Kami senaraikan 5 kelab yang sudah lenyap dalam dunia bola sepak pada hari ini. Anda mungkin pernah mendengar dan juga mungkin penyokong salah satu daripadanya.
1. Los Angeles Aztecs (USA)
Kelab ini pernah diwakili oleh George Best, Johan Cruyff dan juga pengurus Rinus Michels. Mereka antara kelab yang paling popular di USA dan sangat berpengaruh di NASL (North America Soccer League).
Kelab ini juga pernah dimiliki bersama oleh Elton John. Namun ia berkubur pada 1982. Kesuraman liga NASL adalah punca kenapa kelab lagenda ini tidak ada lagi di dunia.
2. Wimbledon FC
Ia mungkin kisah yang paling tragis dalam bola sepak. Kelab lagenda Inggeris sejak 1889 ini antara kelab yang sudah lenyap dan tidak ada lagi.
Mereka pernah memenangi Piala FA pada 1988 dan juara Divisyen 1 pada era The Crazy Gang. Mereka berada di EPL sejak dari penubuhannya sehingga milenium. Anda pasti kenal Vinnie Jones?
Selepas penyingkiran pada tahun 2000, lembaga pengarah memutuskan untuk memindahkan kelab itu ke Milton Keynes pada tahun 2002.
Mereka berpindah dari tempat asal kepada di Selatan London ke Buckhinghamshire. Lembaga kelab memutuskan kelab baru adalah Milton Keynes Dons F.C. (MK Dons) di bawah pemilik baru Milton Keynes Development Corporation
Penyokong mereka sangat kecewa dengan keputusan itu. Pada 2002, penyokong mereka mulai membina kelab mereka sendiri iaitu AFC Wimbledon dan berkat usaha mereka, hari ini mereka beraksi di League 2.
Yang pasti Wimbledon yang asal sudah terhapus dari dunia bola sepak kerana pengurusan yang gagal! Anda mungkin boleh senaraikan nama-nama pemain Wimbledon yang pernah anda saksikan di kaca tv dahulu.
3. Dukla Prague (Czechoslovakia)
Salah sebuah pasukan yang paling berjaya di Czechoslovakia. Mereka memenangi liga 11 kejuaran Liga dan 8 Piala Czechoslovak.
Menjadi pasukan pertama di negara ini untuk memenangi doubles. Namun pada 1994/95 mereka terjerumus ke divisyen 3. Masalah kewangan yang teruk dan mereka bergabung dengan kelab lain.
Nama Dukla Prague lenyap dan terpaksa menggunakan nama kelab yang mereka gabung iaitu FC Portal Pribram. Pada 2006, mereka cuba menghidupkan kembali kelab lagenda ini supaya ada nama sendiri.
Mereka berjaya memiliki kelab divisyen 2, Jakubcovice. Mereka kembali ke Liga Republik Czech pada 2011 dengan nama FK Dukla Prague. Namun ia bukan lagi kelab yang sudah lenyap selamanya, Dukla Prague.
4. FC Amsterdam
Dahulu di bandar Amsterdam ada derbi yang kuat seperti mana AC Milan-Inter Milan, dan juga Manchester City-Manchester United pada hari ini.
Itulah derbi Amsterdam yang melibatkan FC Amsterdam dan Ajax Amsterdam. FC Amsterdam pernah mara sehingga ke suku akhir Piala UEFA 1974/75 dan menewaskan gergasi Eropah, Inter Milan.
Selepas mereka tersingkir pada tahun 1978, kelab ini berhadapan dengan krisis kewangan kritikal dan semakin hilang penyokong. Kehadiran penyokong mereka semakin hari semakin sedikit.
Mereka berpindah ke lokasi baru pada 1980 namun masih gagal menarik penyokong. Akhirnya kelab ini dibubarkan pada 1982 kerana dirasakan sudah tidak relevan.
Hari ini, ada nama FC Amsterdam yang baru, namun ia bukan lagi yang asli!
5. Dalian Shide
Kelab ini antara kelab yang paling berpengaruh di China. Mereka menjadi kelab paling kaya di China pada suatu ketika dahulu dan menjadi juara pertama pada era revolusi Chinese Super League.
Mereka menjuarai Asian Club Championship pada 1998 dan Asian Cup Winner pada 2001.
Mereka menjadi pusat kepada kemajuan bola sepak China pada suatu ketika dahulu. Banyak kelab di China meniru model pengurusan mereka.
Memiliki 8 kejuaraan Liga A (termasuk CSL) China dan 2 Liga B China. Dalian Shide juga juara 3 Chinese Super Cup dan 3 Chinese FA Cup. Antara produk terbaik mereka adalah Sun Jihai.
Mereka memiliki kumpulan penyokong yang digelar Blue Wave yang sangat popular di China.
Presiden terakhir kelab ini, Xu Ming terlibat dalam skandal rasuah, perjudian dan pelbagai jenayah. Beliau tidak tahu cara untuk menggunakan duit sebegitu banyak pada kelab ini.
Pada 2004, The Guardian pernah menagnggap Xu Ming sebagai Roman Abramovich China.
Xu Ming juga mengaburi pihak berkuasa dengan menyatakan beliau sentiasa menderma kepada persatuan kebajikan.
Antaranya adalah Guanghua Foundation. Namun derma itu untuk mengelakkan cukai kerajaan atas nama kebajikan. Duit itu akan berpatah balik ke tangan Xu Ming.
Lebih sadis Xu Ming juga pernah cuba menjual 70% daripada saham kelab kepada kumpulan Aerbin yang hari ini memiliki Dalian Aerbin yang merupakan musuh setempat Dalian Shide namun gagal.
Pada 2013, nama Dalian Shide ini terhapus dari landskap bola sepak China dan dunia.
Dalian Shide mengucapkan salam perpisahan dengan para penyokong mereka menerusi akaun media sosial Weibo mereka pada akhir musim 2012 dengan kapsyen:
“Kami mahu ucapkan selamat tinggal kepada penyokong terbaik di China”
Lebih sedih, perlawanan terakhir mereka di Chinese Super League sebelum itu mereka tewas 3-0.
Ramai penyokong Dalian Shide menangis meratapi ‘kematian’ kelab paling berjaya di China, namun lenyap kerana tidak tahu menguruskan duit kelab yang terlalu banyak sehingga terlibat dengan pelbagai jenayah.
Kelab Dalian Aerbin menghantar satu mesej khas agar penyokong Dalian Shide membuang sentimen permusuhan sebelum ini dan datanglah menyokong mereka.
Ramai yang terpaksa berbuat demikian kerana semangat wilayah Dalian. Ramai juga yang tidak mahu menyokong Dalian Aerbin sehingga ke hari ini.
Xu Ming dipenjarakan atas pelbagai tuduhan jenayah termasuk kaitan dengan kes pembunuhan. Dia meninggal di penjara pada Disember 2015 kerana serangan jantung.
Hari ini, nama pasukan paling popular dalam sejarah bola sepak China ini sudah lenyap di kala pasukan lain menikmati kemeriahan Chinese Super League.
Rumusan
Daripada nama-nama kelab yang sudah lenyap, ada yang berhadapan dengan krisis kewangan, kehilangan penyokong sehinggalah yang tidak tahu apa yang harus dilakukan dengan duit yang terlalu banyak.
Kisah kelab-kelab ini akan terpahat di hati penyokong mereka. Pengurusan bola sepak di negara kita boleh jadikan ia pengajaran dan tauladan.
Dalian Shide membuktikan duit yang banyak juga bukan jaminan untuk survival kehebatan sesebuah kelab jika ia gagal diuruskan dengan betul.
Baca juga: JDT Atasi Urawa Reds dan Buriram United Dalam Ranking Kelab-Kelab Terbaik AFC