Ketua jurulatih skuad Bawah 20 (B-20) negara dalams satu sidang media pada hari ini berkata beliau terbuka untuk memanggil beberapa pemain yang berpengkalan di Eropah selain Luqman Hakim untuk memperkuatkan pasukan menjelang pusingan kelayakan Piala AFC B-23 yang akan berlangsung pada Oktober nanti.
Menurut Pengarah Teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee pula, cadangan menghantar skuad B-20 ke kejohanan ini adalah sebahagian dari perancangan jangka masa panjang membentuk sebuah skuad yang mantap untuk Sukan Olimpik 2024 yang akan berlangsung di Paris, Perancis.
Siapakah pemain-pemain berdarah Malaysia atau kacukan yang sedang berkelana di eropah wajar diberikan peluang untuk membentuk pasukan ini? Kami senaraikan lima di antara pemain yang boleh mendapat panggilan tersebut.
Diniz Irwan (Edersheim FC, Jerman)
Nama Muhammad Diniz Irwan bukanlah nama asing di dalam skuad bawah umur negara. Beliau merupakan antara 32 pelatih yang pernah dipanggil oleh Brad Maloney sebagai persiapan bagi Pusingan Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2020.
Pernah dipanggil berlatih bersama Cardiff City di England dan Valencia, Diniz pada mulanya mendapat tawaran kelab TuS Hornau di Jerman, sebelum menyertai skuad simpanan Edersheim FC.
Tahniah Diniz Irwan (19 tahun) berjaya dapat pasukan pertama dia di #GER 🇩🇪.
Apa yang kami bangga adalah usaha & keberanian dia untuk cuba nasib sendiri dekat sana sejak Februari. Alles Gute, bro!💪🏻#staysafe #newnormal #RMCO #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/8tpSAvEefJ
— Team Malaysia (@TeamMsia) June 11, 2020
Setakat ini pemain muda ini telah berjaya menyumbat lapan gol untuk kelab yang diwakilinya di Jerman.
Merupakan seorang pemain tengah menyerang, pengalaman Diniz sudah tentu boleh digunakan untuk memperkuatkan jentera skuad B-20 negara di pusingan kelayakan atau di kejohanan utama Piala AFC B-23 di Uzbekistan nanti.
Omar Raiyan (Red Star Belgrade, Serbia)
Nama Omar Raiyan sebenarnya bukan pertama kali mencuri tumpuan rakyat Malaysia. Pada 2016, Omar Raiyan dikenali sebagai seorang murid berusia 16 tahun yang merupakan genius matematik dan pakar kiub rubic pada ketika itu.
Beliau menyertai akademi Manchester City pada usia 9 tahun dan merupakan antara pemain yang menyerlah di dalam sistem akademi tersebut.
According to @The7thKnight, Omar Raiyan bin Kama Azlan is now playing for Red Star Belgrade's youth team in Serbia. The United Arab Emirates-born Malaysian is 16 years old this year. pic.twitter.com/LZCXG3NgGr
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) June 13, 2020
Nama Omar Raiyan kembali menggamit bibir peminat bola sepak negara apabila pemain berusia 17 tahun itu pada tahun ini disambar kelab Serbia, Red Star Belgrade.
Omar disifatkan sebagai pemain yang flsksible dan versatile. Selain boleh beraksi di bahagian tengah, pemain muda ini juga mampu beraksi dengan cemerlang di posisi bek sayap kiri.
Richard Chin (Charlton Athletic, England)
Richard Chin adalah pemain kacukan Malaysia-Seychellois dan dilahirkan di England. Ini bermakna pemain berusia 18 tahun ini mempunyai pilihan untuk mewakili mana-mana tiga negara ini.
Beliau menandatangani kontrak profesional pertama bersama kelab League One, Charlton Athletic pada Julai lalu selepas beraksi bersama skuad remaja kelab Inggeris itu selama beberapa tahun.
https://www.instagram.com/p/CQ6RaWqgLhb/?utm_source=ig_web_copy_link
Bersama Charlton Athletic, Richard Chin turut sempat melakukan beberapa penampilan di pertandingan Piala FA remaja Inggeris – pertandingan yang telah melahirkan ramai pemain-pemain ternama dunia.
Jaami Qureshi (Brighton & Hove Albion)
Terdapat laporan dari beberapa media yang mengatakan Jaami Qureshi telah memilih untuk menyertai skuad kebangsaan Iraq. Namun berdasarkan kenyataan dari Ketua Jurulatih skuad B-20 negara, Brad Maloney, pemain itu juga masih di bawah pemerhatian Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk beraksi bersama Malaysia.
Beraksi di posisi sayap kiri dan dianggap sebagai seorang pemain yang pintar dan berbakat besar, Jaami Qureshi dianggap sebagai pemain penting dan mampu memberikan kelebihan kepada pasukan negara.
According to Harian Metro, Jaami Qureshi is set to commit his international future with Iraq.https://t.co/SjgWLCU8pN pic.twitter.com/vZQlbuhFuz
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) July 10, 2021
Musim lalu beliau beraksi dalam 21 perlawanan untuk skuad B-18 Brighton, sekaligus membuktikan kepentingan pemain ini.
Dengan perkembangan terkini, tidak dapat dipastikan sama ada FAM mampu meyakinkan Jaami dan keluarganya untuk memilih menyarung jersi Malaysia.
Adam Hamid (NK Zvijezda Gradacac)
Pernah bersama Red Star Belgrade sebelum menyertai FK IMT di Serbia, Adam Hamid kemudiannya memilih untuk beraksi di Bosnia Herzegovina apabila menyertai kelab Divisyen 1 negara itu, NK Zvijezda Gradacac pada Jun lalu.
Kini berusia 20 tahun, Adam beraksi di posisi bek kiri. Selain daripada mengimpikan karier bola sepak di Eropah, pemain muda ini turut mahu menyumbang sesuatu kepada pasukan negara.
After a year with the U19 of FK IMT in Serbia, our Adam Hamid has now joined the 1st team of NK Zvijezda Gradacac, which plays in the 1st Div of Bosnia Herzegovina. Prior to IMT, he was briefly with Red Star. Good luck! #first11fc #football #playingabroad #HarimauMalaya pic.twitter.com/AuJSxQ6a7H
— First11 FC (@first11fc) June 18, 2021
Panggilan menyertai skuad B-20 negara kendalian Brad Maloney pasti sesuatu yang beliau impikan.
Penutup
Selain lima pemain ini, kami pasti ada beberapa nama lain yang turut sedang membina karier di eropah. Pemantauan secara berterusan akan prestasi semasa pemain-pemain ini harus dilakukan secara berterusan untuk memberikan peluang sama rata kepada setiap pemain.
Siapa lagi pemain yang berada di eropah wajar dimasukkan di dalam senarai ini? Nyatakan cadangan anda.
Baca artikel menarik lain daripada kami melalui pautan:
Keputusan Tepat FAM Hantar Skuad B-20 Ke Pusingan Kelayakan Piala Asia B-23?
Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode
Kenapa Benjamin Mora Masih Pertaruh Formasi Taktikal Yang Sama?