5 Panduan Untuk Jurulatih Bantu Pemain Bangunkan Skil Menggelecek

Menggelecek ataupun ‘dribbling’ memerlukan pemain memiliki skil dan teknik yang baik untuk melakukannya. Seorang jurulatih bola sepak mungkin tidak mampu melakukan set skil dengan baik tetapi mereka masih berusaha menyokong pembangunan skil pemain.

Ia melibatkan daya pemikiran dan kreativiti juga. Jadi dalam bola sepak, jika anda adalah jurulatih terutama peringkat akar umbi dan melihat pemain anda ‘fancy’, anda jangan sekat usaha mereka. Cuma beri sokongan untuk mereka melakukakannya dengan kemas.

Kita selalu mendengar orang marah dengan budak budak sekolah yang menggelecek acah-acah Neymar. Tak ramai pun yang memberikan apresiasi. Seorang jurulatih perlu berada di belakang pemain mereka untuk membantu pemain-pemain tersebut.

Berikut adalah 5 perkara yang boleh dilakukan jurulatih dalam membantu pembangunan skil individu pemain.

1. Galakan

Pemain peringkat awalan perlukan galakan. Jangan halang kreativiti mereka. Misalnya, pemain menggelecek pe jaga gol dalam keaadaan 1 v 1. Dia melepasi penjaga gol itu tetapi sentuhan seterusnya dia lemah dan bola lari dan tiada gol.

Apa yang selalu berlaku, ada sesetengah jurulatih akan marah pemain sebab menggelecek penjaga gol. Kenapa tak terus buat percubaan gol?

Dalam situasi tadi pemain sudah melepasi penjaga gol dan anda harus puji usaha itu cuma anda fokus kepada kelemahan sentuhan bola yang dilakukan mereka.

Jadi, kita jangan halang kreativiti mereka. Jangan rosakannya! Jangan perbaiki atau hentam benda yang tak rosak. Jurulatih boleh berkata:

“Gelecekan tu dah lepas tapi sentuhan pertama selepas itu yang gagal. Awak mungkin boleh cuba perbaiki ataupun opsyen terus rembat.”

Dalam ayat di atas jurulatih tidak menafikan usaha pemain menggelecek penjaga gol. Tetapi menggariskan apa kelemahannya dan juga cadangan lain.

Seorang jurulatih itu berbeza dengan penyokong. Mereka pada masa yang sama mahukan pemain membangunkan skil mereka.

2. Bimbingan

Seorang jurulatih itu tidak perlu ada rekod sehebat Messi atau Ronaldo dalam skil ketika mereka bermain.

Tetapi mereka boleh menggunakan banyak kaedah untuk membangunkan skil pemain. Tunjukkan visual video kepada pemain menerusi video pemain yang berjaya melakukan skil.

Misalnya pemain A cuba melakukan roullete tetapi gagal. Jurulatih boleh tunjukan video Zidane, terangkan pada pemain apa aspek ruang, ‘decision making’ dan ‘timing’ yang dilakukan Zidane ketika melakukan skil itu.

Hari ini semua orang ada telefon pintar. Gunakannya!

Tajamkan kemahiran asas pemain dalam aspek kawalan bola ataupun ball mastery.

3. Latihan khas

Ada sesetengah jurulatih memberikan latihan khas untuk skil individu. Ada juga jurulatih memberikan cadangan kepada pemain untuk melakukan latihan tambahan.

Untuk pasukan yang ada dana lebih, mereka ada jurulatih untuk bahagian khas. Misalnya, jurulatih pertahanan, jurulatih serangan, jurulatih skil dan teknikal dan pelbagai lagi.

Untuk jurulatih yang berjuang sendiri dalam melatih anak muda di sekolah, anda boleh membuat satu sesi khas untuk skil. Dan motivasikan pemain untuk buat latihan tambahan.

Sebab tu ada pemain seperti Ronaldinho mereka bebas melakukan skil di dalam latihan.

4. Penghargaan

Jangan berat mulut berikan penghargaan kepada pemain yang melakukan skil individu terbaik walaupun latihan belum bermula tetapi anda melihat pemain anda mengawal bola dengan sangat baik dan melakukan sombrero.

Perkataan bagus! atau good job itu antara perkara yang buatkan pemain lebih yakin. Keyakinan ini boleh dibunuh oleh penyokong terutama ibu bapa pada hari perlawanan antara sekolah. Ada yang emosi dan tak sedar usia awalan itu perlukan sokongan bukan makian.

Jurulatih sentiasa menjadi rujukan utama pemain dan pastikan anda ada kuasa lebih dalam motivasikan pemain berbanding penyokong.

5. Latihan

Pemilihan latihan yang menyeronokan sangat penting untuk pemain cilik. Mereka harus jadikan latihan sebagai kelas belajar bukannya kelas untuk dihukum.

Pemain sukan berlatih dalam keadaan mereka boleh melakukan skil individu. Naikkan cabaran kepada pemain dengan adanya sesi dengan tekanan pertahanan.

Rumusan

Itulah 5 asas yang boleh dijadikan panduan oleh jurulatih akar umbi dalam membentuk pemain yang berteknikal dan berskil.

Satu perkara yang sangat kurang ditekankan oleh ramai jurulatih kita di peringkat profesional sendiri. Namun paling penting untuk membentuk pemain individu yamg berskil ini adalah dari bawah. Kalau dah ‘tua’ tu dah keras dah tu.

Apa yang pasti, jurulatih akar umbi ini adalah asas kepada karier pemain walaupun tidak ramai yang memberikan penghargaan kepada mereka. Bukan mudah mereka melatih pemain teruma sekali yang di bawah 10 tahun dengan tulang kanak kanak ini berbeza dengan pemain lain. Teruskan usaha murni anda semua ‘coach’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN