5 Panduan Ringkas Sebelum Sepak Mula Pahang vs JDT

Pahang akan melayan kunjungan seteru mereka dari Selatan iaitu JDT dalam aksi tumpuan Liga Super LS11. Berikut 5 perkara yang kami gariskan sebelum sepak mula.

1. Rekod tanpa kalah

Kedua-dua pasukan kekal memegang rekod tanpa kalah dalam Liga Super setakat ini.

JDT di puncak liga dengan 8 kemenangan dan 2 seri. Manakala pasukan Pahang dengan 7 kemenangan dan 3 seri.

Adakah malam ini akan ada pasukan yang menyaksikan rekod itu berakhir? Ataupun rekod itu kekal bersama mereka dengan keputusan seri?

2. Siapa bakal pimpin liga

Ini merupakan pertemuan 2 pasukan teratas Liga Super Malaysia 2018. JDT dengan 26 mata, manakala Pahang dengan 24 mata.

Mana-mana pemenang akan menjadi pemimpin liga selepas LS11.

b

Pahang pastinya sedar, jika JDT menang perlawanan ini, pasukan Harimau Selatan itu akan menjarakkan diri 5 mata daripada mereka.

Jika Pahang menang, mereka akan memintas JDT dengan kelebihan 1 mata. Jika seri, tiada apa akan berlaku di kedudukan liga melibatkan 2 teratas.

3. Rekod di Darul Makmur

Pahang memiliki rekod tanpa kalah di dalam saingan Liga Super yang berlangsung di tempat sendiri – Stadium Darul Makmur – selepas kekalahan terakhir pada 12 Jun 2018.

FOTO: Pahang FA

Pasukan terakhir yang menang dalam Liga Super ke atas Pahang di Darul Makmur adala JDT. Ketika itu JDT menang 2-1.

4. Paling tajam vs paling kebal

JDT merupakan pasukan yang paling tajam di hadapan gol dengan 24 setakat ini. Manakala Pahang menjadi pasukan paling kebal dengan hanya bolos 6 kali.

Menariknya, pasukan kedua paling tajam adalah Pahang dengan 19 gol setakat in. Manakala JDT pasukan ke-3 paling kebal setakat ini dengan hanya bolos 9 kali selepas Pahang dan Kedah.

5. Perlawanan panas

Perlawanan Pahang dan JDT sentiasa ada intensiti dan kepanasannya dalam era perseteruan moden.

Jadi bukan tugas mudah untuk pengadil mengendalikan perlawanan ini. Kami berharap yang terbaik daripada kesemua pihak pada aksi ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN