5 Pemain JDT II Bakal Perkuatkan Pahang Secara Pinjaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email
Pahang

Pahang dijangka mendapat sentuhan beberapa pemain daripada skuad juara Piala Cabaran 2019, Johor Darul Ta’zim (JDT) II secara pinjaman bagi menghadapi musim baharu Liga Malaysia.

Pasukan Tok Gajah yang dibimbing Dollah Salleh buat musim keempat berturut-turut itu sebelum ini telah melepaskan beberapa pemain tempatan mereka.

Antara pemain yang tidak disambungkan kontrak ialah Norshahrul Idlan Talaha, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Zubir Azmi, Afif Amiruddin, R. Kogileswaran, A. Salomon Raj dan Remezey Che Ros.

Perancangan untuk meminjamkan pemain JDT II ke Pahang itu dikongsikan sendiri pemilik JDT, Duli Yang Amat Mulia (DYAM), Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja kepada wakil Semuanya BOLA ketika ditemui di Johor Bahru.

”Kami memang dalam pertimbangan untuk meminjamkan empat hingga lima pemain JDT II ke Pahang,” ujar Tunku Ismail mengesahkan perkara tersebut.

Perkembangan terbaharu itu mungkin sedikit melegakan peminat setia Pahang yang pastinya ternanti-nanti perancangan seterusnya diambil Dollah Salleh.

Dollah Salleh Enggan Terburu-Buru

Berdasarkan laporan Semuanya BOLA sebelum ini, Dollah dilihat kekal tenang kerana masih memiliki beberapa pemain yang mampu untuk memberikan cabaran pada musim 2020.

”Kami masih mempunyai pemain seperti Matthew (Davies), Mohamadou Sumareh dan Nor Azam Azih yang merupakan pemain skuad kebangsaan.”

”Kami juga mempunyai beberapa pemain muda yang mencuri tumpuan pada musim lalu. Ia sentiasa menjadi tugas yang mencabar untuk membina kembali pasukan tetapi kami telah memulakan proses itu, jadi kami boleh menjadi lebih baik pada masa hadapan.”

Kredit foto: MFL

PERCUMA: Bandage Mudah Lekat.

Hak Cipta © Semuanya BOLA Sdn. Bhd. 1179367-U