5 Momen Pahit Manis Gonzalo Cabrera Di Liga Malaysia Sejak 2017

Gonzalo Cabrera sah tidak akan bersama JDT untuk musim 2022. Dianggap sebagai salah seorang pemain import paling konsisten sejak menyertai JDT, Cabrera telah memenangi pelbagai kejuaraan bersama skuad Harimau Selatan.

Sejak menyertai JDT pada 2017, Cabrera telah  meraih lima kejuaraan Liga Super, 4 Piala Sumbangsih, dan dua kejuaraan Piala Malaysia.

Sikap profesional dan kejayaan yang diraih bersama JDT menjadikan Cabrera antara pemain import yang dekat di hati penyokong JDT. Berikut adalah antara momen pahit dan manis Cabrera bersama JDT sejak lima musim yang lalu.

Penjaring terbanyak JDT sepanjang zaman

Antara momen terbaik Gonzalo Cabrera bersama JDT sudah tentu apabila berjaya tampil sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman jaguh dari selatan tanah air itu.

Di dalam karier bola sepak seorang pemain profesional, pencapaian sedemikian dianggap sebagai satu pencapaian luar biasa, atau pun milestone achievement.

Ia akan menjadi rekod yang akan dikenang dan cuba dipecahkan oleh pemain-pemain baharu musim demi musim.

Gol yang menjadikan Cabrera penjaring terbanyak JDT sepanjang zaman hadir dalam pada 19 Jun 2019, ketika menewaskan Selangor FC 3-2 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.

Jaringan terpantas Liga Malaysia 2021

Saingan Liga Malaysia pernah menyaksikan beberapa jaringan-jaringan pantas yang dihasilkan di bawah satu minit.

Musim ini gol yang dihasilkan oleh Gonzalo Cabrera dalam perlawanan menentang PJ City FC pada 11 April lalu dianggap yang terpantas dihasilkan selepas 39 saat perlawanan berlangsung.

Gol hasil tandukan – menyempurnakan hantaran silang S.Kunanlan – menewaskan Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi, membantu JDT menewaskan PJ City FC 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim.

Gol tersebut juga bermakna Cabrera berjaya membocori gawang PJ City untuk empat musim berturut-turut.

Jaringan pertama di AFC Champions League

Gonzalo Cabrera turut tidak ketinggalan meninggalkan impak di pertandingan elit peringkat kelab Asia itu untuk JDT.

Musim 2020 sebenarnya adalah antara musim yang mahu dikenang, juga menjadi musim yang mahu dilupakan oleh JDT di pertandingan kelab Asia ini.

Beraksi di Stadium Sultan Ibrahim buat kali pertama untuk pertandingan AFC Champions League, JDT mengejutkan gergasi Korea Selatan dengan jaringan 2-1. Gol hasil sepakan penalti Cabrera dalam perlawanan tersebut adalah jaringan pertama JDT di peringkat Asia yang dihasilkan di Stadium Sultan Ibrahim.

Malangnya JDT terpaksa menarik diri daripada saingan AFC Champions League musim tersebut selepas terpaksa akur dengan arahan kerajaan yang memperketatkan arahan keluar masuk di pintu masuk negara akibat pandemik yang melanda.

Piala Malaysia pertama

Piala Malaysia sering dianggap tidak mempunyai nilai yang sama dengan kejuaraan Liga Super. Merupakan antara pertandingan tertua di Asia, Piala Malaysia tetap dianggap mempunyai nilai tersendiri dan masih menjadi rebutan pasukan-pasukan utama di dalam negara, termasuklah JDT.

Sejak melalui revolusi di bawah kepimpinan Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) pada 2013, paling hampir JDT menjuarai pertandingan tersebut adalah pada 2014, namun dikecewakan oleh Pahang melalui penentuan sepakan penalti.

2017 pula giliran JDT melakar sejarah tersendiri merangkul trofi berprestij tersebut buat kali pertama. Di perlawanan akhir, JDT menewaskan Kedah 2-0.

Gol kedua yang dihasilkan oleh Cabrera pada minit ke-63 perlawanan mengesahkan trofi itu ke selatan tanah air buat kali pertama sejak 1985 (oleh Johor FA).

Pengsan dirempuh Renan Alves

Seperti dikatakan tadi, Gonzalo Cabrera telah melalui banyak pengalaman pahit dan manis sejaks menyertai JDT pada musim 2017.

Dan jika ada perkara pahit yang mungkin tidak akan dilupakan oleh pemain ini di Liga Malaysia, ia pastinya insiden membabitkan pemain pertahanan Kedah, Renan Alves.

Detik cemas berlaku dalam perlawanan di antara Kedah Darul Aman FC menentang JDT pada 4 Mei lalu apabila Gonzalo Cabrera tidak sedarkan diri selepas berlaku pelanggaran dengan pemain pertahanan, Renan Alves.

Insiden tersebut berlaku pada minit ke-56 perlawanan. Cabrebra pada ketika itu sedang bersaing dengan bek kanan Kedah, Rizal Ghazali dalam situasi satu lawan satu pada kadar larian yang laju untuk mengejar bola.

Cabrera kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan. Beliau bagaimanapun disahkan pulih dan hanya mengalami kecederaan ringan akibat perlanggaran tersebut.

Penutup

Jika anda adalah salah seorang penyokong JDT, kami pasti anda juga mempunyai kenangan istimewa tersendiri berkaitan Gonzalo Cabrera.

Jika anda mempunyai kenangan atau momen istimewa mengenai Gonzalo Cabrera, kongsikan dengan kami di ruangan komen. Kami juga mahu mendengar perkongsian daripada anda.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN