Quantcast
5 Kes Skandal Bola Sepak Yang Pernah Menggemparkan Dunia
ANALISIS TAKTIKAL

5 Kes Skandal Bola Sepak Yang Pernah Menggemparkan Dunia

Wednesday, 26 Oct 2016

Dalam mana-mana bidang sekalipun, isu intergriti adalah yang paling mustahak. Dalam bola sepak ada beberapa peristiwa hitam yang telah melanda sukan paling popular di planet bumi ini.

Kami senaraikan antara 5 daripada skandal salah laku yang pernah berlaku dalam sejarah bola sepak dunia.

5. Skandal Chachirules




Ia adalah skandal yang melibatkan pengubahsuaian tarikh kelahiran oleh pengawai pendaftar kelahiran dan juga Presiden Persatuan Bola Sepak Mexico (FEMEXFUT),Rafael del Castillo.

Kesalahan dilakukan sekitar 1977 dan 1978 di Guatemala. Pemalsuan dokumen ini memebolehkan Mexico mendaftarkan 4 pemain terlebih umur untuk bermain dalam perlawanan kelayakan zon CONCACAF untuk Piala Dunia Remaja B-20 tahun 1989-Saudi Arabia.

seleccioncachirules

Skandal ini terbongkar selepas wartawan televiyen berpengaruh Imevisión (sekarang TV Azteca) Antonio Moreno memanjangkan lagi satu penulisan di akhbar tentang isu ini.

Antonio mendedahkan salah laku pihak kerajaan yang sanggup memanipulasi kelahiran bayi semata-mata kerana bola sepak.

Presiden FEMEXUT Rafael de Castillo berang dan mengeluarkan kenyataan kesat secara terbuka kepada Antonio dengan berkata, ‘buktikan!’

Pihak TV Imevisión menyahut cabaran itu dengan membongkar lebih banyak bukti. Akhirnya FEMEXFUT disiasat oleh FIFA.

Mereka didapati bersalah dan digantung daripada menyertai kejohanan sukan Olimpik 1988 dan Piala selepas FEMEXFUT gagal dalam rayuan mereka.

Lebih perit, seteru utama mereka iaitu Amerika Syarikat dipilih untuk mengisi slot mereka mengiringi Costa Rica.

Akibat keengganan FEMEXFUT mengaku bersalah, FIFA memanjangkan hukuman kepada penggantungan mereka dalam Piala Dunia 1990.

4. Skandal Mengatur Perlawanan Bundesliga Oleh Pengadil Pada 2005

Tidak ada sesiapa yang menyangka di sepanajang musim 2005, kebanyakan perlawanan telah ditentukan oleh pengadil.

Segalanya terbongkar apabila salah seorang pengadil divisyen 2, Robert Hoyzer yang baru berusia 25 tahun membuat pengakuan terbuka tentang skandal tersebut.

Ia membawa kepada penangkapan 4 lagi pengadil iaitu Manuel Grafe, Felix Zwayer, Lutz Michael Frolich, dan Olaf Blumenstein.

Mereka telah bersekongkol dengan 3 taikun perjudian Ante Sapina, Milan Sapina dan Phillip Sapina. 3 beradik dari Crotia ini juga menjalankan kegiatan gangster.

Mereka dikatakan berjaya mendapat keuntungan sekitar €2 juta daripada aktiviti haram ini. Beberapa pemain ternama turut disiasat.

Antaranya adalah Alexander Madlung, Nando Rafael and Josip Simunic. Kesemua mereka bermain untuk Herta Berlin.

Dalam perlawanan Herta Berlin menentang pasukan bawahan Eintracht Braunschweig, Madlung masuk pada minit ke-80 dan menjaringkan jaringan sendiri untuk memberikan gol penyamaan kepada Braunschweig.

Eintracht Braunschweig menang perlawanan tersebut dengan 3-2. Siasatan lanjut gagal memeberikan bukti kukuh bahawa mereka ada kaitan dengan adik beradik Sapina.

Robert Hoyzer

Robert Hoyzer

Hoyzer mengesahkan ada 13 perlawanan yang di dalam kawalan mereka. Robert Hoyzer berikrar akan cuba membantu yang beliau termampu untuk menebus segala kesalahan beliau.

Hoyzer digantung seumur hidup daripada sebarang aktiviti dalam bola sepak dan turut dihukum penjara 29 bulan bersama 5 yang lain selepas gagal dalam rayuan mereka.

Pengadil Dominik Marks digantung seumur hidup dan dipenjara 18 bula. Tiga beradik Sapina dipenjara 35 bulan dan turut digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak untuk seumur hidup.

Hamburger SV menerima pampasan bernilai sehingga € 2 juta kerana tersingkir awal dari Piala DFB dalam perlawanan yang dimanipulasi oleh pengadil. Ramai pemain turut dipanggil untuk disiasat.

3. Salah Guna Kuasa Sam Allardyce

Sam Allardyce baru mengemudi England dalam 1 perlawanan. Beliau kemudian bersetuju untuk melepaskan jawatan beliau selepas terpalit skandal salah guna kuasa yang beliau lakukan beberapa tahun yang lalu.

allr

Pembongkaran oleh wartawan Daily Telegraph amat menggemparkan dunia. Allardyce tidak sedar dirinya dirakam oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai wakil sebuah syarikat dari Asia Timur.

Lelaki tersebut tidak yakin ada jalan untuk “mengelak” peraturan FA yang menghalang pemilikan pemain oleh pihak ketiga yang telah lama diharamkan oleh FIFA dan FA England.

Big Sam tersenyum dan menyatakan ia ‘tiada masalah’.

Baca juga : Allardyce ‘Kantoi’ Salah Guna Kuasa, Bantu Orang Luar Langgar Peraturan England FA & FIFA

2. Skandal Calciopoli

Ia dianggap antara skandal yang paling buruk dalam sejarah bola sepak dunia dan Itali khususnya. Lebih-lebih lagi Serie A pada ketika itu sangat berpengaruh.

Baca juga : Mengimbau Kisah Juventus Dan Calciopoli- Bahagian 1: Kejatuhan Empayar Turin

Setelah skandal ini, populariti dan publisiti Serie A mulai menurun. Skandal calciopoli adalah satu sindiket yang mengatur perlawanan dalam skala besar.

moggi

Ada 5 pasukan utama yang terlibat iaitu Juventus, AC Milan, Fiorentina, Lazio dan Reggina. Pengarah sukan Juventus pada ketika itu, Luciano Moggi adalah dalang utama skandal ini.

Beliau mengawal hampir sebahagian besar daripada Serie A termasuk pengadil, rangkaian telekomunikasi, rangkaian penyiaran, dan perpindahan pemain.

Juventus menerima hukuman yang paling berat di kalangan pasukan-pasukan yang didapati bersalah. The Old Lady diturunkan ke Serie B, dilucutkan gelaran liga 2004/05 dan 2005/06.

Mereka juga memulakan musim 2006/07 dengan ditolak sembilan mata selepas rayuan mereka ditolak. Fiorentina dan Lazio pula ditarik penyertaan mereka daripada slot pertandingan Eropah. AC Milan turut ditolak mata.

Ia adalah detik hitam kepada bola sepak Itali.

1. Skandal Dalam FIFA 2015

Tahun 2015, peminat bola sepak dunia dikejutkan dengan skandal dalam FIFA yang membawa kepada manipulasi yang sangat sistematik dalam banyak perkara.

Ada 3 kesalahan utama yang dilakukan oleh FIFA termasuk rasuah, penipuan, dan aktiviti wang haram. Ia melibatkan sejumlah $150 juta.

Baca juga : Tak Tahu Apa-apa Tentang Skandal Rasuah FIFA? Baca Ini!

Rasuah dalam FIFA ini sudah lama berlaku. Pegawai-pegawai FIFA yang terlibat telah memanipulasi hak bidaan, hak penyiaran TV dan hak tajaan Piala Dunia.

2ab2a77d00000578-3168276-fifa_president_sepp_blatter_appeared_to_grasp_at_bank_notes_thro-a-42_1437403199396

Empat belas orang, termasuk sembilan orang yang berkaitan dengan FIFA telah didakwa pada Mei 2015 berkaitan kes penipuan dalam perpindahan, peras ugut, dan wang haram.

Siasatan turut dibantu oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat. Tujuh pejabat FIFA ditangkap di Hotel Baur au Lac, Zürich, pada Mei 2005.

Mereka ketika itu sedang bersiap sedia mahu menghadiri Kongres FIFA ke-65 yang turut menganjurkan pemilihan Presiden FIFA untuk penggal baru.

Mereka telah diekstradisi dan didakwa di Amerika Syarikat. Banyak kes-kes yang berkaitan dibongkarkan dan ramai pegawai yang dikenakan tindakan.

Ia adalah satu jenayah yang sangat besar dan kompleks yang dilakukan oleh badan bola sepak yang popular dengan kempen ‘Fairplay’.

Kesimpulannya, setiap isu salah laku dari melibatkan amanah dan intergiriti adalah sangat jijik. Ini kerana ia bersifat menindas pihak lain yang cuba untuk main bersih.

Siasatan kes ini masih berlarutan sehingga ke hari ini.

Baca juga : Mengimbau Kisah Juventus Dan Calciopoli-Bahagian 2: Era Serie B Dan Kebangkitan Untuk Menjadi Kuasa Eropah Sekali Lagi

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: 5 Kes Skandal Bola Sepak Yang Pernah Menggemparkan Dunia



Berita Bola Yang Menarik