5 Denda Pelik Melibatkan Pemain Bola Sepak Termasuk Skuad Selangor 2016

Robert Cornthwaite Selangor 2016 denda pelik

Denda melibatkan pemain bola sepak adalah perkara biasa, namun denda tersebut adakalanya pelik-pelik, sama ada punca yang membawa kepada denda atau bentuk denda yang dikenakan kepada mereka.

Baru-baru ini, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) mendedahkan bentuk denda kepada pemain-pemainnya yang melanggar tataetika pasukan.

Lambat Ke Latihan Denda RM15K, Bini Buat Pasal Pun Kena RM40K

Malah lagenda mereka, Safiq Rahim turut mengakui pernah melaluinya. Dan menurutnya, dirinya tidak akan berada di tempat seperti pada hari ini sekiranya tidak dididik sedemikian rupa di JDT sebelum ini. Selain itu, katanya lagi, peraturan sedemikian perlu ada di dalam sesebuah kelab untuk mematangkan pemain.

Malah kita pernah didedahkan dengan denda yang dikuatkuasakan oleh Frank Lampard ketika beliau mengurus Chelsea antaranya denda £1,000 jika telefon berdering ketika makan dan mesyuarat pasukan.

Jom kita selosori antara lima denda pelik melibatkan pemain-pemain bola sepak di seluruh dunia:

John Hewitt pintas kereta Alex Ferguson

Mungkin jika didenda kerana memandu secara berbahaya atau melebihi had laju, ia kedengaran agak biasa. Bagaimana jika didenda kerana memintas kereta bos sendiri? Itu yang berlaku kepada John Hewitt.

Beliau didenda £20 oleh Alex Ferguson yang ketika itu membimbing Aberdeen kerana memintas kenderaannya yang dipandu perlahan. Malah, John Hewitt turut diberikan ‘Alex Ferguson hairdryer treatment‘ ketika sesi latihan selepas itu. Anda tentu faham bagaimana ‘hairdryer treatment’ ala Alex Ferguson.

Jadon Sancho tak patuh SOP COVID-19

Gaya rambut memainkan peranan penting bagi sesetengah pemain termasuk Jadon Sancho. Begitupun, disebabkan pandemik, beliau tidak dapat pergi ke kedai gunting rambut dan dilihat telah dibantu rakan sepasukan, Manuel Akanji untuk memotong rambutnya yang mungkin sudah kelihatan tidak kemas.

Tindakannya memuat naik gambarnya bersama Manuel Akanji menyebabkan kedua-duanya didenda €10,000 akibat didapati tidak memakai pelitup muka – wajib untuk pendandan rambut dan pelanggan memakainya, walaupun realitinya mereka bukanlah di kedai gunting rambut dan bukan pelanggan kedai!

Seluar dalam ‘Paddy Power’ Nicklas Bendtner

Tindakan penyerang Denmark, Nicklas Bendtner menayangkan seluar dalamnya telah menjadikannya detik ikonik kejohanan Euro 2012 selain beliau turut didenda oleh UEFA sebanyak €100,000 akibat tindakannya.

Masalahnya bukan disebabkan tayangan seluar dalam tersebut, tetapi disebabkan beliau dikatakan telah mempromosikan sebuah syarikat perjudian. Tindakan itu dilakukan ketika meraikan jaringannya ke atas Portugal – dua gol oleh Lord Bendtner gagal membantu Denmark apabila mereka tewas 2-3 kepada Portugal.

Kingsley Coman salah naik kereta ke pusat latihan

Jika didenda datang lewat ke sesi latihan mungkin agak biasa seperti pemain JDT yang akan didenda RM15,000, namun Kingsley Coman didenda kerana datang ke sesi latihan tetapi dengan kereta yang salah!

Beliau didapati menaiki kereta McLaren, walaupun sudah termaktub di dalam kontraknya, beliau mesti memandu Audi untuk berulang-alik daripada sesi latihan disebabkan kontrak antara Bayern Munich dan Audi. Walaupun beliau memberikan alasan ada kerosakan kecil, Bayern Munich tetap mendendanya €50,000.

Cornthwaite: “Di Selangor, Siapa Lambat Kena Belanja KFC. Tak Profesional Langsung.”

Siapa lambat, kena belanja KFC kepada seluruh pasukan

Bekas pemain import Selangor pada musim 2016, Robert Cornthwaite pernah melabelkan bola sepak di Malaysia sebagai tidak profesional. Beliau yang pernah beraksi di Korea Selatan bersama Jeonnam Dragons berkata terdapat satu denda pelik dikenakan terhadap pemain yang turun lambat ke sesi latihan.

Jika tadi, semua lebih kepada punca didenda adalah pelik, kali ini, bentuk denda yang dikenakan agak pelik.

Katanya yang telah membuat pendedahan tersebut kepada A-League.com, “Pemain yang lewat ke latihan akan dihukum belanja KFC untuk satu skuad! Dan ini tak patut ada dalam sebuah pasukan profesional.”

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN