5 Lokasi Rumah Sekitar Lembah Klang Yang Mempunyai Scene Bola Sepak Paling Aktif

Bagi anda yang sudah berkerjaya, membeli rumah pastinya merupakan salah satu impian hidup anda. Dan seperti yang kita tahu, membeli rumah adalah satu keputusan yang besar. Ia menuntut komitmen yang besar – sama ada dari segi kewangan, masa dan usaha.

Tak kisahlah sama ada untuk duduk atau pelaburan, pembeli rumah melihat pelbagai aspek sebelum membuat keputusan untuk membeli. Kemudahan akses ke kawasan lain, kewujudan pengangkutan awam serta kewujudan infrastruktur awam asas – ini adalah antara beberapa aspek yang diambil kira oleh pembeli rumah sebelum membuat keputusan membeli.

Dan bagi pembeli rumah yang minat dan aktif bermain bola sepak, kemudahan akses ke padang bola sepak mungkin satu lagi faktor penting yang perlu diambil kira. Lagipun, mana ada peminat bola sepak yang nak duduk di kawasan yang tiada padang bola sepak kan?

Berikut merupakan 5 lokasi hartanah sekitar Lembah Klang yang mempunyai latar atau scene bola sepak paling aktif di Malaysia ketika ini.

1. Shah Alam

Terletak kira-kira 28km dari Kuala Lumpur, Shah Alam merupakan bandar yang sinonim dengan budaya bola sepaknya yang kuat dan progresif. Ibu negeri Selangor yang menempatkan Stadium Shah Alam yang ikonik ini mempunyai lebih 700,000 penduduk (dan terus meningkat) – petanda jelas kemakmuran ekonomi bandar ini.

Antara lokasi hartanah pilihan buat pembeli dan penyewa rumah yang berkeluarga, Shah Alam turut menjadi homebase untuk banyak kelab-kelab bola sepak komuniti dan liga-liga sosial di Lembah Klang. Shah Alam Antlers FC, SA United FC, Orchid City FC dan PIB FC adalah antara puluhan kelab-kelab amatur yang berpengkalan di Shah Alam.

Selain aksi unifi Liga Super dan 100Plus Liga Premier yang dilangsungkan di Stadium Shah Alam dan Stadium UiTM, peminat bola sepak di Shah Alam juga mempunyai scene liga sosial yang sangat aktif. Klang Valley League (KVL) – salah satu ahli liga divisyen ke-5 dalam piramid bola sepak Malaysia, M5 – yang kerap dianjurkan di Stadium Panasonic Seksyen 23.

2. Subang Jaya

Kedudukan bandar yang strategik, kepesatan ekonomi dan kewujudan banyak infrastruktur awam yang lengkap membuatkan Subang Jaya menjadi lokasi menarik bagi golongan muda profesional. Kewujudan Jaringan Sri Petaling dalam rangkaian LRT serta padang bola sepak di Stadium MPSJ dan Stadium TUDM Subang juga menambah minat peminat bola sepak untuk menetap di sini.

Jiran kepada bandar Shah Alam ini turut menjadi rumah kepada beberapa kelab bola sepak komuniti seperti Subang City FC, Subang United FC dan Protap FT yang beraksi dalam liga-liga sosial sekitar Lembah Klang.

3. Cheras

Dalam masa beberapa tahun akan datang, Cheras yang ketika ini berfungsi sebagai sub-bandar (suburb) kepada bandaraya Kuala Lumpur akan mempunyai beberapa kawasan perumahan dan komersial. Ditambah pula dengan pembukaan Jaringan MRT Sungai Buloh-Kajang di Taman Connaught, Maluri dan Cohrane, Cheras adalah bandar ideal jika anda mahu hidup tanpa membeli kereta.

Dari segi scene bola sepaknya, Cheras merupakan homebase bagi pasukan Kuala Lumpur FA. Sejak dinaik taraf oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Stadium KLFA Cheras turut menarik minat Selangor FA untuk dijadikan halaman mereka dalam aksi liga Malaysia.

Jika anda inginkan aksi bola sepak di peringkat amatur, kewujudan kelab komuniti Cheras Raptors menandakan scene bola sepak Cheras sedang meningkat. Menariknya tentang Cheras Raptors, mereka sudah pun mempunyai kumpulan penyokong fanatik mereka sendiri biarpun kurang setahun baru ditubuhkan.

4. Puchong

Sejak 2005, Puchong sudah mengalami tranformasi urbanisasi yang pesat. Seperti Shah Alam dan Subang Jaya, Puchong menjadi lokasi kediaman golongan muda profesional kerana kemudahan aksesnya serta infrastruktur awam yang lengkap sejak wujudnya 5 hentian LRT dalam Jaringan Ampang LRT iaitu IOI Puchong Jaya, Pusat Bandar Puchong, Taman Perindustrian Puchong, Bandar Puteri dan Puchong Perdana.

Dan paling penting jika anda merupakan peminat bola sepak – scene bola sepaknya sangat meriah.

Kewujudan Liga Komuniti Puchong (LKP) adalah buktinya. Liga yang disertai oleh 20 pasukan ini bukan sahaja aktif setiap tahun, malah turut menjadi medan kelab amatur ternama, Puchong Fuerza FC yang pernah beraksi dalam kejohanan Selangor Champions League musim 2017.

5. Petaling Jaya

Petaling Jaya mungkin bukan nama pertama yang terlintas di fikiran golongan muda apabila bercakap mengenai lokasi rumah pertama mereka apabila sudah berkeluarga. Tetapi anda mungkin akan berfikir dua kali selepas melihat apa yang Petaling Jaya boleh tawarkan kepada anda yang meminati bola sepak.

Bandar ini sinonim dengan kualiti gaya hidup yang ditawarkannya. Kemudahan aksesnya terbaik. Infrastruktur awamnya lengkap. Malah anda mempunyai banyak pilihan untuk melupakan kerja pada hujung minggu – dari lambakan kompleks membeli-belah sehinggalah kemudahan sukan.

Berfungsi sebagai homebase untuk pasukan Piala FAM, PJ Rangers dan beberapa kelab komuniti seperti Axis O2 FC yang menjuarai Selangor Champions League 2017, Petaling Jaya turut menjadi kawasan tumpuan bagi ribuan pemain bola sepak amatur untuk bermain.

Selain Stadium MBPJ di Kelana Jaya, Petaling Jaya terletak berhampiran dengan New Camp di Bandar Utama dan UM Park di Bangsar. Dua padang ini merupakan lokasi utama bagi liga-liga sosial seperti Klang Valley League dan District League.

Ingin cari rumah idaman anda?

Selain 5 lokasi di atas, anda boleh mencari rumah idaman anda di lokasi-lokasi lain di Hartabumi. Hartabumi bukan sahaja menyediakan senarai lokasi hartanah yang mudah untuk diakses, malah turut menyediakan tips-tips berguna untuk membantu anda membuat keputusan dengan bijak sebelum membeli hartanah.

Lawati Hartabumi di https://hartabumi.com/ dan ikuti mereka di Facebook dan Instagram.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN