5 Pemain Indonesia Yang Berpotensi Besar Untuk Beraksi Bersama Pasukan Di Liga Malaysia

Kehadiran pemain-pemain dari negara jiran kita seperti Indonesia sudah lama mewarnai kancah Liga Malaysia kita sejak dahulu lagi.

Siapa yang tidak kenal Ristomoyo Kassim, Robby Darwis, Bambang Pamungkas, Elie Aiboy, Hamka Hamzah dan Andik Vermansah.

Keberanian beberapa pasukan di Malaysia membawa masuk pemain-pemain dari negara jiran bagi memperkuatkan pasukan jelas tidak menghampakan.

Selangor antara pasukan yang berani mengetengahkan pemain Indonesia bersama pasukan mereka sejak era Allahyarham Mokthar Dahari lagi.

Terbaru, khabar angin mengatakan bahawa pasukan tersebut bakal membawa masuk dua pemain baru dari Indonesia iaitu Ilham Udin Armaiyn dan Evan Dimas.

Selain Ilham dan Evan, disini SemuanyaBola ingin menampilkan kepada pembaca mengenai 5 lagi pemain Indonesia yang berpotensi besar layak beraksi bersama pasukan dalam Liga Malaysia

Rizky Rizaldy Pora

Kredit foto: Bola Kompas

Rizky Rizaldy Pora, pemain yang berasal dari Ternate Kepulauan Maluku, Indonesia ini telah berjaya mencuri tumpuan peminat bolasepak negara Republik itu dalam dua tahun terakhir kebelakangan ini.

Rizky yang telah berjaya “transformasi” posisinya dari asal seorang pemain pertahanan kiri  kepada sayap kiri telah berjaya membawa impak besar dalam kariernya.

Semasa dipanggil bagi memperkuatkan skuad kebangsaan Indonesia dalam cabaran Piala AFF 2016, jurulatih pasukan Alfred Riedl mendapati Rizky Pora berpotensi untuk diletakkan dibahagian sayap kiri pasukan.

Keberanian Alfred Riedl membuahkan hasil yang sangat positif.

Dalam edisi ke-11 kejohanan tersebut, gandingan Rizky Pora bersama Boas Solossa menjadi pencetus kekuatan Sang Garuda sehingga berjaya membantu pasukan itu layak ke peringkat akhir .

Persembahan yang menyakinkan dalam perlawanan bertemu Vietnam pada separuh akhir membuatkan pemain ini layak mendapat anugerah pemain terbaik perlawanan ketika itu.

Di Liga Indonesia, Rizky menyarung jersi Barito Putera sejak 2013 dan diberi kepercayaan selaku ketua pasukan. Penampilan cemerlang bersama pasukan dibawah Jacksen F. Tiago pada saingan Liga Indonesia 2017, telah mendapat pujian penyokong dan pengurusan Barito Putera.

Musim ini sahaja, Rizky telah berjaya menjaringkan 10 gol bagi membantu pasukannya sekaligus meletakkan nama beliau selaku penjaring gol terbanyak dalam pasukan Barito Putera ketika ini.

Kebolehan bermain di posisi berbeza, meletakkan pemain ini antara calon pilihan SemuanyaBola yang layak beraksi di pentas Liga Malaysia 2018.

I Made Andhika Wijaya

Kredit foto: juara.net

I Made Andhika Wijaya seorang pertahanan  Bali United yang sedang meningkat naik. Andhika merupakan anak kepada lagenda bolasepak Indonesia dan juga bekas pemain Pelita Jaya, I Made Pasek Wijaya.

Seperti bapanya, Andhika dikatakan bakal mewarisi rekod cemerlang yang lakukan bapanya dalam Liga Indonesia sekitar era 1990-an.

Pemain yang kini beraksi bersama Bali United ini, telah berjaya mencuri perhatian pencinta bolasepak di negara tersebut.

Persembahan cemerlang Andhika  bersama Bali United tidak mengecewakan, malah turut mendapat pujian oleh jurulatih pasukan, Widodo Cahyono Putro.

Seperti sedia maklum pada musim 2017, Persataun Sepak Bola Seluruh Indonesia(PSSI) telah menetapkan peraturan baru dimana setiap pasukan yang bertanding diwajibkan menurunkan seorang pemain Bawah-23 dalam pasukan pada setiap perlawanan.

Perkara ini telah dimaanfatkan oleh Andhika sebaiknya. Beliau telah diberi kepercayaan Widodo untuk berada dalam skuad utama seawal musim. Kehadiran Andhika telah berjaya menepis persepsi negatif pada awalnya oleh penyokong Swedadu Tridatu ini.

Kecekapan, kepantasan,  dan semangat yang dimiliki beliau, telah berjaya membuktikan kepada penyokong akan kemampuannya  yang bermain di posisi pertahanan kanan pasukan harus diberi perhatian, sehingga berjaya mengambil alih tempat pemain senior Hasim Kipuw.

Menyarung jersi 33 dalam pasukan, penampilan pertamanya dalam pasukan pada perlawanan Liga 1 Indonesia ketika bertemu Madura United pada 16 April 2017.

Terens Puhiri

Kredit foto: IBtimes India

“The Faster Player In The World” Itulah kata-kata yang boleh menggambarkan pemain muda berjiwa besar berasal dari Jayapura, Indonesia ini.

Aksi larian pemain Borneo FC, Terens Puhiri  ketika menentang Mitra Kukar pada saingan Liga 1 telah mencipta  satu fenomena buat pencinta bolasepak di Indonesia.

Tidak hanya itu, video larinya juga telah menjadi tular hingga ke seluruh asia malah dunia.

Aksi tersebut telah mengingatkan kita dengan aksi larian Gareth Bale bersama Real Madrid ketika menentang Barcelona di pentas final Copa del Rey beberapa tahun lalu.

Bagi pemerhati bolasepak di Indonesia, nama Terens Puhiri ini sudah tidak asing bagi mereka.

Sebelum bergelar sebagai pemain profesional, Terens memulakan kariernya di SSB Numbay Star Papua. Disana beliau berjaya membantu pasukan itu menjuarai Liga Piala Danone Wilayah Papua. tidak itu sahaja,
beliau turut dianugerahkan sebagai pemain terbaik dan penjaring terbanyak dalam kejohanan tersebut.

Sejak penglibatan Boas Salossa dalam arena sepakbola di Indonesia, negara itu sehinga kini masih ketandusan seorang penyerang yang boleh mengantikkannya.

Sehinggalah muncul Terens Puhiri. Mempersembahankan aksi yang memukau dalam Piala Presiden 2015 bersama Pusamania Borneo. Penyokong bolasepak di sana sudah berani mengelar Terens sebagai “The Next Boas”.

Bagi peringkat Antarabangsa pula, pemain yang baru berusia 21 tahun ini sudah beberapa kali tersenarai untuk memperkuatkan skuad kebangsaan Indonesia Bawah-16 dan Bawah-19.

Walaupun di usia yang muda, Terens memang jelas berpotensi untuk menjadi seorang penyerang yang berbisa. Melihat aksi dan kemampuannya bermain bola, SemuanyaBola berpendapat Terens mampu mengikuti jejak Boas Solosa sebagai salah satu penyerang terbaik dimiliki oleh Indonesia nanti.

Septian David Maulana

Septian David Maulana lahir di Semarang Jawa Tengah, Indonesia pada 1 September 1996.

Pada kejohanan Sukan SEA 2017 yang lalu, nama Septian David Maulana menjadi bual bicara peminat bola sepak di rantau Asia.

Septian telah berjaya mencetak tiga gol untuk pasukannya dalam kejohanan yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Pemain yang baru berusia 21 tahun ini, sebelum ini pernah mendapat anugerah pemain terbaik dalam Piala Pelajar Asia bawah-18 pada tahun 2013. Septian  memulakan karier bolasepaknya ketika bersama SSB Bhaladika, Semarang pada tahun 2010.

Septian menyarung jersi Mitra Kukar pada tahun 2015 sehingga kini. Sebanyak 37 penampilannya bersama Mitra Kukar, Septian sudah berjaya menjaringkan 9 gol secara peribadi.

Sebelum ini, Septian pernah dikaitkan media Indonesia bahawa dirinya bakal behijrah ke Selangor. Namun, pemain yang memiliki wajah tampan ini, menafikan hal tersebut.

Minggu lepas, Septian sempat ditemubual media mengenai penghijrahannya statusnya ke Malaysia.

“Iya, klub Malaysia, tapi bukan Selangor. Klub itu sehingga kini masih belum memberi kata putus tentang penghijrahan saya. Saya masih belum dihubungi mereka buat masa ini” ujar Septian selepas esi latihan pasukan Indonesia di Stadium Wibawa. (Sumber:Liputan6.com)

Kini, Septian sedang fokus bersama pasukan kebangsaan bagi persiapan awal menuju Asian Game 2018.  Penyerang yang memiliki ketinggian 1.74m ini, dipanggil oleh jurulatih pasukan Luis Milla untuk kembali memperkuatkan Indonesia Bawah-23 yang akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Syria Bawah-23 dan Guyana Bawah-23 pada minggu ini.

Lerby Eliandry Babu

Kejayaan Lerby Eliandy Babu menjaringkan 16 gol bagi membantu pasukannya, Pusamania Borneo meletakkan beliau top 5 penjaring gol terbanyak dalam Liga 1 Indonesia musim 2017.

Lerby yang baru berusia 25 tahun, lahir di Samarinda, Indonesia. Pernah menjadi pemain terbaik Liga Super Indonesia Bawah-21 pada tahun 2012

Lebry kini mula menghiasai wajah baru skuad kebangsaan Indonesia yang kini dilatih oleh Alfred Riedl.

Alfred memberi peluang dan ruang buat Lebry menyertai pasukan Garuda ini dalam beberapa perlawanan persahabatan. Bahkan Lebry juga turut dipanggil bagi memperkuatkan pasukan menhadapi cabaran AFF Suzuki tahun 2016.

Ketika bertemu Thailand dalam peringkat kumpulan A, Lerby berjaya menjaringkan satu gol membantu skuad Merah Putih bangkit dari ketinggalan 2-1 sebelum penyerang Thailand, Teerasil Dangda meledak gol hatriknya sekaligus membawa skuad Gajah Putih itu memperoleh 3 mata pada perlawanan pertama kedua-dua pasuka yang diadakan di Bulacan, Filipina.

Debut pertamanya d iperingkat antarabangsa ketika perlawanan persahabatan bertemu Malaysia yang diadakan di Stadium Manahan Solo pada 6 September tahun lalu. Dalam perlawanan tersebut, Indonesia berjaya menewaskan Malaysia dengan keputusan 3-0.

Mempamerkan prestasi yang cemerlang di peringkat antarabangsa dan liga meletakkan Lebry Eliandy Babu antara pemain Asia Tenggara yang berpotensi untuk beraksi di Liga Malaysia 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN