5 Deep-Lying Midfielder Terhebat Dunia Ketika Ini

Dalam dunia bola sepak sebelum ini, para pemain midfield kebiasaannya mempunyai pemikiran untuk bertahan, yang mana tugas mereka adalah untuk jadi pelindung pertahanan, dan mematahkan serangan lawan dari tengah padang.

Defensive midfielder kebiasaannya dilihat sebagai seorang yang ‘bad boy’ dalam skuad dengan merekalah yang akan melakukan kerja-kerja kotor termasuk terjah menerjah pemain lawan.

Pemain seperti Claude Makelele, Genarro Gattuso, Javier Mascherano dan Roy Keane bolehlah dianggap sebagai pelopor dalam peranan ini.

Walau bagaimanapun, dengan evolusi dan perkembangan dalam dunia bola sepak yang semakin modern mengikut peredaran zaman, peranan tersebut semakin berkembang dari segi teknikal dan dimainkan oleh pemain yang lebih tenang.

Pemain di peranan ini secara umumnya dikenali sebagai defensive midfielder, deep-lying playmaker atau ‘registas’.

Traditional defensive midfielder kebiasaannya akan lebih menumpukan kepada tackle dan membiarkan pemain midfield lain menguasai penguasaan bola.

Walau bagaimanapun, bagi pemain deep-lying playmaker pula lebih mementingkan untuk membawa bola dan mengatur serangan dari tengah ke atas dengan mengawal tempo, hantaran dan penetration.

Peranan ini banyak dikaitkan dengan Andrea Pirlo kerana legenda Itali itu merupakan pelopor untuk peranan ‘registas’ dalam dunia bola sepak modern.

Antara nama lain yang handal dan hebat di posisi tersebut adalah pemain seperti Xabi Alonso, Xavi, Paul Scholes dan Michael Carric.

Deep-lying midfielder memerlukan kemahiran dari segi hantaran dan tidak begitu mementingkan tackle

Traditional defensive midfielder masih lagi penting dalam sistem bola sepak modern dan masih dianggap sebagai peranan terpenting dalam mana-mana skuad ketika ini.

N’Golo Kante, Wilfred Ndidi dan Casemiro merupakan nama besar yang mampu bermain di posisi tersebut dan menjalankan tugasnya dengan sangat baik.

Walau bagaimanapun, deep-lying playmaker lebih diberi perhatian dalam dunia bola sepak modern ini kerana ia lebih cenderung ke arah taknikal.

Berikut merupakan senarai lima ‘registas’ yang dianggap sebagai yang terbaik dari yang terbaik dalam dunia bola sepak masa kini.

5) Sergio Busquets | Barcelona

Pemain midfield Sepanyol itu merupakan pemain veteran yang masih bermain di posisi tersebut, dengan beliau sudah mengharungi 13 musim dan lebih dari 600 perlawanan sepanjang kariernya.

Jelas sekali beliau mempunyai pengalaman yang sangat luar di peranan tersebut bersama Barcelona.

Busquets mula bermain bersama Barca pada tahun 2008 dengan beliau merupakan pemain yang bermain di peranan paling dalam dari tiga midfield Barcelona yang ketika itu terkenal dengan taktikal 4-3-3.

Bintang berusia 33 tahun itu pernah bergandingan bersama Iniesta, Xavi, Rakitic dan baru-baru ini beliau kerap digandingkan bersama Pedri dan De Jong di posisi midfield.

Walau kesemua nama besar itu sering dihujani dengan pujian saban tahun ini, namun kenyataannya adalah Busquets merupakan peranan penting ketika karier mereka.

Busquets secara tak langsung telah membenarkan pemain lain untuk bergerak lebih bebas ke depan, dengan beliau akan melindungi barisan pertahanan dan masa sama membantu jentera serangan.

Walaupun beliau sudah dianggap pemain yang agak berusia, namun Sergio Busquets masih lagi menjadi pemain terpenting untuk Barcelona ketika ini.

Beliau pada musim lalu telah membuat 50 penampilan bersama Barcelona dalam semua pertandingan.

Musim lalu juga, Busquets memimpin skuad kendalian Ronald Koeman dengan mencipta purata 1.5 pintasan dalam setiap perlawanan dalam saingan La Liga.

Beliau juga turut menjadi pemain kedua yang mencatatkan tackle terbanyak, mencipta hantaran jauh dan membuat hantaran dalam setiap perlawanan untuk Barcelona dalam saingan La Liga.

Busquets bukanlah pemain yang paling menonjol, namun skill dan kemampuan beliau tidak boleh dipandang rendah dengan beliau berjaya menjadi pemain terpenting untuk kedua-dua skuad kebangsaan Sepanyol dan Barcelona.

https://twitter.com/skh_eulenberg/status/1211688881554411520?s=19

Dengan memenangi lebih dari 30 Piala untuk kelab dan negara, Busquets boleh dikatakan telah memenangi hampir kesemua Piala yang boleh beliau menangi.

4) Manuel Locatelli | Sassuolo

Bintang berusia 23 tahun itu ketika ini merupakan pemain yang paling dikehendaki oleh kebanyakan kelab gergasi Eropah.

