5 Pemain Menyerlah Yang Gagal Memasuki Senarai Akhir Ballon d’Or 2016

Senarai 30 pemain untuk anugerah Ballon d’Or telah pun dikeluarkan dengan seperti biasa pemain-pemain seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo mendahului senarai kumpulan 30 pemain tersebut.

Nama-nama lain yang berjaya memecah masuk kumpulan 30 pemain tersebut adalah Gareth Bale, Paul Pogba, Manuel Neuer, Diego Godin dan Robert Lewandowski.

Nama seperti Jamie Vardy, Riyad Mahrez dan Dimitri Payet juga berjaya memasuki senarai nama 30 pemain tersebut.

Tetapi, ada juga nama-nama pemain yang menyerlah pada tahun ini yang terlepas dari memasuki senarai 30 pemain untuk anugerah tersebut.

Jadi kami tampilkan 5 pemain yang gagal memasuki senarai nama 30 pemain untuk anugerah Ballon d’Or!

Mesut Ozil

ozil

Kehadiran Ozil ke Arsenal ternyata memberikan impak yang besar. Pada musim lalu, Ozil menjuarai ranking top assist Premier League pada musim lalu dengan 19 assist.

Ozil ternyata berada dalam prestasi terbaiknya musim ini. Setakat musim ini sahaja beliau sudah menjaringkan 9 gol serta 3 assist. Tak lupa juga, Ozil menjaringkan hatrik pertama dalam kariernya ketika menentang Ludogorets Razgrad dalam aksi UEFA Champions League!

Alexis Sanchez

aresenal-sanchez

Ketiadaan Sanchez di dalam senarai 30 pemain untuk anugerah Ballon d’Or tahun ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak seluruh dunia.

Sanchez ternyata cemerlang pada musim lalu bersama The Gunners apabila menjadi penjaring kedua terbanyak pasukan Arsenal dengan menjaringkan 17 gol – hanya dibelakang Olivier Giroud yang menjaringkan 24 gol.

Bukan sahaja cemerlang untuk kelab, Sanchez juga berjaya membawa Chile menjuarai Copa America Centenario yang diadakan di Amerika Syarikat menewaskan Argentina di perlawanan akhir.

David De Gea

Sekiranya pasukan Manchester United terutamanya di bahagian pertahanan tidak beraksi dengan begitu baik, kecacatan itu pasti akan dilindungi dengan aksi cemerlang De Gea.

Penjaga gol Sepanyol itu beraksi cemerlang untuk Manchester United, apabila berjaya memperoleh 15 clean sheet dan menjadi naib johan untuk anugerah Golden Glove Premier League.

De Gea juga mencipta perhatian apabila menlakukan satu aksi akrobatik ketika menyelamatkan percubaan Phillipe Couthino ketika aksi antara Liverpool dan Manchester United baru-baru ini.

De Gea

Phillipe Coutinho

philippe-coutinho-liverpool-manchester-united-premier-league_3001756

Coutinho ternyata menjadi watak utama Liverpool pada musim lalu. Pada musim lalu, beliau menduduki tangga ke-2 dalam senarai penjaring terbanyak untuk pasukan Liverpool dengan 12 gol.

Pemain terbaik tahunan Liverpool musim lalu ini juga telah menjaringkan 8 gol musim ini di seluruh kejohanan untuk kelab dan negara. Masih lagi awal pada musim ini dan dijangka Coutinho akan memecahkan rekod jaringannya pada musim lalu itu.

Jan Oblak

Aksi Oblak bersama Atletico Madrid sungguh memukau. Beliau telah menjadi dinding kebal yang menghalang Atletico Madrid dari dibolosi pihak lawan.

Rekod Oblak cukup cemerlang musim lalu bersama Atletico Madrid, berjaya memperoleh 32 clean sheet daripada 51 perlawanan yang dilaluinya.

Atletico Madrid v Bayern Munich - UEFA Champions League Semi Final First Leg

Kesimpulan

Ramai lagi nama-nama besar yang tidak berjaya memasuki senarai 30 pemain untuk anugerah Ballon d’Or ini seperti Karim Benzema, Edison Cavani, Keylor Navas, Eden Hazard dan Henrikh Mkhitaryan.

Keputusan akan diumumkan pada 9 Januari 2017. Siapakah yang akan menang? Crisitano Ronaldo? Lionel Messi? Atau kita akan ada pemenang baharu?

Baca juga: Diego Simeone Berkeras Griezmann Lebih Layak Menang Ballon d’Or Berbanding Ronaldo

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN