Manchester United sedang berkira-kira untuk menawarkan kontrak baharu kepada pemain tengahnya, Jesse Lingard yang sedang dipinjamkan.
Pemain berusia 28 tahun itu telah membuktikan potensi sebenarnya yang dimilikinya selepas mempamerkan aksi cemerlang bersama West Ham United dan skuad kebangsaan England.
Namun prestasi cemerlang tersebut turut mendapat perhatian kelab-kelab elit eropah yang lain.Wajarkah Lingard kembali ke Old Trafford? Atau tiba masanya beliau mencari cabaran baharu bersama kelab lain? Berikut adalah lima kelab yang dipercayai telah menyatakan minat unuk mendapatkan pemain perancang itu pada musim panas ini.
West Ham
Prestasi membaggakan Jesse Lingard membuatkan West Ham mahu mencari cara untuk menjadikan tempoh pinjaman pemain tengah itu menjadi tetap pada musim panas akan datang,
Bersama The Hammers akan memberi jaminan minit permainan untuk Lingard, dan pemain itu tidak perlu membuang masa untuk beradaptasi pada pra musim akan datang sekiranya kekal bersama kelab London itu.
Lingard mungkin tidak diperlukan oleh Manchester United. Namun itu tidak bermakna Lingard boleh pergi dengan harga yang murah. Malah United dikatakan mahukan Declan Rice berada di dalam pakej perpindahan. West Ham pula mahu berusaha mendapatkan Lingard secara tunai.
Jesse Lingard has equalled his personal best of 8️⃣ goals in a #PL season, after only 9️⃣ matches for @WestHam! 👏#WHULEI | @JesseLingard pic.twitter.com/jCKtwPxjBY
— Premier League (@premierleague) April 11, 2021
Arsenal
Satu lagi kelab Liga Perdana Inggeris yang berminat mendapatkan Jesse Lingard ialah Arsenal. The Gunners memerlukan pemain kreatif, dan Lingard menepati ciri-ciri pemain yang Mikel Arteta perlukan. Kehidupan di London juga memudahkan Lingard.
Namun demikian Arsenal tidak boleh menjanjikan aksi bermain di Eropah pada musim hadapan. Sudah hampir pasti tidak akan berjaya menempatkan diri sebagai empat pasukan teratas liga pada musim ini, Arsenal yang berada di kedudukan ke-9 setakat ini berkemungkinan turut terlepas slot ke Europa League musim hadapan.
Paris Saint-Germain
Paris Saint-Germain (PSG) menajdi kelab terbaru yang menyatakan minat untuk mendapatkan Jesse Lingard. Anda bayangkan sahaja Lingard setaraf Neymar, Mauro Icardi dan Kylian Mbappe. PSG juga tidak mempunyai masalah untuk memenuhi tuntutan kewangan yang dipinta oleh Manchester United untuk pemai berusia 28 tahun ini.
https://twitter.com/YellowFootbal/status/1381566399944986631
Sekiranya menyertai PSG, Lingard akan mengikut jejak langkah seorang lagi bekas pemain tengah Red Devils, Ander Herrera. Maka Lingard dilihat tidak mempunyai masalah menyesuaikan diri dengan kehidupan di Paris.
Perpindahan ke Parc des Princess akan memberikan manfaat buat pemain itu meraih trofi. Selain daripada dominan di pertandingan domestik, PSG mulai menjadi salah sebuah kuasa besar di Eropah sejak beberapa musim lalu.
Real Madrid
Antara yang mengejutkan ialah apabila Real Madrid turut dikaitkan dengan pemain akademi Manchester United ini. Los Blancos dikatakan berminat untuk mendapatkan Lingard sebagai salah seorang alternatif dan pengganti kepada Luka Modric yang semakin berusia.
Jesse Lingard is reportedly attracting interest from Real Madrid, while Marouane Fellaini could be set to make a shock Premier League return.
Latest rumours ➡️ https://t.co/z6s1VJlOGt pic.twitter.com/FgKyNeadbP
— Kick Off (@KickOffMagazine) April 12, 2021
Sama seperti di PSG, beraksi untuk Real Madrid akan memberikan peluang untuk Lingard menyerlah di Champions League. Namun demikian tidak mudah untuk pemain-pemain Inggeris beradaptasi di La Liga seperti yang berlaku sebelum ini.
Inter Milan
Satu lagi kelab gergasi eropah yang tidak ketinggalan memerhati situasi Lingard ialah Inter Milan. Kelab Itali itu sebelum ini amat sinonim dengan pemain-pemain Manchester United. Romelu Lukaku, Alexis Sanchez, dan Ashley Young adalah antara bekas pemain Manchester United yang kini beraksi bersama Inter Milan.
Lukaku and Fernandes react to Lingard's wondergoal for West Ham https://t.co/ZaxabOs7m0
— West Ham Utd News (@westhamutdnews) April 6, 2021
Namun keingingan untuk mengejar khidmat Lingard sebenarnya bergantung sekiranya Antonio Conte terus kekal bersama kelab itu melangkaui musim ini. Conte dikatakan berhadapan masalah dengan pihak pengurusan Inter Milan walaupun kini amat hampir untuk membawa skuad Nerazzurri bergelar juara Itali buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun.
Penutup
Jika benar Manchester United tidak perlukan Jesse Lingard, maka kelab manakah yang wajar disertai oleh pemain ini?
Satu perkara yang pasti, prestasi semasa beliau bersama West Ham membuatkan beliau tidak perlu risaukan mengenai pilihan kelab sekiranya bakal berhijrah dari Old Trafford.