‘5 Kekalahan Berterusan’- Arema Sah Singkirkan Javier Roca Selaku Pengendali Kelab

Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Loading official content
Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine
Go behind the scenes at Clairefontaine and watch Kylian Mbappé and other France stars taking part in the first squad photo of the year.
0 seconds of 58 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training
00:33
00:00
00:58
00:58
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video French Federation di OneFootball

Salah satu kelab gergasi saingan Liga 1 Indonesia tampil dengan tidak begitu menyakinkan musim ini menerusi siri-siri kekalahan dicatat iaitu Arema FC.

Terbaharu, kelab ini terpaksa menelan keputusan pahit selepas merekodkan lima kali kekalahan secara berturut-turut serta tampil dengan aksi cukup mengecewakan.

Disebabkan itu, para penyokong Arema mula memberontak dan meminta penjelasan kelab mengenai prestasi yang sangat mengecewakan pada tahun ini dalam persaingan liga.

Menerusi keputusan yang negatif itu, kelab tersebut memutuskan untuk menyingkirkan pengendali mereka dari Chile iaitu Javier Roca semalam.

Pengesahan itu dibuat sendiri menerusi Pesuruhjaya Arema iaitu Tatang Dwi Arifianto yang menyatakan Roca dan Arema memutuskan untuk tidak lagi bekerjasama.

Walaupun secara teknikalnya Roca berjaya mengubah kelab tersebut untuk tampil lebih baik menerusi aspek penguasaan bola dan kreativiti serangan, siri kekalahan yang menimpa Arema memaksa keputusan tersebut dibuat.

Lebih malang, nasib seolah tidak menyebelahi untuk Roca bersama Arema selepas Tragedi Kanjuruhan berlaku disebabkan kekalahan pasukan tersebut di tangan lawan sehingga terjadi rusuhan besar.

Ketika itu, Arema ditewaskan oleh seteru utama mereka dalam saingan Liga 1 Indonesia iaitu Persebaya Surabaya, keputusan tersebut tidak boleh diterima oleh para penyokong sebelum rusuhan mula berlaku.

Untuk rekod semasa, Arema kini berada di tangga ke-11 liga menerusi 26 mata sahaja diraih daripada 20 perlawanan dihadapi serta mencatat 10 kekalahan.

Setakat ini, ada beberapa calon pengganti Roca sudah pun dikaitkan bersama pasukan tersebut dan hangat diperkatakan menerusi media sosial.

Menurut Bola.com, salah seorang paling hangat diperkatakan ialah bekas kapten Arema iaitu Putu Gede selepas beberapa kelab peminat mula mengangkat nama legenda tersebut sebagai calon pengendali baharu pasukan itu.

Secara kebetulan, Putu juga ketika ini tidak bernaung dengan mana-mana kelab dan ia dilihat lebih memudahkan Arema untuk cuba menandatangani khidmat beliau selaku jurulatih baharu.

Sebelum ini, Putu pernah menjadi pengendali kelab divisyen kedua di Indonesia iaitu PSMS Medan, namun selepas saingan tersebut dihentikan, beliau tidak lagi memegang jawatan tersebut.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN