5 Pemain Asia Tenggara Yang Mempunyai Potensi Beraksi Di J.League

Kita lupakan liga-liga hebat di benua Eropah sebentar. J.League (J1, J2 dan J3 League) merupakan pentas terbaik untuk pemain dari Asia Tenggara menyerlahkan bakat mereka di pentas tertinggi bola sepak di rantau ini.

Polisi di Jepun membenarkan kelab di J.League untuk mengambil pemain dari negara ASEAN yang dianggap sebagai ‘rakan kongsi’ tanpa sebarang had.

Baru-baru ini, kita mendengar nama Chanathip Songkrasin mulai mencipta nama dengan Consadole Sapporo di J1 League.

Berdasarkan artikel yang diterbitkan oleh Fox Sport Asia, kami kongsikan 5 pemain dari Asia Tenggara yang kami percaya mempunyai potensi untuk beraksi di J.League pada satu hari nanti.

1. Nguyen Chong Phuong (HAGL/Vietnam)

(Photo credit: /AFP/Getty Images)

Nguyen Chong Phuong menunjukkan aksi yang sangat baik ketika pusingan kelayakkan Kejohanan AFC B-23 baru-baru ini.

Pemain ini mempunyai kelincahan dan kawalan bola yang kemas, larian yang sering memberi masalah kepada pertahanan lawan selain daripada ketepatan hantaran yang merupakan aset utama beliau.

Nguyen Chong Phuong turut menjaringkan salah satu gol cantik walaupun Vietnam tewas kepada gergasi Asia, Korea Selatan dalam perlawanan pusingan kelayakkan yang lalu.

https://www.youtube.com/watch?v=LgfauHmWo6k

Chong Phuong merupakan produk akademi HAGL yang berpengkalan di selatan Vietnam dan pernah menimba pengalaman di Jepun. Sebelum ini, pemain berusia 22 tahun ini menyertai kelab J2 League, Mito Hollyhock secara pinjaman.

Bagaimanapun, beliau sukar mendapat tempat di dalam kesebelasan utama sebelum kembali ke Vietnam.

Nguyen Chong Phuong merupakan pakar taktikal yang hampir lengkap di atas padang. Jika Chong Phuong tampil dengan lebih matang berbanding kunjungan pertamanya di Jepun, beliau pasti salah seorang pemain dari Asia Tenggara yang mampu bersaing di pentas tertinggi Asia satu hari nanti.

2. Tristan Do (Muangthong/Thailand)

Tristan Samchai Do merupakan pemain berdarah campuran Thailand. Ayahnya adalah kacukan Vietnam dan Thailand, manakala ibunya berasal dari Perancis.

Pemain bek sayap kanan ini merupakan salah seorang pemain pertahanan paling dinamik di Asia Tenggara.

Jika J.League adalah perbandingannya, kemampuan Tristan Do boleh dikatakan mempunyai kemahiran yang setanding atau lebih baik berbanding pemain seposisi dengan beliau di Jepun.

Kehadiran Tristan Do di bek sayap kanan untuk Muangthong dan juga Thailand menyukarkan lawan mengekang larian dan serangannya dari posisi itu.

Beliau sungguh konsisten bertahan dan menghasilkan bantuan gol melalui hantaran-hantaran lintang yang merbahaya dari sayap kanan pasukannya.

Jelas Tristan Samchai Do adalah salah seorang bakat dari Asia Tenggara yang mampu bersaing di pentas tertinggi di Asia.

3. Chrerng Polroth (NDM/Kemboja)

Kredit: Four Four Two

Sejak sedekad yang lalu, bola sepak Kemboja turut berkembang dan tidak ketinggalan menghasilkan bakat muda yang baru.

Salah seorang pemain yang dikenalpasti mempunyai prospek luar biasa adalah Chrerng Polroth. Pemain ini tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat bola sepak di Malaysia.

Anda pasti ingat bagaimana beliau memberi masalah kepada pertahanan negara ketika kejohanan Piala Suzuki yang lalu.

(Photo by Stanley Chou/Getty Images)

Pada usia 20 tahun, Polroth telah tampil sebanyak 23 kali untuk skuad kebangsaan Kemboja. Beliau hampir merupakan pilihan automatik jurulatih kerana konsistensinya menampilkan aksi yang meyakinkan di bahagian tengah skuad Kemboja.

Di bahagian tengah, Chrerng Polroth boleh beraksi sebagai pemain tengah bertahan mahupun di posisi menyerang berdasarkan arahan taktikal jurulatih.

Pada usia yang muda, Polroth menampilkan permainan yang agresif. dan pada masa yang sama mencipta gerakan menyerang pasukannya dengan hantaran-hantaran jauh yang tepat.

Tatkala rakan sepasukanya seperti Chan Vathanaka kelihatan sukar untuk menyesuaikan diri di Jepun, Chrerng Polroth mungkin boleh tampil sebagai satu lagi wakil Kemboja di J.League.

4. Muhammad Akhyar (Kedah FA/Malaysia)

Kredit: Persatuan Bola Sepak Kedah

Nama Muhammad Akhyar Rashid pasti bukannya nama yang asing di kancah Liga Malaysia khususnya di kalangan penyokong skuad Lang Merah.

Pada usia 18 tahun, Muhammad Akhyar merupakan antara pemain termuda tampil dalam pusingan kelayakkan AFC B-23 yang lalu.

Selepas diturunkan dari bangku pemain simpanan ketika Malaysia gah menewaskan skuad Garuda dengan jaringan 3-0, Akhyar turut diturunkan pada separuh masa kedua menentang Thailand.

Selepas itu, Ong Kim Swee memberi kepercayaan kepada Akhyar untuk beraksi selama 90 minit ketika menentang Mongolia.

Muhammad Akhyar boleh beraksi di sebelah kiri di bahagian tengah atau di posisi No.10 di belakang penyerang utama.

Kelebihan utama Muhammad Akhyar ialah ketenangannya ketika menguasai bola, kerja kerasnya di padang dan kebijaksanaannya menghadang terjahan pertahanan lawan sehingga menyebabkan lawan memberikan foul.

Pada usia semuda 18 tahun, Muhammad Akhyar bukanlah pemain yang boleh kita sifatkan sebagai serba lengkap.

Namun pada usianya kini, kita pasti Muhammad Akhyar mempunyai potensi untuk menjadi pemain hebat untuk beraksi di pentas tertinggi satu hari nanti.

5. Rufino Walter Gama (AS Academica/Timor-Leste)

Rufino Walter Gama

Di kalangan negara anggota ASEAN, Timor-Leste merupakan salah sebuah negara yang selalu kita terlepas pandang akan penampilan bakat-bakat muda.

Di sebalik segala permasalahan di dalam bola sepak negara berkenaan seperti ketiadaan liga bola sepak profesional dan isu rasuah, Timor-Leste sering mengejutkan kita dengan barisan skuad yang mampu bersaing- terutama pasukan peringkat umur yang kaya dengan kebolehan teknikal luar biasa!

Pada usia 19 tahun, Rufino telah tampil untuk Timor-Leste di setiap peringkat umur pasukan negaranya, dan kini merupakan pemain senior skuad Timor-Leste.

Kelebihan yang dimiliki oleh Rufino adalah larian pantasnya, kawalan bola yang mengelirukan serta rembatan kencang yang dimilikinya.

Seperti juga rakan sepasukan beliau di dalam pasukan Timor-Leste, Rufino bukanlah seorang pemain yang boleh kita katakan sebagai lengkap.

Masih terdapat kelemahan terutama dari aspek taktikal yang boleh diperbaiki.

Namun jika ada mana-mana kelab yang cuba mencari prospek berkualiti tinggi untuk dibentuk menjadi seorang pemain bermutu tinggi, maka Rufino adalah calon yang paling sesuai.

Sudah pasti nama Rufino akan menjadi sebutan sebagai salah seorang penyerang berbisa dari rantau Asia Tenggara satu hari nanti.

Rumusan

Apa pendapat pembaca-pembaca kami di Semuanya BOLA? Pentas dan gelanggang sudah dibuka. Bukankah kini adalah masa yang paling sesuai buat pemain-pemain muda kita mencuri tumpuan pencari bakat dari Jepun?

Kami mahu mendengar dari anda. Luahkan pendapat anda di ruangan komen secara ilmiah. Siapakah pemain-pemain muda di Liga Malaysia yang anda fikir mampu memperagakan aksi mereka di Jepun?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN