5 Pasukan Bola Sepak Yang Berhijrah Dari Tempat Asal Ke Tempat Baru

“Hijrah satu perubahan,
Dalam meniti arus kemodenan,
Dari kemunduran kepada kemajuan.”

Bait-bait lirik lagu nasyid nyanyian In-Team bertajuk Hijrah Satu Wawasan menunjukkan bagaimana hijrah membawa banyak kebaikan.

Ia juga disokong dengan bait-bait puisi dari Imam Syafie yang menggalakan manusia untuk berhijrah:

Singa jika tak tinggalkan sarang, tak akan dapat mangsa,
Anak panah jika tak tinggalkan busur, tak akan kena sasaran.”

Sempena sambutan Maal Hijrah, kami tampilkan 5 pasukan bola sepak yang pernah berhijrah dari kawasan asal mereka ke tempat baru.

1. Tokyo Verdy

506356426

Tokyo Verdy merupakan kelab yang bermain di divisyen tertinggi J-League.

Mereka adalah pasukan paling berjaya di Jepun, mengumpul 25 gelaran sepanjang penubuhan mereka sejak 1969.

Mereka juga menjadi pasukan pertama di Asia yang memperoleh treble kejuaraan liga, piala nasional dan kejuaraan Asia.

Verdy diawal penubuhannya diberi nama Yomiuri FC dan berasal dari bandar Kawasaki. Pada tahun 2001, mereka kemudiannya berpindah ke Tokyo pada 2001.

Tujuannya adalah kerana ingin mendapatkan fanbase yang lebih tinggi berbanding ketika di Kawasaki.

Verdy ‘menjajah’ bola sepak Jepun pada sekitar 70-an hingga awal 90-an. Namun mereka mula mengalami penurunan pada pertengahan 90-an.

Akan tetapi, mereka tetap memperoleh kejayaan selepas berpindah ke Tokyo apabila menjuarai Emperor’s Cup pada tahun 2004.

2. Arsenal

Diawal penubuhan mereka, Arsenal dikenali sebagai Woolwich Arsenal dan mereka berpengkalan di selatan London.

flickr_-_davehighbury_-_woolwi

Selepas daerah Woolwich menjadi sebahagian daripada bandar London pada 1889, Majlis Daerah London dibuka dikawasan tersebut.

Sejak dari itu, mereka kemudiannya berpindah ke utara London pada 1913 di Highbury. Kemudiannya mereka berpindah pula ke Holloway yang merupakan kawasan yang berdekatan dengan Highbury.

Sejak tiba di utara London, Arsenal datang dan menjajah kawasan tersebut. Ini langsung tak digemari oleh Tottenham Hotspur yang memang asalnya dari utara London.

3. Milton Keynes Dons

Sebelum terbentuknya Milton Keynes Dons, mereka adalah Wimbledon FC yang satu ketika dahulu pernah menjuarai FA Cup menewaskan Liverpool pada 1988.

Sebenarnya, cadangan untuk memindahkan Wimbledon FC ke lokasi baru telah diperkenalkan sejak 1979 lagi. Namun pada 2003 barulah hajat Wimbledon FC untuk berpindah menjadi realiti.

1988-team-winners

Peminat Wimbledon FC nyata kecewa lalu mereka mewujudkan AFC Wimbledon pada 2002.

Wimbledon FC dimasukkan ke administration pada tahun 2002 sebelum dibeli oleh syarikat oleh Inter MK Limited.

Mereka akhirnya berpindah ke Milton Keynes dan kemudiannya menukar nama mereka kepada MK Dons.

4. Tripoli SC

Olympic Beirut merupakan kelab yang ditubuhkan pada 2000 dan berpengkalan di ibu negara Lubnan iaitu Beirut.

Namun mereka mengalami masalah kewangan dan ini memaksa mereka untuk berpindah.

Hal ini membawa Olympic Beirut untuk berpindah dari Beirut ke utara Lubnan di bandar Tripoli.

Dan sejak daripada itu mereka menukar nama daripada Olympic Beirut kepada Tripoli SC.

Hasil dana kewangan mereka disumbangkan oleh perdana menteri Lubnan ketika itu, Najib Mikati (gambar bawah).

167-najib-mikati

5. Selangor

Hanya Selangor sahaja pasukan dalam artikel ini yang berpindah lokasi namun tidak menukar nama mereka.

Selangor mengecapi hampir keseluruhan kejayaan lampau ketika mereka menjadikan Stadium Merdeka di Jalan Stadium, Kuala Lumpur sebagai rumah mereka.

img_20131201_0003

Berkongsi gelanggang bersama musuh tradisi iaitu Kuala Lumpur, Selangor ternyata merupakan jaguh bola sepak bukan sahaja di Lembah Klang namun di Malaysia.

Selangor berpindah ke Stadium Shah Alam pada 1994 yang dibina sejak 1990.

Dundee United menjadi kelab pertama yang menentang Selangor dalam satu kejohanan jemputan yang disertai Bayern Munich, Leeds United, skuad Olimpik Austrlia dan Flamengo.

Sejak daripada itu mereka menyabung tradisi menjulang pelbagai kejayaan antaranya hatrik Piala Malaysia pada tahun 1995, 1996 dan 1997.

Mereka juga melengkapkan Misi 33 di Stadium Shah Alam pada musim lalu.

pialamalaysiaselangor

Kesimpulan

Penghijrahan memaksa kita untuk bermula semula daripada bawah serta lari daripada zon selesa yang kita miliki di tempat asal.

Hijrah memerlukan usaha yang tinggi dan kesabar untuk terus cekal dalam cabaran apabila di tempat asing. Terutamanya dalam bola sepak yang merupakan satu perkara yang sukar untuk kita jangka cabaran dan keputusannya.

Seperti kata-kata Imam Syafie dalam puisinya:

“Kau akan dapatkan pengganti dari orang-orang yang engkau tinggalkan (kerabat dan kawan).
Bersusah-susahlah dahulu, manisnya hidup terasa setelah susah berjuang.”

Salam Maal Hijrah dari kami di Semuanya BOLA.

Baca juga: 7 Bintang Bola Sepak Yang Berasal Dari Keluarga Miskin Dan Daif

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN