Keputusan Frenkie de Jong memilih Barcelona menjadikan beliau sebagai pemain ke-19 kelahiran Belanda yang bakal menyarung jersi kelab gergasi Sepanyol tersebut. Ramai pemerhati meramalkan yang De Jong berpontesi menjadi bintang di Nou Camp seperti mana beberapa pemain lain dari Belanda, yang sebelum ini pernah mencipta nama disana.
Siapakah mereka ? Berikut merupakan 5 pemain kelahiran Belanda yang menyinar ketika mewakili Barcelona.
1. Johan Cruyff
Johan Cruyff memulakan kariernya di Ajax Amsterdam pada tahun 1964 sebelum beliau berhijrah menyertai Barcelona pada tahun 1978. Sepanjang lima musim bersama Barca sebagai pemain, Cruyff tberjaya meraih dua trofi kejuaraan iaitu La Liga (1973/74) dan Piala Raja Sepanyol (1977/78). Selain itu, beliau turut menerima anugerah Pemain Terbaik Eropah (UEFA Best Player) pada tahun 1973.
Namun, kejayaan lebih bermakna Cruyff bersama Barca ialah ketika beliau bergelar pengurus gergasi Catalan itu apabila membawa kelab itu menjuarai 11 trofi kejuaraan – empat gelaran La Liga (1990/91, 1991/92, 1992/93, 1993/94), Piala Raja Sepanyol (1989/1990), tiga gelaran Spanish Super Cup (1991/92, 1992/93, 1994/94), Liga Juara-Juara Eropah (1991/92), UEFA Supercup (1992/93) dan Europapokal Cup (1988/89)
2. Johan Neeskens
Nama Johan Neeskens tidaklah sepopular seperti Cruyff. Bagaimanapun, pemain yang dilahirkan di Kota Heemstede, Belanda pada15 September 1951 ini juga boleh dianggap sebagai antara pemain dari Belanda yang berjaya di Camp Nou.
Beliau berhijrah ke Barcelona dari Ajax pada 1 Julai 1974 dengan perjanjian kontrak selama 5 tahun. Dalam tempoh tersebut, Neeskens telah berjaya membantu Barcelona menjuarai dua gelaran- La Liga (1977/78), dan Europapokal Cup (1978/79)
3. Ronald Koeman
Peminat tegar Barca pasti tidak pernah melupakan jaringan ’emas’ yang dicipta Koeman pada masa tambahan minit ke-112. Jaringan tersebut sekaligus memastikan Barcelona menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah 1992 dengan menewaskan Sampdoria, dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Wembley.
Koeman sebenarnya berperanan sebagai pemain pertahanan dan adakalanya beliau turut diletakkan di bahagian tengah bagi membantu pergerakan taktikal serangan Barca. Beliau yang satu skuad dengan Cruyff, telah tampil sebanyak 350 perlawanan dengan berjaya merekodkan jaringan peribadi sebanyak 106 dalam tempoh 5 tahun.
4. Patrick Kluivert
Louis van Gaal pernah menggelar Patick Kluivert sebagai penyerang paling sempurna di dunia. Bintang Belanda itu pernah mewakili beberapa kelab besar di Eropah dan salah satunya adalah Barcelona sekitar tahun 1998 hingga 2004. Penyerang berkulit gelap dan memiliki ketinggian 1.88 meter ini telah berjaya mencetak 145 gol dari 308 penampilan bersama Barcelona.
Turut pernah berganding bersama Rivaldo dan Marc Overmars, Kluivert hanya berjaya memperolehi satu trofi kejuaraan La Liga pada musim 1998/1999. Beliau bagaimanapun tetap menjadi antara pemain yang popular di kalangan penyokong Barcelona.
5. Frank de Boer
Selain Michael Reiziger, Edgar Davids, Marc Overmars, Winston Bogarde, Ruud Hesp, dan Patrick Kluivert, Frank de Boer adalah pemain Ajax yang direkrut oleh Barcelona di era-90an. Beliau dibawa masuk oleh Loius van Gaal bersama saudara kembarnya, Ronald de Boer pada Januari 1999 dengan nilai perpindahan sebanyak £22 juta dan beraksi selama empat musim bersama Barcelona.
Pertahanan tengah ini merupakan antara pemain pertahanan terbaik Belanda dan beliau telah membuat penampilan bersama Barcelona sebanyak 144 perlawanan. Beliau merupakan sebahagian daripada watak penting bersama Patrick Kluivert, Pep Guardiola, Luis Figo, Rivaldo dan Geovanni Silva ketika membantu Barcelona menjuarai La Liga pada musim 1998/99.
Penutup
Siapakah pemain dari Belanda yang paling menyerlah bersama Barcelona berdasarkan pemerhatian anda? Siapakah pemain kelahiran Belanda lain yang berpotensi menjadi legenda di Nou Camp?
Kongsikan dengan kami, kerana kami ingin mendengarnya daripada anda.