Jose Mourinho sekali lagi dipecat, kali ini oleh Tottenham Hotspur hanya selepas 17 bulan mengemudi kelab London itu. Selepas beberapa siri pemecatan, Apakah nasib pengurus kelahiran Portugal itu selepas ini? Masih adakah kelab atau pihak yang berminat untuk mendapatkan khidmat beliau?
Berikut adalah antara lima destinasi kemungkinan untuk Jose Mourinho selepas ini.
Atletico Madrid
Pengurus paling lama bersama sebuah kelab di kalangan lima liga utama di eropah ialah Stephane Moulin. Beliau bergelar pengurus Angers sejak Jun 2011 dan berjaya menempatkan kelab tersebut daru divisyen dua ke pertengahan liga Ligue 1. Jurulatih berusia 53 tahun itu adalah satu-satunya pengurus yang boleh memintas rekod Diego Simone yang telah bersama Atletico Madrid selama sedekad pada Disember akan datag.
Simone sepatutnya berjaya meraikan tempoh sedekad itu sama ada Los Colchoneros berjaya menamatkan musim ini dengan kejuaraan La Liga atau tidak, Atletico memiliki kelebihan 10 mata di kedudukan teratas La Liga pada 31 Januari namun prestasi tidak menentu selepas itu membenarkan Real Madrid dan Barcelona kembali ke dalam persaingan.
Sejak mengemudi Atletico Madrid, Simeone berjaya membawa pasukan itu ke dua perlawanan akhir Champuons League. Tetapi kontrak Simeone yang akan tama pada musim panas 2022 mungkin tidak diteruskan selepas ini. Dan jika Atletico dan Simone mahu berpisah untuk mencari angin baharu, maka kekosongan di Stadium Wanda Metropolitano akan membuka ruang untuk diisi oleh Mourinho. Ia harus dilihat sebagai peluang untuk kembali ke La Liga sekaligus menyambung perseteruan jurulatih Portugal itu dengan wartawan di Sepanyol.
Borussia Dortmund
“Saya rindukan bola sepak, adrenali, padang dan kerja saya. Bola sepak tetap bola sepak.” Itu adalah kata-kata yang pernah diluahkan oleh Mourinho ketika masih belum ada pasukan pada Julai 2019. Mourinho mendedahkan beliau sedang belajar Bahasa Jerman pada ketika itu dan sudi berunding sekiranya ada tawaran dari mana-mana kelab dari negara tersebut.
Beberapa bulan sebelum itu, beliau juga pernah berkata: “Pada saya Bundesliga menawarkan pertandingan yang menarik untuk diikuti, terima kasih untuk kelab-kelab pertengahan liga, yang sentiasa melakukan penambahbaikan sekaligus menyebabkan saingan semakin menarik.”
José Mourinho is keen to get back into management and Borussia Dortmund are doing the best they can to convince him to return with them. (Source: Sport BILD) pic.twitter.com/vQ3wjw8Ule
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) October 23, 2019
Beliau kemudian secara terbuka berkata amat sukakan Borussia Dortmund. “Stadium mereka sentiasa penuh, memiliki organisasi yang hebat, permainan taktikal yang menarik dari setiap pasukan – saya mendapati Bundesliga amat menarik. Saya suka dengan kerja yang dilakukan oleh BVB.”
Mourinho berkata sedemikian ketika ditemuramah oleh Sport Bild, dan pada ketika itu hangat juga khabar angin mengatakan pihak pengurusan di Dortmund sedang berbincang untuk kemingkinan melantik Mourinho. Sejak dari itu, Lucien Favre telah mengosongkan posisinya dan Edin Terzic dilantik selaku pengendali interim. Marco Rose dikatakan akan mengisi kekosongan tersebut selepas musim ini tamat. Siapa tahu hala tuju seterusnya untuk Mourinho. Bundesliga mungkin menjadi destinasi seterusnya memandangkan beliau belum pernah mengendalikan mana-mana pasukan Jerman sebelum ini.
Newcastle United
Sukar untuk menilai kemungkinan Jose Mourinho akan terus menyertai mana-mana kelab England selepas ini. Tetapi keluarganya suka akan kehidupan di London. Jika mahu terus kekal di England, maka pilihan Mourinho amat terhad. Pertama kita perlu tahu bahawa mustahil Mourinho akan kembali ke Chelsea untuk kal ketiga. Kemungkinan kehadiran beliau di Manchester United juga pasti tidak akan dilayan. Peluang untuk melatih kelab seperti Liverpool pernah hadir hampir dua dekad yang lalu. Kelab Merseyside itu telah melangkah jauh sejak dari itu. Penyokong Arsenal pula pasti akan hadir dengan kain rentang #MourinhoOut sejak hari pertama jika beliau ke Emirates.
Jose Mourinho among the favourites to take over at Newcastle https://t.co/oBYrSTGp3a pic.twitter.com/C2mGTHeI64
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) June 24, 2019
Pada ketika Mourinho dilantik Tottenham pada November 2019, kelab London itu pula sedang merosot. Mourinho pasti tidak mahu jatuh lebih jauh di dalam pilihan kelab yang akan disertainya selepas ini kerana apa yang berlaku setakat ini sudah pun menjejaskan reputasi beliau sebagai salah seorang pengurus bola sepak terbaik dunia.
Newcastle United sebaliknya. Namun ia bergantung kepada hasil saga pengambilalihan oleh konsortium dari Arab Saudi dari Mike Ashley yang mampu mengubah nasib kelab itu pada masa hadapan dengan pelaburan bernilai berjuta pound. Jika pengambilalihan tersebut berjaya diterusan, Newcastle United hanya akan berada pada unjuran menaik – impak sama seperti yang pernah dialami Chelsea dan Manchester City sebelum ini. JIka ini berlaku maka Mourinho dan Newcastle ibarat jodoh yang sudah ditentukan. Hubungan baik Mourinho dengan legenda Newcastle, Sir Bobby Robson pada satu ketika dahulu turut membantu.
Juventus
Mourinho pernah mencipta kejayaan di Itali ketika bersama Inter Milan. Kini beliau turut berpeluang berbuat demikian bersama Juventus sekiranya pengurusan tertinggi kelab itu memecat Andrea Pirlo yang bergelut dengan prestasi sepanjang musim. Musim ini adalah musim pertama di mana Juventus tidak meraih sebarang trofi. Dan ia pertama kali berlaku sejak 2011.
Buat masa ini sokongan masih dinyatakan kepada Pirlo secara terbuka. Namun semua pihak tahu, Juventus perlu melakukan sesuatu jika enggan tradisi sebagai kelab paling dominan di Serie A hilang begitu sahaja.
Cristiano Ronaldo wants José Mourinho to become the new Juventus head coach. (Source: Tuttosport) pic.twitter.com/9BdqyM4GEr
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) May 21, 2019
Melantik Mourinho mungkin adalah satu lagi perjudian buat kelab seperti Juventus atas pelbagai sebab. Namun pengalaman dan rekod beliau juga berpotensi membantu Juventus kembali ke zaman kegemilangan. Mourinho boleh sahaja dilihat sebagai watak jahat di dalam bola sepak disebabkan kegagalan bersama beberapa kelab lain sebelum ini.
Namun dua kejuaraan Serie A secara berturut-turut bersama Inter Milan sebelum ini – selain treble pada musim 2009/10 – mungkin menyebabkan Juventus melihat Mourinho sebagai penyelamat.
Portugal
Bergelar jurulatih skuad kebangsaan Portugal adalah antara impian yang pernah dikongsi oleh Mourinho suatu ketika dahulu. Dan kini mungkin sudah tiba masanya untuk beliau mulai mengemudi pasukan negaranya sendiri yang lebih banyak memberikan ketenangan berbanding kesibukan mengurus sebuah kelab pada setiap minggu.
Mourinho on coaching a national team 🗣
"Yes I want to coach a national team, I want experience a World Cup & Euros. Is Portugal the one I want do do? On one side yes as it is my heart, but it is very difficult to do it with the country you were born in."
Mourinho's Lions 👀🦁 pic.twitter.com/10pgcdfz16
— Footy Accumulators (@FootyAccums) September 23, 2020
Untuk seorang pengendali berprofil tinggi seperti Mourinho, penampilan di kejohanan anatarbangsa seperti Piala Dunia dan Kejohanan Eropah bersama negaranya adalah pelengkap kepada karier beliau di arena kejurulatihan. Sir Alex Ferguson berusia 45 tahun ketika mengendalikan Scotland di Piala Dunia Mexico pada 1986. Mourinho hari ini sudah 13 tahun lebih tua. Prospek untuk mengemudi pasukan negaranya sukar ditolak sekiranya tiba untuk menyamai rekod dan apa yang pernah dilakukan oleh idolanya.
Penutup
Ke manakah hala tuju Jose Mourinho selepas ini? Adakah beliau akan kembali mengurus dalam masa terdekat?
Jika beliau kembali, ke manakah hala tuju Mourinho selepas ini? Jika anda mempunyai pendapat lain mengenai destinasi kemungkinan Mourinho selepas ini, kongsikan dengan kami melalui platform yang kami sediakan. Kami juga mahu mendengarnya daripada anda.
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Mourinho:
Mourinho Berdepan Pemecatan Jika Gagal Lakukan Satu Perkara Ini Untuk Tottenham
Jose Mourinho: Saya Tak Diberikan Masa Yang Cukup Sewaktu Bimbing Man Utd