Terlebih dahulu ketinggalan kepada jaringan Oscar Plano pada minit ke-18 perlawanan untuk membenarkan Real Valladolid di haapan, Atletico Madrid berjaya menyamakan kedudukan pada babak kedua perlawanan melalui Angel Correa.
Jaringan tersebut kemudiannya disusuli oleh penyudah pemain buangan Barcelona, Luis Suarez yang muncul wira menjaringkan gol kemenangan buat kelab Madrid itu.
Kemenangan pada awal pagi tadi itu bermakna Atletico Madrid menamatkan musim sebagai juara La Liga dengan 86 mata untuk mengatasi pesaing terdekat, Real Madrid yang mengumpul 84 mata.
Musim 2020/21 adalah kejuaraan ke-11 liga yang menjadi milik kelab itu. Kali terakhir mereka bergelar juara ialah pada musim 2013/14.
Berikut adalah antara fakta-fakta menarik yang dilalui oleh Atletico Madrid untuk bergelar juara pada musim ini.
Jaringan paling sedikit
Atletico Madrid tidak perlu menghasilkan jaringan yang banyak untuk muncul juara La Liga pada musim ini. Hanya mencetak 67 gol dari 38 perlawanan dilalui, ini bermakna secara purata skuad kendalian Diego Simeone hanya menjaringkan purata 1.7 gol untuk setiap 90 minit perlawanan.
Kadar jaringan tersebut adalah yang paling rendah sejak 10 musim yang lalu.
🔴⚪️🏆 pic.twitter.com/CfIenKcnqH
— Atlético de Madrid (@atletienglish) May 22, 2021
2020/21 Atletico Madrid – 67 Gol
2019/20 Real Madrid – 70 Gol
2018/19 Barcelona – 90 Gol
2017/18 Barcelona – 99 Gol
2016/17 Real Madrid – 106 Gol
2015/16 Barcelona – 112 Gol
2014/15 Barcelona – 110 Gol
2013/14 Atletico Madrid – 77 Gol
2012/13 Barcelona – 115 Gol
2011/12 Real Madrid – 121 Gol
Pertahanan Kukuh
Sepertimana yang kita ketahui mengenai corak permainan Simone, kekuatan utama Atletico Madrid pada musim ini juga terletak kepada benteng pertahanan mereka yang kukuh. Musim ini Atletico merekodkan jumlah jaringan paling sedikit dari kalangan 20 pasukan yang bertanding.
A @LaLiga champion 🥇
Congratulations on a fantastic season with @Atleti, @trippier2! pic.twitter.com/KBY9PGjX6t
— England (@England) May 22, 2021
Skuad kendalian Diego Simeone hanya dibolosi 25 gol dari 38 perlawanan dilalui, yang memberi purata bolos 0.65 gol untuk 90 minit perlawanan yang dilalui.
Kemuncak prestasi mereka amat ketara memasuki minggu ke-26 sehingga tamat liga apabila hanya membenarkan dibolosi lapan gol dari 14 perlawanan dilalui. Atletico juga tidak pernah dibolosi lebih dari dua jaringan sepanjang saingan La Liga pada musim ini.
Pasukan paling konsisten
Atletico Madrid merupakan pasukan paling konsisten di La Liga pada musim ini apabila terus mendahului saingan La Liga pada musim ini selama 29 minggu.
Selain daripada saingan pada awal musim, skuad kendalian Diego Simeone hanya pernah terlepas pendahuluan pada minggu ke-33, pada ketika Real Madrid dan Barcelona cuba melakukan asakan pada minggu-minggu terakhir.
❤️ 🏆 𝐂 𝐇 𝐀 𝐌 𝐏 𝐈 𝐎 𝐍 𝐒 🏆 🤍
Atletico Madrid win #LaLigaSantander for an 11th time!
👏 Congrats, @atletienglish! 👏 pic.twitter.com/Gn9MmEHnhr
— LALIGA English (@LaLigaEN) May 22, 2021
Dari kalangan lima liga utama di eropah, Atletico berada di kemuncak untuk tempoh paling lama, mengalahkan Bayern Munich, Man City atau Inter Milan.
Luis Suarez dan Jan Oblak
Antara faktor yang membantu Atletico berjaya meraih kejuaraan pada musim ini tidak lain dan tidak bukan disebabkan oleh prestasi cemerlang Luis Suarez dan penjaga gol, Jan Oblak. Kedua-dua pemain mewakili kekuatan di bahagian paling penting buat Atletico pada musim ini.
Congratulations to Jan Oblak!
Safe pair of hands 🧤 pic.twitter.com/hgZ951EH7w
— GOAL (@goal) May 22, 2021
Jan Oblak misalnya adalah penjaga gol terbaik di La Liga pada musim ini apabila merekodkan 18 clean sheet. Begitu juga dengan Luis Suarez.
Walaupun dianggap sebagai pemain veteran dan ibarat menjadi pemain buangan Barcelona di awal musim, Suarez bangkit untuk menjadi bintang bersama Atletico.
🤯 Luis Suarez's last 16 league goals directly earned Atletico 21 points
🔑 The key man in the title race in LaLiga pic.twitter.com/bNHWmQPPP7
— WhoScored.com (@WhoScored) May 22, 2021
Penyerang dari Uruguay itu merekodkan 21 gol di La Liga pada musim ini. Hampir satu pertiga dari jumlah jaringan Atletico pada musim ini datangnya dari Suarez. Mengambil kira sumbangan Suarez musim ini, Barcelona jelas kerugian kerana membenarkan pemain ini menyertai seteru mereka.
Magis Diego Simeone
Sekali lagi Diego Simeone menunjukkan magisnya sebagai jurulatih Atletico Madrid. Simeone membuktikan bahwa Atletico bukanlah pasukan kelas kedua di Spanyol.
🏴 Man City
🇩🇪 Bayern Munich
🇮🇹 Inter
🇪🇸 Atletico MadridTake a bow, champions 👏 pic.twitter.com/439jW9JXRa
— GOAL (@goal) May 22, 2021
Sejak membimbing Atletico, Simone telah berjaya membawa Atletico bergelar juara La Liga sebenyak dua kali (2014 & 2021), 2 Piala Super Eropah (2012 &2018), 1 Copa del Rey (2013), dan 1 Piala Super Sepanyol pada 2014.
Sejak ketibaan Simone juga, Atletico sentiasa menamatkan musim dalam kedududkan tiga tempat teratas di La Liga.
Penutup
Apa pendapat anda mengenai pencapaian luar biasa Atletico Madrid? Kongsikan pandangan anda kepada kami melalui platform yang tersedia.
Kami juga mahu mendengarnya daripada anda.