5 Pemain Ini Mempunyai Fobia Yang Membelenggu Diri Mereka

Walaupun mempunyai nama besar dan dikenali di seluruh dunia, beberapa bola sepak terkenal ini tidak akan dapat lari dari lumrah bahawa mereka merupakan manusia biasa yang masih punya kelemahan diri.

Pemain/bekas pemain seperti legenda David Beckham, Dennis Bergkamp, Peter Crouch, Matt Holland dan Phil Jones mengakui bahawa mereka mempunyai fobia dalam hidup mereka dalam bermacam keadaan.

Ayuh kita ketahui apa yang menjadi ketakutan 5 pemain tersebut:

David Beckham

Fobia

Legenda yang sinonim dengan Manchester United ini mengakui bahawa beliau amat takut sekiranya menjumpai katak.

Beckham mendedahkan perkara tersebut dalam satu temuramah yang dilakukan oleh BBC beberapa tahun yang lalu: ”Saya amat takutkan katak, saya bukan peminat katak, saya tidak boleh menipu,” kata bekas pemain yang kini merupakan antara pemilik pasukan Inter Miami CF.

“Ia berwarna oren, kami diberitahu ia berbahaya, saya sedikit gugup mengenai perkara itu,” tambah Beckham lagi.

Dennis Bergkamp

Foto: Gettyimages

Penyerang handalan yang digelar ‘The Non-Flying Dutchman’ kerana beliau menghadapi fobia untuk menaiki kapal terbang.

Beberapa perkara yang menyebabkan Bergkamp mengalami ketakutan tersebut antaranya seperti yang dinyatakan dalam buku biografinya Stillness and Speed’, pemain Belanda ini pernah melintasi Gunung Etna yang merupakan gunung berapi di kawasan Catania, Italia.

Bergkamp yang ketika itu berusia 20-an telah menaiki pesawat kecil dan melihat pemandangan mengerikan di luar tingkap kapal terbang itu.

Kemuncak ketakutan yang dialami bintang Arsenal ini adalah pada tahun 1994, ketika beliau membarisi skuad Belanda dan sedang terbang ke Amerika Syarikat bagi saingan Piala Dunia.

Di dalam pesawat, seorang wartawan telah bergurau dan mengatakan bahawa dirinya membawa bom. Keadaan itu membuatkan seluruh penumpang begitu panik termasuk Bergkamp yang begitu takut mendengar gurauan tersebut.

Wartawan berkenaan didenda dan dihukum penjara sementara itu Bergkamp sudah tertutup hatinya untuk menaiki kapal terbang.

Pihak Arsenal juga berusaha untuk mengubati masalah tersebut namun masih gagal.

Phil Jones

Foto: Gettyimages

Pemain pertahanan Manchester United ini pula mengalami fobia terhadap lif di luar negara.

Jones memberitahu kepada laman web rasmi Manchester United: ”Apabila ke luar negara, saya tidak menggunakan lif.”

”Saya tidak kisah menggunakannya di England tetapi saya tidak akan menggunakannya ketika di luar negara.”

Rupanya ada kisah yang membuatkan Jones begitu takut untuk menggunakan lif di luar negara.

”Ketika saya masih kecil kami pergi bercuti ke Greece dan kami terperangkap di dalam lif hampir setengah jam.”

”Ia sangat dahsyat. Saya rasa sangat sesak ketika itu.”

Matt Holland

Foto: Gettyimages

Pemain yang menempa nama di Ipswich Town dan Charlton Athletic ini takutkan anjing dan juga kucing.

Namun bekas pemain antarabangsa Ireland ini sangat menyayangi kuda.

“Saya takut pada kebanyakkan haiwan dan tidak akan mempunyai kucing atau anjing di rumah tetapi saya benar-benar sukakan kuda.”

Peter Crouch

Foto: Gettyimages

Pemain yang baru sahaja mengumumkan persaraan dari kancah bola sepak itu punyai fobia yang agak pelik berbanding empat pemain diatas kerana pemain tinggi lampai itu fobia terhadap ketinggian yang dimilikinya.

Perkara itu didedahkan oleh bekas pengurus Aston Villa, mendiang Graham Taylor yang mengatakan : ”Salah satu masalah utama bagi Peter ialah dia masih memiliki sedikit fobia kerana menjadi begitu tinggi.”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN