Manchester United kini secara berterusan menghasilkan keputusan positif sehingga berjaya menempatkan diri mereka di kedudukan kedua Liga Perdana Inggeris.
Kemenangan ke atas Aston Villa bermakna Man United kini telah mengumpul 33 mata, dan hanya dibezakan dengan jumlah jaringan berbanding pendahulu dan juara bertahan Liverpool.
Pencapaian ini sememangnya dianggap mengejutkan oleh ramai; baik di kalangan penyokong sendiri, apatah lagi lawan.
Things are hotting up at the top of the table 🔥
United's win over Villa means they go level on points with Liverpool 👀🔴 pic.twitter.com/euTNrDr3cs
— Football on TNT Sports (@footballontnt) January 1, 2021
Jangan kita lupa bahawa anak buah Ole Gunnar Solksjaer memulakan kempen pada musim ini dengan buruk sekali sehingga pernah menduduki tangga ke-15 liga.
Bemula dengan kemenangan ke atas Everton pada minggu ke-8 pertandingan awal November lalu, prestasi Man United secara tiba-tiba tampil meyakinkan dengan lapan kemenangan dan dua seri dan tanpa kekalahan.
Keputusan poisitif inilah yang membenarkan skuad kendalian Solksjaer secara perlahan-lahan mendaki kembali kedudukan sekaligus meraih kembali rasa gerun dan hormat lawan.
Apakah kunci keberhasilan Man United sehingga berjaya meraih kembali perhatian lawan dan dilabel kembali sebagai pesaing kejuaraan buat kali pertama sejak tujuh musim lalu?
Penggiliran pemain yang Efektif
Antara faktor peningkatan skuad Man United yang tidak boleh kita nafikan adalah kemampuan Solksjaer melakukan penggiliran/rotasi pemain secara efektif.
Ini disebabkan skuad United itu sendiri yang kini memiliki barisan pemain yang lebih seimbang hampir di keseluruhan posisi berbanding sebelum ini.
Bagaimanapun langkah ini mengambil sedikit masa, tetapi apa yang penting Man United tidak pernah ragu untu mengubah kesebelasan utama pemain yang beraksi pada setiap minggu dan bersilih pertandingan.
Our first change of the evening ✔
Let's go, @NemanjaMatic 👊
🔴 #MUFC
#⃣ #MUNAVL
🏆 #PL pic.twitter.com/mszwalAU78— Manchester United (@ManUtd) January 1, 2021
Walaupun pada mulanya langkah ini dilihat menyumbang kepada keputusan tidak konsisten Man United, ia akhirnya berkesan mengekalkan kesegeran pemain sehingga merekodkan 10 perlawanan tanpa kalah.
Menurut data, Man United telah melakukan 32 pertukaran dalam daftar kesebelasan utama pemain dalam sembilan perlawanan terakhir. Daripada semua pemain tersebut, hanya enam pemain yang paling kerap menjadi pilihan iaitu David de Gea, Harry Maguire, Victor Lindeloff, Aaron Wan-Bissaka dan Bruno Fernandes.
🚨 Here it is: our first starting line-up of 2021!
— Manchester United (@ManUtd) January 1, 2021
Ketibaan Donny van de Beek pada musim panas turut melengkapkan lagi skuad yang sebelumnya sudah diisi oleh nama-nama seperti McTominay, Fred, Matic dan tentunya Paul Pogba.
Selain daripada mengelakkan kecederaan pemain dalam mengharungi musim yang padat dengan jadual perlawanan, squad depth yang dimiliki United memaksa pemain untuk bersaing secara sihat untuk mendapatkan tempat masing-masing dalam pasukan.
Formasi 4-2-3-1
Akhirnya Ole Gunnar Solksjaer menemui formasi yang sesuai dengan corak permainan, dan sesuai untuk pemain-pemain di dalam pasukan.
Sebelum itu Solksjaer sering kali bertukar formasi, antaranya menggunakan formasi 4-3-3 dan 3-4-3 dalam perlawanan-perlawanan di eropah. Pertukaran formasi sebegini acap kali memakan diri kerana mengakibatkan pemain keliru dengan peranan masing-masing.
Formasi 4-2-3-1 yang lebih struktural sebenarnya bukan asing untuk United yang sudah menggunakan formasi sama sejak era Jose Mourinho. Bezanya kali ini Solksjaer berjaya menerapkan corak permainannya yang tersendiri sesuai dengan kemampuan dan kekurangan pemain yang beliau miliki.
PART 2️⃣ Analysis on defending from the front in a 4-2-3-1.
⚽️Leicester City vs Manchester United
➡️FOCUS ON VARDY & MADDISON
– – – –
➡️Forcing midfielders to receive in front of midfield line✔️
➡️Forcing forward play in final third
➡️MUFC finding a way✔️#mufc #lcfc #epl pic.twitter.com/DcxQizvSLh— Jamie Edwards (@jamie__edwards) December 27, 2020
Berasaskan formasi 4-2-3-1, sistem bola sepak oleh Solkjaer mementingkan peranan dua pivot untuk melindungi barisan pertahanan, membina serangan dari blok rendah, serta kepantasan rangkaian serangan untuk menyempurnakan serangan balas pantas.
Namun ia tidak membataskan corak permainan United kepada serangan balas pantas sahaja. Menentang pasukan yang lebih bertahan, skuad Ole Gunnar Solksjaer akan memberikan tekanan berturusan selain berusaha mematikan penguasaan bola lawan secepat mungkin untuk mendapatkan kelebihan ketika perlawanan.
Penalti
Untuk memuaskan hati semua pihak, maka perkara ketiga kami senaraikan sebagai punca kebangkitan Man United adalah kerana penalti. Tetapi mari kita lihat konteks yang lebih menyeluruh.
Musim lalu Manchester United tampil sebagai kelab terbanyak memenangi penalti dari kalangan lima liga utama di eropah dengan 21 penalti. 17 daripadanya disempurnakan.
Secara purata dari 110 gol yang dijaringkan oleh Man United di semua pertandingan pada musim lalu, 15% datangnya dari sepakan penalti. Lapan atau sembilan daripada 17 penalti itu dianggap sangat penting.
Manchester United have had almost twice as many penalties as Liverpool since the start of last season despite the Reds having over 400 more touches in the box. pic.twitter.com/6UACoq5xkJ
— Sam McGuire (@SamMcGuire90) January 2, 2021
Ia termasuklah penalti yang membuka laluan untuk kemenangan 2-0 menentang Leicester City pada hari terakhir saingan yang memastikan laluan ke Champions League pada musim ini. Persoalannya mengapakah Man United boleh memperolehi begitu banyak sepakan penalti berbanding pasukan lain.
Ada banyak teori di luar sana. Namun corak permainan menyerang oleh Man United dipercayai adalah sebab utama penalti begitu banyak diberikan kepada mereka.
Perpindahan Romelu Lukaku pada musim panas 2019 ke Inter Milan – tanpa sebarang pengganti dibawa masuk oleh Solksjaer – nyata telah memberikan impak kepada bahagian serangan Man United. Pada ketika ini, Man United bukan sahaja kehilangan seorang No.9 sejati, tetapi skuad United hanya memiliki Daniel James selaku pemain sayap tulen.
Tanpa sebarang pilihan, Man United terpaksa menyandarkan harapan memburu gol kepada rangkaian pemain penyerang sedia ada iaitu Marcus Rashford, Anthony Martial, dan Mason Greenwood. Langkah ini sebenarnya memberi pulangan yang lumayan kepada Man United.
Manchester United 2-1 Aston Villa: Bruno Fernandes penalty puts Red Devils joint top. Read on: – https://t.co/kiMjjWrlwK #football pic.twitter.com/Zg0zVx3ANP
— Total Football News (@AllUKFootball) January 2, 2021
Musim lalu misalnya trio penyerang Man United ini menjaringkan jumlah gol lebih tinggi dari yang dihasilkan trio serangan handalan Liverpool yang dibarisi Sadio Mane, Roberto Firmino dan Mohamed Salah.
Musim ini ketiga-tiga pemain masih dijadikan sandaran oleh Solksjaer di bahagian serangan. Corak permainan United yang tidak menyandarkan serangan daripada pemain sayap, bermakna ancaman dari pasukan Man United datang sendiri dari posisi penyerang sayap yang beraksi lebih ke tengah berbanding sayap klasik di bahagian sisi padang.
Tanpa seorang No.9 seperti Lukaku, maka tiada lagi hantaran lintang tinggi dilakukan dari bahagian sayap sepertimana pada era Mourinho. Corak menyerang era Mourinho dan Solksjaer nyata berbeza di sini
Dengan pemain seperti Rashford, Martial dan Greenwood, -digandingkan dengan pemain seperti Bruno atau Pogba – Man United lebih gemar melakukan serangan dengan mengheret bola ke dalam kotak penalti lawan. Maka ia tidak menghairankan mengapa pemain pertahanan lawan sering kali cuai menjatuhkan pemain-pemain ini di dalam kotak penalti.
Bruno Fernandes
Apalah ertinya jika pasukan sering mendapat sepakan penalti namun gagal menyempurnakannya. Itulah masalah utama Man United pada awal musim 2019/20 sehinggalah ketibaan Bruno Fernandes pada Januari 2020. Tidak dinafikan Bruno Fernandes sangat klinikal dari sepakan penalti. Namun sumbangan Bruno bukan sekadar untuk menyempurnakan penalti.
Bruno Fernandes bukan sahaja pembelian terbaik Man United, tetapi mungkin juga merupakan pemain tengah terbaik yang ada di Premier League pada musim ini.
Bruno Fernandes berada di kedudukan kelima dengan 10 gol dalam senarai penjaring Premier League setakat ini, dan merupakan satu-satunya pemain tengah yang berada di dalam senarai lima permain teratas ini.
Menurut Squawka, Fernandes telah menghasilkan 1.56 percubaan tepat untuk setiap 90 minit perlawanan, menjadikan beliau sebagai pemain tengah paling berbisa di Premier League setakat ini.
Bruno Fernandes has been boosted to 𝗘𝗩𝗘𝗡𝗦 to have 1+ shot on target today! 😍
🧠 – He averages 1.56 SOT per 90 minutes this season.
Get it here: https://t.co/kw33alJAsq
🔞 | T&Cs apply | https://t.co/m4QCGwzrzi | #Ad pic.twitter.com/jJjMliijFb
— Squawka Bet (@SquawkaBet) December 26, 2020
Sebagai rekod Messi hanya menjaringkan 7 gol dan 3 assist untuk Barcelona di La Liga setakat ini.
Dalam satu temuramah bersama MUTV baru-baru ini, Fernandes pernah berkata mahu ah penampilan.
Hasrat itu berada di landasan tepat buat masa sekarang.
10 gol dan 6 assist pada musim ini, secara keseluruhan, Fernandes telah terlibat di dalam 31 daripada 60 gol yang dijaringkan oleh United sejak beliau menyertai kelab ini.
Kembalinya Paul Pogba
Paul Pogba sering membuatkan ramai penyokong Manchester United tidak bersependapat. Ada yang mahukan pemain tengah itu untuk kekal di Old Trafford. Ada juga yang tidak kisah jika Pogba memilih haluan lain selepas ini.
Semua itu disebabkan kelantangan ejen pemain tersebut, Mino Raiola yang begitu ingin Pogba meninggalkan kelab Inggeris itu. Tindakan Pogba yang tidak mematikan spekulasi tersebut turut menjadikan situasi semakin teruk.
Sama ada Pogba akan meninggalkan Old Trafford atau akan terus kekal bersama Ole Gunnar Solksjaer, tiada siapa boleh menafikan kehadiran Paul Pogba di dalam pasukan – jika berada di prestasi terbaiknya – hanya akan menguntungkan pasukan.
Won a penalty, ran the show, joint-top. @paulpogba sent a message to his critics 🤫 pic.twitter.com/RomKzPm0l8
— B/R Football (@brfootball) January 1, 2021
Pogba kini beraksi dengan cemerlang sekali. Walaupun tiada jaminan untuk kekal di Old Trafford selepas jendela perpindahan Januari atau musim panas akan datang, pilihan untuk meninggalkan Manchester United tanpa sebarang kejuaraan liga pasti sesuatu yang ralat buat Pogba.
Itulah sebab utama beliau kembali ke Old Trafford suatu ketika dahulu. Dan Pogba juga sedar musim ini adalah peluang terbaik untuk Man United berbuat demikian.
Penutup
Musim 2020/21 telah berjalan hampir separuh musim. Apa yang ditampilkan Man United setakat ini semenangnya mengejutkan ramai.
Masih awal untuk meramal siapakah yang lebih berhak bergelar juara pada ketika ini. Namun berdasarkan momentum sedia ada, Man United pastinya mahu menampilkan prestasi terbaik mereka untuk mendapatkan sesuatu pada musim ini.
Satu perkara yang psati, prestasi semasa Man United tidak akan dipandang dengan senang oleh pihak lawan buat masa ini.