5 Fakta Ringkas Sebelum Sepak Mula Piala Super Eropah, Liverpool vs. Chelsea

Chelsea dan Liverpool akan bertemu dalam perebutan Piala Super Eropah 2019. Satu trofi yang menandakan bahawa, bermulanya musim Eropah dalam kalendar bola sepak.

1. Pertemuan semua Inggeris pertama

Ini merupakan kali pertama perlawanan Piala Super Eropah melibatkan 2 pasukan Inggeris.

Liverpool hadir sebagai juara Liga Juara-Juara Eropah, manakala Chelsea tampil dengan status juara Liga Europa.

MADRID, SPAIN – JUNE 01: Jurgen Klopp, Manager of Liverpool celebrates with the Champions League Trophy after winning the UEFA Champions League Final between Tottenham Hotspur and Liverpool at Estadio Wanda Metropolitano on June 01, 2019 in Madrid, Spain. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

Menariknya, edisi kali ini memang akan tetap milik semua pasukan Inggeris ini kerana 4 finalis UCL dan UEL musim lalu adalah dari England iaitu, Liverpool vs Spurs (UCL) dan Arsenal vs Chelsea (UEL).

Secara tak langsung akan menamatkan badi pasukan Inggeris yang tewas dalam 4 penampilan terakhir sejak kejuaraan oleh Liverpool pada 2005.

2. Pertama kalinya tiada pasukan Sepanyol

Ini juga merupakan Piala Super Eropah pertama yang tidak melibatkan pasukan Sepanyol sejak 2013 (Bayern vs Chelsea).

Dominasi pasukan dari La Liga di pentas Eropah musim lalu diatasi oleh England yang ada 4 pasukan di perlawanan akhir UCL dan UEL.

Oleh kerana ini pertemuan 2 pasukan England, ianya bakal menjadikan England ada 9 kejuaraan Piala Super Eropah di belakang Sepanyol (15) dan menyamai Itali (9).

3. Liverpool paling berjaya di England

Liverpool memenangi kejohanan ini 3 kali iaitu pada 1977, 2001 dan 2005. Sekaligus menjadikan mereka pasukan England paling banyak trofi Piala Super Eropah.

Liverpool boleh melebarkan lagi jumlah kejuaraan itu untuk menyamaai jumlah yang dimenangi oleh Real Madrid sebanyak 4 trofi Piala Super Eropah.

4. Chelsea mahu naik darjat

Chelsea berpeluang untuk menjadi pasukan ke-10 memenangi Piala Super Eropah lebih daripada sekali jika mereka menewaskan Liverpool.

Ini merupakan Piala Super Eropah ke-4 oleh Chelsea. Mereka menang pertama kali pada 1998 dan tewas dalam 2 penampilan terakhir. Dalam 2 final yang mereka kalah itu, Frank Lampard menjadi kapten Chelsea. Kali ini Lampard akan menjadi pengurus Chelsea.

Dan jika Chelsea menang, mereka akan memintas Manchester United sebagai pasukan ke-2 terbanyak memenangi Piala Super Eropah di England.

5. Rekod pertembungan

Ini merupakan kali ke-11 Liverpool dan Chelsea bertemu dalam kejohanan UEFA. Chelsea menang 3 kali, Liverpool menang 2 kali dan 5 lagi berakhir seri. Hanya 1 perlawanan yang dimenangi dengan margin lebih 1 gol.

Secara keseluruhannya kedua-dua pasukan sudah bertemu 181 kali dalam semua pertandingan. 77 milik Liverpool, 63 milik Chelsea dan 41 seri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN