5 Fakta Menarik Pasca Kemenangan Chelsea Keatas Manchester United Dalam Saingan Piala FA

Piala FA

Chelsea akhirnya berjaya menamatkan kemarau 6 tahun untuk meraih trofi kejuaraan tertua di dunia, iaitu Piala FA selepas menewaskan Manchester United dengan keputusan 1-0.

Kejayaan The Blues itu sekaligus telah menebus kekecewaan kelab musim ini yang menamatkan saingan Premier League ditangga kelima.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Wembley beberapa hari yang lalu itu terdapat 5 fakta menarik yang dapat dikongsi kepada pembaca. Antaranya adalah:

1. Gelaran Piala FA yang ke-8 buat Chelsea

LONDON, ENGLAND – MAY 19: Gary Cahill of Chelsea lifts the Emirates FA Cup trophy following his sides victory in The Emirates FA Cup Final between Chelsea and Manchester United at Wembley Stadium on May 19, 2018 in London, England. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Chelsea berjaya mengatasi Liverpool dan Aston Villa dengan meraih trofi kelapan Piala FA awal pagi tadi.

Disamping itu, The Blues turut berjaya mengatasi rekod peribadi Ashley Cole (ketika bersama Arsenal dan Chelsea) dan Arsene Wenger yang telah berjaya membantu Arsenal meraih Piala FA sebanyak 7 kali.

Berikut merupakan rekod kejuaraan Piala FA terbanyak bagi 7 pasukan teratas:

Arsenal13 (1929/30, 1935/36, 1949/50, 1970/71, 1978/79, 1992/93, 1997/98, 2001/02, 2002/03, 2004/05, 2013/14, 2014/15, 2016/17)
Manchester United12 (1908/09, 1947/48, 1962/63, 1976/77, 1982/83, 1984/85, 1989/90, 1993/94, 1995/96, 1998/99, 2003/04, 2015/16)
Chelsea(1969/70, 1996/97, 1999/2000, 2006/07, 2008/09, 2009/10, 2011/12, 2017/18)
Tottenham : 8 (1900/01, 1920/21, 1960/61, 1961/62, 1966/67, 1980/81, 1981/82, 1990/91)
Liverpool : 7 (1964/65, 1973/74, 1985/86, 1988/89, 1991/92, 2000/01, 2005/06)
Aston Villa : 7 (1886/87, 1894/95, 1896/97, 1904/05, 1912/13, 1919/20, 1956/57)
Newcastle United : 6 (1909/10, 1923/24, 1931/32, 1950/51, 1951/52, 1954/55)

2. Tarikh bertuah “19 Mei” buat The Blues

LONDON, ENGLAND – MAY 19: The Chelsea team and staff celebrate their victory with the Emirates FA Cup trophy following The Emirates FA Cup Final between Chelsea and Manchester United at Wembley Stadium on May 19, 2018 in London, England. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Sepak mula perlawanan akhir Piala FA dilangsungkan pada hari Sabtu 19 Mei, jam 5.15 petang.

Tahukah anda, tanggal 19 Mei merupakah tarikh keramat yang memberi tuah kepada Chelsea. Untuk rekod, Chelsea telah berjaya meraih tiga gelaran pada tarikh tersebut.

Pada 19 Mei 2007, Chelsea berjaya merangkul trofi Piala FA. Manakala pada 19 Mei 2012, Chelsea berjaya menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah yang pertama untuk kelab tersebut dan pada 19 Mei 2018 ini, Chelsea sekali lagi berjaya memenangi Piala FA.

Mungkin ia hanya secara kebetulan tetapi tarikh 19 Mei telah memberi makna yang besar buat skuad The Blues.

3. Penampilan ke-300 Eden Hazard bersama Chelsea

LONDON, ENGLAND – MAY 19: Eden Hazard of Chelsea celebrates with the Emirates FA Cup Trophy following his sides victory in The Emirates FA Cup Final between Chelsea and Manchester United at Wembley Stadium on May 19, 2018 in London, England. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Eden Hazard didatangkan dari Lille dengan yuran perpindahan sebanyak £32 juta.

Sejak dari itu, pemain kelahiran Belgium ini terus menjadi tonggak utama jentera serangan The Blues.

Perlawanan menentang Manchester United merupakan penampilannya yang ke-300 bersama skuad Chelsea.

Sepanjang karier Hazard bersama Chelsea, beliau telah berjaya mencetak 89 jaringan gol dan membantu pasukannya meraih dua trofi Premier League, satu Liga Europa, satu Piala Liga dan satu Piala FA.

4. Buat pertama kali, Mourinho gagal meraih sebarang trofi di musim kedua sepanjang kariernya sebagai pengurus

during The Emirates FA Cup Final between Chelsea and Manchester United at Wembley Stadium on May 19, 2018 in London, England.

Musim 2017/18 merupakan musim yang amat menyedihkan buat The Red Devils. Tiada sebarang trofi yang berjaya diraih oleh Jose Mourinho untuk musim ini.

Satu-satunya kejayaan terbaik musim ini adalah layak ke slot automatik Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan selepas menamatkan saingan Premier League di tangga ke-2 liga.

Statistik menunjukkan bahawa Manchester United telah melakukan perbelanjaan yang besar bagi musim ini.

Namun, pencapaian mereka kurang memuaskan jika hendak dibandingkan dengan kejayaan pada musim lalu.

Lebih menyedihkan, status Jose Mourinho sebagai pengurus pasukan sedikit tercalar. Buat pertama kalinya, Mourinho gagal memperoleh sebarang trofi dimusim keduanya sepanjang menjalani karier sebagai pengurus pasukan.

Info tambahan : Jose Mourinho telah melatih sebanyak 7 buah pasukan antaranya adalah, Benfica, União de Leiria, FC Porto, Chelsea, Inter Milan, Real Madrid dan Manchester United

5. Tuah Piala FA buat Olivier Giroud

LONDON, ENGLAND – MAY 19: Olivier Giroud of Chelsea during The Emirates FA Cup Final between Chelsea and Manchester United at Wembley Stadium on May 19, 2018 in London, England. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Piala FA ibarat hadiah dari Olivier Giroud buat Chelsea. Gelaran Piala FA sangat dekat dengan dirinya.

Musim lalu, Giroud berjaya membantu Arsenal menewaskan Chelsea dengan keputusan 2-1. Giroud dimasukkan pada minit ke-78 perlawanan.

Untuk rekod, Giroud telah berjaya membantu Arsenal meraih kejuaraan Piala FA sebanyak tiga kali dan yang terbaru bersama Chelsea merupakan trofi keempatnya sejak menjejak kaki di bumi England.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN