5 Pasukan Liga Super Buru Syamim Yahya

Kelmarin laman facebook rasmi Pahang FA mengumumkan 8 pemain disahkan tidak akan bersama skuad tok gajah musim hadapan termasuk seorang pemain tengah, Ahmad Syamim Yahya.

https://twitter.com/MediaPhgFA/status/928458941163479040

Namun begitu, Syamim menafikan bahawa beliau digugurkan oleh Pahang seperti digembar-gemburkan dalam media sosial sebaliknya, dia sendiri minta dikecualikan dari senarai pemain skuad berkenaan bagi musim 2018.

 

“Sebenarnya, Pahang ada membuat tawaran untuk saya menyambung kontrak tapi saya mengambil keputusan untuk menolak. Jadi, tidak timbul isu saya digugurkan.

“Saya berterima kasih kepada Pahang kerana memberi saya peluang menyarung jersi mereka. Walaupun tidak memenangi sebarang piala namun ia satu pengalaman berharga terutama mewakili negeri kelahiran saya sendiri,” jelas Syamim kepada berita harian.

Syamim juga mendedahkan belum menandatangani kontrak dengan mana-mana pasukan sekalipun spekulasi menyebut dia telah bersetuju menyertai Perak pada musim depan.

Sebaliknya, bekas penjana barisan tengah Pahang musim ini sedang menimbang tawaran lima pasukan selepas mengambil keputusan meninggalkan skuad Tok Gajah selepas hanya semusim bersama mereka.

Beliau akan membuat keputusan selewat-lewatnya hujung bulan ini dengan beberapa faktor menjadi perkiraan.

“Semua pasukan yang berminat terhadap saya beraksi dalam Liga Super. Saya boleh katakan tawaran yang diberikan juga menarik menyebabkan sukar untuk membuat keputusan segera.

“Tapi, saya tidak akan membiarkan mereka menunggu terlalu lama kerana faham semua pasukan mahu membuat persiapan awal.

Oleh itu, saya akan buat keputusan dalam bulan November ini juga,” katanya.

Menurut Syamim, antara faktor yang perlu diambil kira adalah dia ingin berada dekat dengan keluarga di Raub kerana ibunya kini tinggal berseorangan.

Syamim berkata sebagai anak bongsu yang belum berkahwin, dia berasa menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga ibunya.

Walaupun enggan mendedahkan lima pasukan itu namun sumber daripada berita harian memberitahu, selain Perak, FELDA United, Kuala Lumpur, Terengganu dan Melaka turut bersaing untuk mendapatkan khidmat pemain tengah kelahiran Raub, Pahang itu.

Sebelum menyertai Pahang musim lalu, Syamim mencipta nama bersama FELDA sejak 2014 yang pernah dipimpin oleh Irfan Bakti Abu Salim.

Jika bersetuju menyertai Terengganu, ini bermakna Syamim akan kembali berganding dengan Irfan yang kini membimbing skuad Penyu itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN