manchester United runs past Anthony Knockaert of Brighton & Hove Albion during the Premier League match between Brighton & Hove Albion and Manchester United at American Express Community Stadium on August 19, 2018 in Brighton, United Kingdom. (Photo by Dan Istitene/Getty Images)

Luke Shaw menjalani musim 2017/18 dengan penuh kritikan dan ejekan.

Beliau hanya membuat penampilan 11 ​​kali dalam saingan Liga Perdana pada musim lalu.

Shaw merupakan pemain United yang sering menerima kritikan secara terbuka oleh pengurusnya, Jose Mourinho.

Aksi yang dipamerkannya sering dicemuh oleh Mourinho dengan menganggap pemain itu sepatutnya tidak layak untuk berada dalam pasukannya.

Ditambah pula dengan kecederaan yang dialami Shaw telah menyebabkan kelibat pertahanan berusia 23 tahun itu ‘tenggelam’ pada musim lalu.

Namun, semangat Luke Shaw yang tidak berputus asa dan bertekad untuk bangkit memperbaiki pemainannya harus diberikan pujian.

Bermula kempen 2018/19, Shaw dilihat lebih bersemangat untuk bersaing merebut kembali tempat dalam kesebelasan utama skuad The Red Devils.

Usaha keras yang ditunjukkan dalam latihan telah berjaya memikat Jose Mourinho untuk kembali diberi kepercayaan dengan menyenaraikan nama beliau pada perlawanan pertama bertemu Leicester City di Old Trafford, Sabtu yang lalu.

Shaw tidak mempersia-siakan peluang yang diberikan apabila beliau berjaya mempamerkan aksi yang cemerlang dalam membantu kemenangan 2-1 pasukanya keatas Leicester.

Shaw turut mencatat nama sebagai penjaring apabila menjaringkan gol kedua buat Manchester United pada minit ke-83.

4. Joe Hart (Burnley)

BURNLEY, ENGLAND – AUGUST 16: Joe Hart of Burnley during the UEFA Europa League Third Round Qualifier: Second Leg metch between Burnley and Istanbul Basaksehir at Turf Moor on August 16, 2018 in Burnley, England. (Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Situasi bekas penjaga gol terbaik England, Joe Hart tidak menentu di kem Manchester City.

Dalam dua musim terakhir, Hart sentiasa dipinjamkan kepada kelab lain seperti Torino dan West Ham United.

Selepas kembali ke Eltihad, Hart sekali lagi dikecewakan dengan ‘harapan palsu’.

Mana tidaknya, Hart sebelum ini berharap dirinya dapat kembali mengisi tempat sebagai penjaga gol utama Manchester City, terpaksa dilupakan apabila beliau tetap disisihkan dibawah bimbingan Pep Guardiola.

Pep jelas sekali tidak berminat untuk menggunakan khidmat beliau meskipun pada ketika itu The Citizen sedang bergelut di posisi penjaga gol sebelum segalanya berjaya ditangani selepas kemunculan Ederson Moraes dari Benfica.

Situasi tersebut membuatkan Hart memutuskan untuk berpindah ke Burnley secara tetap.

Setibanya di Burnley, Hart memasang azam baharu untuk membuktikan bahawa beliau sememangnya layak untuk menjadi penjaga gol utama pasukan.

Hasilnya, dalam perlawanan pertama menentang Southampton, Hart disenaraikan oleh pengurus pasukan, Sean Dyche sebagai penjaga gol utama.

Beliau berjaya tampil cemerlang dengan menafikan pelbagai gerakan dan cubaan berbahaya yang dilancarkan dari jentera serangan Southampton.

Penampilan pertama Hart memberikan keputusan yang positif buat beliau memandangkan Burnley ketika ini memiliki Tom Heaton dan Nick Pope yang turut layak untuk berada dalam kesebelasan utama ketika ini.

5. Daniel Sturridge (Liverpool)


Sangat sukar bagi Daniel Sturridge untuk bersaing merebut tempat di barisan serangan Liverpool ketika ini.

Sturridge kerap diketepikan di Liverpool. Beliau tidak mendapat banyak peluang untuk bermain bersama pasukan tersebut.

Penampilan menyakinan yang dipamerkan Roberto Firmino bersama Mohamed Salah dan Sadio Mane ternyata telah memberi tamparan hebat buat Sturridge.

Beliau disisihkan oleh Jurgen Kloop dengan hanya meletakkan beliau sebagai pemain simpanan pasukan sahaja.

Sturridge kemudiannya dipinjamkan ke West Brom sehingga penghujung musim 2017/18.

Selepas kembali dari West Brom, Sturridge kembali dengan harapan baru untuk menebus kembali dalam skuad utama Liverpool bagi menghadapi kempen 2018/19.

Namun, apa yang diharapkan beliau masih tidak menjadi kenyataan. Sepertinya tiada perubahan yang berlaku di posisi serangan pasukan.

Kloop sememangnya masih menjadikan Sturridge sebagai pemain simpanannya di Liverpool.

Akan tetapi, Sturridge tetap mahu ‘mencuri’ hati Jurgen Kloop apabila beliau dimasukkan dalam perlawanan meskipun hanya sebagai pemain gantian.

Pertemuan dengan West Ham jelas membuktikan bahawa Sturridge masih lagi diperlukan di Liverpool.

Beliau berjaya menjaringkan satu gol dalam perlawanan tersebut yang menyaksikan Liverpool menewaskan West Ham United dengan keputusan besar 4-0.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN