5 Fakta Mengenai Joshua Kimmich; Pemain Hibrid Lahm dan Muller

Sebelum menyertai pasukan Bayern Munich, Joshua Kimmich pernah bermain untuk beberapa kelab di Jerman seperti VfB Stuttgart dan RB Leipzig.

Bintang muda Jerman yang baru berumur 22 tahun ini mempunyai prestasi yang konsisten semasa beliau bermain untuk Bayern Munich dan pasukan kebangsaan Jerman.

Beliau mendapat pujian dan perhatian dari pelbagai pihak, dan tidak menghairankan apabila Pep Guardiola menyatakan minat terhadap beliau dan cuba membawa beliau untuk bermain bersama Manchester City.

Berikut merupakan 5 fakta menarik tentang Joshua Kimmich yang perlu anda tahu.

1. Klon Phillip Lahm

Setelah Philip Lahm bersara, Joshua Kimmich sering kali dilabel sebagai klon Philip Lahm. Namun Joshua Kimmich menyatakan bahawa adalah penting untuk beliau menjadi diri sendiri dan tidak mahu orang melihat sebagai klon Philip Lahm.

2. Pecah rekod Franz Beckenbauer

Joshua Kimmich telah memecahkan rekod yang pernah dipegang oleh lagenda Jerman iaitu Franz Beckenbauer sebagai pemain yang paling banyak bermain berturut-turut selama 90 minit untuk Die Mannschaft.

Semasa Jerman menentang Azerbaijan dalam kelayakan Piala Dunia, ia merupakan cap berterusan yang ke-23 untuk Joshua Kimmich, sekaligus memadam rekod Beckenbauer sebanyak 21 perlawanan. Hanya Bertie Vogts yang lebih banyak iaitu 34 perlawanan.

Menariknya, sejak Jerman menentang Ireland Utara pada bulan Jun 2016, Joshua Kimmich tidak pernah ketinggalan dalam aksi antarabangsa bersama pasukan Jerman sehingga kini.

3. Hibrid Lahm dan Muller

Joshua Kimmich merupakan pemain yang kental, fleksibel, mampu menyerang, bertahan, menjaringkan gol dan mampu mencipta peluang. Ini membuatkan Joshua Kimmich dilihat sebagai hibrid Philip Lahm dan Thomas Muller.

kimmichgoal from Ahmad Muzammil on Vimeo.

Hal ini kerana kemampuan beliau untuk bermain sebagai bek kanan dan pemain tengah untuk kelab dan negara. Sehingga satu ketika, ketua jurulatih Jerman, Joachim Löw menyatakan bahawa Kimmich merupakan pemain paling berbakat beliau lihat sejak 10 tahun yang lalu.

4. Matang disebalik usia muda

Di saat Jerman dalam keadaan terdesak dan benar-benar memerlukan posisi yang ditinggalkan oleh Philip Lahm, Joshua Kimmich telah membuktikan dengan saiz badan, keupayaan dan sikap untuk mengisi kekosongan tersebut.

Beliau membuktikan bahawa pemergian Philip Lahm merupakan satu rahmat untuk masa hadapan bolasepak Jerman. Ramai juga yang melihat bahawa Kimmich akan menjadi kapten untuk Bayern Munich dan Jerman di masa hadapan sekiranya beliau mampu mengekalkan prestasi semasa.

5. Mampu bergelar lagenda

Untuk rekod, Joshua Kimmich telah menyempurnakan 6 gol dalam 57 penampilan di Bundesliga untuk Bayern Munich. Manakala Philip Lahm merekodkan 12 gol dalam 332 penampilan.

Manakala untuk pasukan kebangsaan Jerman, Kimmich telah menjaringkan 3 gol untuk Jerman sejak Mei 2016 dan Philip Lahm menjaringkan 5 gol dalam 113 penampilan sepanjang 11 tahun bersama pasukan Jerman.

Dengan statistik tersebut dan keupayaan Joshua Kimmich, ini meyakinkan lagi bahawa beliau mampu pergi jauh bersama kelab dan pasukan kebangsaan.

Maka tak hairanlah Pep Guardiola sentiasa mengambil masa untuk memberi nasihat kepada beliau dengan penuh semangat – walaupun ketika perlawanan masih berlangsung!

Jika anda mahu memahami apa yang dituturkan oleh Guardiola kepada Kimmich dalam video di atas, baca artikel ini.

Nota editor: Artikel ini ditulis oleh Justine Pengiran Igai.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN