Sejak terpaksa beraksi tanpa kehadiran Virgil van Dijk, Liverpool telah tercicir 24 mata daripada 54 mata maksimum yang sepatutnya diperolehi.
Kehilangan mata sebanyak itu menyebabkan Liverpool yang sebelum ini digelar juara natal, kini menduduki tangga keempat liga – iaitu slot terakhir untuk layak ke pertandingan Champions League secara automatik pada musim hadapan.
Jelas sekali ketiadaan Virgil Van Dijk telah memberi kesan kepada Liverpool. Berikut adalah antara lima kualiti pemain tersebut yang pasti dirindui oleh Liverpool pada saat ini.
1. Kualiti pertahanan
Salah satu sebab terutama sudah tentu ialah kualiti Virgil van Dijk untuk melakukan tugas bertahan. Musim 2018/19 misalnya, anda sudah pasti ingat tiada seorang pun pemain atau lawan yang berhadapan Liverpool berjaya menggelecek melepasi pemain ini.
Salah satu sebab rekod tersebut begitu baik ialah kerana Van Dijk tidak pernah terburu-buru melakukan terjahan, sebaliknya menunggu detik terbaik untuk merampas bola dari penyerang lawan.
0 – No opposition player has completed a dribble past Virgil van Dijk in any of his 36 PL apps this season. In fact, this run stretches back to last March, meaning he hasn’t been dribbled past by an opponent in any of his last 45 PL apps. Immovable. #PFAAwards #POTY pic.twitter.com/Y8BIsle0vq
— OptaJoe (@OptaJoe) April 28, 2019
Teknik yang dimiliki oleh Van Dijk cukup menjelaskan kualiti miliknya. Ibarat kata legenda dan antara pemain pertahanan terbaik dunia, Paolo Maldini – “Jika saya terpaksa melakukan terjahan, itu bermakna saya sudah melakukan kesilapan.” Ia tidak mengejutkan mengapa Van Dijk begitu sukar dilepasi lawan untuk tempoh yang lama.
Van Dijk telah merekodkan 185 duels pada musim lalu, dan hanya melepaskan 62 daripadanya. Salah satu sebab The Reds berjaya menamatkan kemarau kejuaraan pada musim lalu adalah kerana keutuhan benteng pertahanan yang hanya dibolosi dengan 21 gol sepanjang musim.
2. Kualiti kepimpinan
Jordan Henderson adalah kapten pasukan Liverpool. Namun demikian keberadaan Virgil Van Dijk di dalam padang turut menampilkan sifat kepimpinan tersendiri terutama di bahagian benteng pertahanan.
Ia bukan menghairankan Van Dijk dilihat sebagai seorang pemimpin di atas padang. Disifatkan sebagai pemain yang mempunyai karakter yang tepat, Van Dijk turut memiliki karisma seorang pemimpin. Kerana itulah juga Van Dijk turut dilantik selaku kapten skuad kebangsaan Belanda.
🤔 Is Virgil van Dijk a future Liverpool captain?
Does he have the required attributes?
🔴 We asked a former Liverpool skipper.
Read: https://t.co/qdbbidUSYJ pic.twitter.com/u6bijlJfPc
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) February 8, 2018
Di dalam skuad besar Liverpool, Van Dijk dihormati oleh rakan sepasukan di dalam dan di luar padang. Ketika kecederaan terpaksa menyisihkan Henderson dan James Milner akibat kecederaan dua tahun lalu, pemain sendiri telah mengundi dan mahukan Van Dijk mengetuai pasukan mereka di atas padang.
Bukan sahaja beliau adalah seorang pemimpin. Kehadiran Van Dijk di dalam pasukan turut menyebabkan rakan sepasukan bermain dengan lebih baik serta meyakinkan. Musim ini, prestasi Trent Alexander-Arnold dianggap antara paling terkesan sejak Van Dijk perlu berehat panjang.
3. Membantu menjana gerakan dari bawah
Van Dijk adalah salah seorang ball-playing centre back terbaik dunia. Beliau selesa dengan bola di kaki dan antara aset yang dimiliki Van Dijk ialah hantaran jauh tepatnya dari belakang yang sering memerangkap pertahanan lawan.
Dari 38 penampilan liga pada musim lalu, pemain pertahanan Belanda ini merekodkan 5.4 hantaran jauh tepat untuk setiap 90 minit perlawanan.
Is there a better long passer of the ball than Virgil van Dijk?
This is just beautiful ❤pic.twitter.com/KuxK0k7B1g
— GOAL (@goal) May 31, 2019
Pemain pertahanan in gemar melakukan hantaran jauh secara diagonal untuk mencari rakan sepasukan di bahagian serangan lantas melancarkan serangan balas pantas yang tidak disangka oleh lawan. Ini memberikan variasi kepada corak serangan oleh Liverpool.
Fokus dan kepekaan beliau di dalam perlawanan turut membuatkan keupayaan beliau menghantar bola sebagai senjata yang amat bahaya.
4. Van Dijk miliki kepantasan luar biasa
Sebagai seorang pemain pertahanan tengah berbadan sasa, Van Dijk dianggap sebagai seorang pemain yang memiliki kepantasan luar biasa. Ditambah dengan kekuatan fizikalnya, membuatkan Van Dijk sukar untuk disaingi secara satu lawan satu.
Kebanyakkan pemain pertahanan dengan mudah ditewaskan oleh larian penyerang lawan yang memiliki kelincahan. Tetapi pemain dari Belanda ini mampu mengejar mana-mana pemain yang cuba menggunakan kepantasan.
⏱ Fastest speed in 18/19 @ChampionsLeague:
1️⃣ 34.5 km/h
🔴 @VirgilvDijk vs Barca2️⃣ 34.4 km/h
🔵 @LeroySane19 vs Hoffenheim3️⃣ 34.2 km/h
🔴 Radonjic vs RB Salzburg4️⃣ 34.2 km/h
🔵 @KyleWalker2 vs Spurs5️⃣ 33.8 km/h
⚪️ @GarethBale11 vs Roma😳 Van Dijk is a 6ft 5 defender. pic.twitter.com/gxRSZ8OOyO
— SPORF (@Sporf) June 15, 2019
Adama Traore, Kylian Mbappe dan Neymar adalah antara pemain yang mampu dikekang dengan mudah menggunakan kepantasan oleh Van Dijk.
Corak permainan Liverpool yang cenderung menggunakan bek sayap untuk melakukan serangan menyebabkan bahagian pertahanan terbuka untuk serangan balas pantas. Dengan adanya Van Dijk, Klopp boleh menarik nafas lega. Sejak kecederaan Van Dijk pada Oktober lalu, serangan balas pantas oleh pihak lawan adalah salah satu masalah besar The Reds sehingga kini ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu liga Man City.
5. Ancaman dalam gerakan set-pieces
Kekuatan fizikal yang dimiliki oleh Van Dijk bukan sahaja memberi faedah kepada Liverpool ketika bertahan. Ia juga merupakan senjata Liverpool di dalam kotak penalti lawan. Selain daripada untuk bertahan kekuatan fizikal dan ketinggian dimiliki oleh Van Dijk adalah ancaman buat pertahanan lawan terutama ketika set-pieces.
⚽ Most headed PL goals since the start of last season
29 – Liverpool
19 – Everton
17 – Tottenham
17 – Burnley
17 – Man City6 of Virgil Van Dijk’s 7 PL goals for @LFC have been headers pic.twitter.com/2HaJQCRMYH
— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) November 30, 2019
Sejak menyertai Liverpool pada Januari 2018, Van Dijk telah menjaringkan 12 gol untuk Liverpool. Musim lalu adalah yang terbanyak dengan lima gol dihaslilkan, dan Van Dijk turut berjaya menjaringkan satu gol sebelum kecederaan lutut menyebabkan beliau terpaksa berehat panjang.
Penutup
Malang sekali Liverpool terpaksa beraksi tanpa kelibat Van Dijk untuk keseluruhan musim. Walaupun terkesan dengan impak ketiadaan Van Dijk, Liverpool tidak boleh berdiam diri dan perlu mencari cara agar prestasi pasukan tidak terus terkesan.
Misi mempertahankan kejuaraan mungkin sudah terlepas. Namun jika Liverpool prestasi buruk pada masa sekarang beterusan sehingga menyebabkan Liverpool gagal layak ke Champions League pada musim hadapan, maka ia adalah malapetaka.
Jurgen Klopp dan Liverpool pasti tidak mahukan kemungkinan tersebut.
Baca artikel menarik lain daripada kami seperti di bawah:
Jordan Henderson Label Virgil Van Dijk Sebagai Pemimpin Sebenar
Virgil Van Dijk: Anda Tak Boleh Samakan Saya Dengan Lionel Messi