5 Pemain Manchester United Yang Balik Lewat Untuk Latihan Tambahan Sepakan Percuma

Manchester United Sepakan Percuma

Penyokong Manchester United pastinya merasa puas melihat gol sepakan percuma Bruno Fernandes ketika menewaskan Liverpool dalam saingan Piala FA tempoh hari.

Pemain berusia 26 tahun itu melencongkan bola ke sudut yang dikawal oleh penjaga gol lawan, namun dengan kelajuan bola dan teknik yang begitu baik, Alisson Becker berjaya dikelirukan dan gagal menyelamatkan gawangnya dari dibolosi.

Khidmat bintang Portugal itu di Old Trafford sudah hampir setahun sejak melengkapkan perpindahan dari Sporting Lisbon dengan yuran sekitar £47 juta pada  penghujung Januari tahun lalu.

Sehinggi kini beliau telah menjaringkan 28 gol serta menyumbang 18 bantuan jaringan daripada 51 penampilan dalam semua pertandingan. Kemuncaknya beliau telah mengubah nasib United menjadi salah satu pencabar kejuaraan.

Namun disebalik semua pencapaian yang dinyatakan di atas, Fernandes mendedahkan bagaimana beliau berupaya untuk meningkatkan teknik dan kemahiran sepakan percumanya sejak kebelakangan ini.

Menurut pemain tengah itu, beliau mengambil inisiatif sendiri untuk balik lewat setiap kali latihan pasukan bagi menjalani latihan tambahan sepakan percuma sehingga pernah ‘dihalau’ oleh pengurus Ole Gunnar Solskjaer kerana sudah terlalu lewat.

Tambah Fernandes lagi, bersamanya ada empat pamin lain yang akan turut serta menjalani latihan iaitu Alex Telles, Marcus Rashford, Fred dan Juan Mata dan ianya telah menjadi rutin harian buat mereka.

“Kadang-kadang dia [Solskjaer] terpaksa ‘halau’ saya untuk tamatkan latihan,” ujar Fernandes secara berseloroh.

“Saya sentiasa bekerja keras untuk situasi seperti ini. Saya suka lihat mereka berempat dan dapat belajar daripada mereka terutamaya Juan Mata kerana saya rasa dia memang amat pakar dalam sepakan percuma.”

Oleh yang demikian, Fernandes tidak pernah beranggapan beliau pemain United paling layak untuk menjadi pilihan utama untuk mengambil sepakan percuma dan menyerahkan kepada jurulatih untuk menentukan.

Namun jika diberi pilihan, beliau lebih cenderung untuk mengambil sepakan percuma dari jarak dekat dan menyerahkan kepada Rashford untuk jarak jauh.

“Tapi jika ada Fred, Juan [Mata] dan Alex [Telles] di atas padang, mungkin boleh beri peluang kepada mereka terutamanya jika sepakan itu dari sebelah kanan. Saya gembira kami ada ramai pakar sepak percuma di sini.”

Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Bruno Fernandes dan Manchester United:

Falsafah Bola Sepak 4-2-2-2 Ralph Hasenhuttl & Pentstrukturan Semula Yang Kembalikan Wajah Southampton

Bruno Fernandes Mahu Terus Bermain, Tak Nak Rehat

Alex Telles: Saya Datang Ke Manchester United Untuk Bermain

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN