Sewaktu kami menyiarkan artikel mengenai patch pasukan Liga Malaysia untuk PES 2016 semalam, kami telah dihujani komen bertanyakan tentang cara patch ini digunakan.
Ikuti bahagian ke dua artikel ini yang telah ditulis oleh sahabat kami dari JomGaming, saudara Faiz Tobeng.
Seperti yang anda tahu, PES 2016 (eksklusif untuk PS4) mempunyai feature di mana anda boleh mengimport imej untuk mengubahsuai logo dan jersi kelab-kelab yang tidak mendapat lesen.
Untuk melakukan pengubahsuaian ini, ia tidaklah sesukar yang disangka. Kami akan tunjukkan langkah-langkah mudah tersebut:
1. Muat turun kit packs
Anda pasti memerlukan logo dan jersi (kit packs) yang telah siap direka, bukan? Terdapat banyak laman web yang menyediakan kit packs ini.
Untuk mendapatkan kit-kit bagi kelab-kelab dari Eropah, kami lebih gemar mengambilnya dari PESWorld. Laman web mereka boleh dilawati di sini: www.pesworld.co.uk
Jika anda ingin mendapatkan logo dan jersi bagi pasukan-pasukan Liga Malaysia pula, anda boleh dapatkannya dari pautan ini: Bagaimana Untuk Mendapatkan Patch Liga Malaysia PES 2016.
2. Sediakan USB drive (pen drive/thumb drive)
USB drive diperlukan untuk memindahkan kit-kit ini dari PC/laptop ke dalam PS4.
Pastikan USB drive tersebut adalah berformat FAT32 kerana PS4 tidak akan dapat mengesan USB drive selain daripada FAT32.
Jika USB drive anda berlainan format (NTFS), anda mungkin perlu reformat USB drive tersebut, dan menukarkannya semula formatnya kepada FAT32 dibawah menu File System.
3. Buat Folder WEPES
Cipta satu folder baru dalam USB drive tersebut dan namakannya sebagai ‘WEPES’.
Kemudian, masukkan semua kit-kit tersebut yang sudah dimuat turun tadi ke dalam folder WEPES itu.
Jika anda mengabaikan langkah ini, PS4 tidak dapat mengesan kit-kit tersebut walaupun dah dimasukkan ke dalam USB drive.
4. Import Images
Selepas anda cucukkan USB drive ke PS4, dalam PES 2016, pergi ke Edit Mode > Data Management > Import Images.
Kemudian, pilihlah sama ada anda mahu import gambar untuk Strip, Team Emblems, Competition Emblems atau Manager Photo.
Anda perlu import logo dan jersi yang ingin anda masukkan itu.
5. Paste Image ke pasukan kegemaran
Pergi semula ke menu Edit Mode > Teams, kemudian pilihlah pasukan mana yang ingin anda ubahsuai.
- Untuk memasukkan logo pasukan, anda pilih Emblem dan Paste Image.
- Untuk memasukkan jersi pasukan, pilih Strip. Kemudian anda akan diberi pilihan iaitu Outfield Player’s 1st (Home), Outfield Player’s 2nd (Away) dan Goalkeeper’s 1st.
- Seterusnya, pilih Paste Image dan pilih jersi bagi pasukan tersebut.
Sebagai tambahan, kadang-kala, nombor yang terdapat di jersi selepas proses Paste Image itu tidak mempunyai warna yang sebenar.
Jadi, anda boleh mengubah sendiri warna yang sepatutnya di bawah menu Markings.
Selepas siap anda buat semua itu, voila! Anda dah pun siap melakukan pengubahsuaian untuk pasukan kegemaran anda.
Selamat mencuba!
Ikuti website JomGaming untuk info-info dan artikel berkualiti dan terbaru mengenai dunia gaming.