Arsenal dan Juventus antara dua pasukan yang paling terdesak dan berminat untuk menandatangani bintang Itali itu.

Kebanyakan kelab berminat untuk mendapatkan khidmat Locatelli selepas melihat persembahan mantap yang beliau pamerkan bersama Sassuolo sejak dua musim kebelakangan ini.

https://twitter.com/Gravitygunner14/status/1418871338236891138?s=19

Manuel Locatelli memulakan kariernya bersama AC Milan yang mana beliau ketika itu menghabiskan dua musim penuh di sana sebelum menyertai Sassuolo secara pinjaman.

Selepas mempamerkan aksi cemerlang sepanjang tempoh beliau sebagai pemain pinjaman itu, pihak kelab sangat berminat untuk menandatangani beliau secara perjanjian tetap.

Selepas menandatangani Locatelli secara tetap pada 2019, Sassuolo berasa lega kerana mereka telah membuat keputusan yang tepat, dengan melihat aksi mantap pemain midfield itu selama dua musim berturut-turut bersama kelab.

Melihat kepada banyaknya kelab yang berminat untuk menandatangani Locatelli, ia jelas beliau sudah mempamerkan aksi permainan yang cukup hebat.

Locatelli kebiasaannya bermain dalam sistem double-pivot ketika bersama Sassuolo musim lalu, dan beliau juga dianggap sebagai pemain paling berprestasi.

Beliau merupakan pemain yang mencatatkan statistik terbaik dalam skuadnya dari segi ketepatan hantaran jauh dan tackle dalam setiap perlawanan dengan puratanya beliau mencatatkan statistik 4.9 dan 2.4.

Beliau turut menjadi pemain kedua terbanyak melakukan pintasan dan melengkapkan hantaran dalam setiap perlawanan untuk Sassuolo musim lalu.

Pemain midfield itu merupakan pemain terpenting yang membantu skuad kebangsaan Itali untuk menjuarai saingan Euro 2020 pada awal bulan lalu.

3) Joshua Kimmich | Bayern Munich

Joshua Kimmich merupakan salah seorang pemain paling versatile dalam dunia bola sepak masa kini.

Bintang Jerman itu mempunyai kemampuan untuk beraksi di posisi centre-back, right-back, central midfield dan beliau turut boleh bermain di posisi defensive midfielder.

Sejak dua musim kebelakangan ini, Joshua Kimmich lebih banyak bermain di posisi defensive midfielder dan beliau sangat efektif di posisi tersebut.

Bermain disamping Leon Goretzka sepanjang musim lalu, tugas Kimmich untuk membantu barisan pertahanan semakin berkurangan.

Pemain berusia 26 tahun itu lebih bebas untuk bermain lebih dalam dan membantu merencana serangan untuk skuad Bayern Munich.

Beliau berjaya mencatat 10 assists dalam saingan Bundesliga untuk Bayern Munich dan mencipta 14 assists dalam semua pertandingan.

Kimmich turut berjaya melengkapkan hantaran dan melakukan hantaran jarak jauh terbanyak dalam setiap perlawanan.

Hanya Thomas Muller (93) yang berjaya mencipta peluang lebih banyak berbanding Kimmich (68) untuk Bayern Munich dalam saingan Bundesliga musim lalu.

Beliau jelas merupakan salah seorang pemain yang sangat berbakat, dengan Kimmich turut tercalon dalam senarai Bundesliga team of the season selama empat musim berturut-turut.

Beliau turut dinamakan sebagai salah seorang dalam senarai UEFA Champions League team of the season sebanyak dua kali.

Bintang Jerman itu turut dipilih sebagai UEFA Champions League defender of the season pada tahun 2020 selepas kejayaan beliau membantu Bayern Munich memenangi gelaran treble.

2) Jorginho | Chelsea

Jorginho merupakan antara pemain yang agak teruk dikritik ketika musim pertama dan keduanya bersama Chelsea.

Kebanyakan peminat dan penyampai bola sepak mempertikaikan kemampuan beliau dari segi bantuan kepada barisan pertahanan.

Walau bagaimanapun, bintang Itali itu berjaya menutup mulut para pengkritiknya dengan mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan untuk kelab dan negara.

Beliau bahkan turut disebut-sebut sebagai salah seorang calon terbaik untuk memenangi anugerah Ballon D’or pada tahun ini.

Sebelum menyertai Chelsea pada tahun 2018, Jorginho menghabiskan empat musim bersama Napoli, dengan beliau pada tahun-tahun terakhir kariernya telah bermain di posisi midfield bersama Allan dan ketua pasukan, Marek Hamsik.

Dengan Allan dan Hamsik menguruskan kerja-kerja kotor dan membantu untuk melindungi barisan pertahanan, Jorginho diberi ruang yang lebih banyak untuk membantu jentera serangan dengan teknik hantarannya yang mengagumkan.

Beliau mengulangi persembahan dan corak permainan yang sama ketika beraksi bersama Chelsea musim lalu, dengan membantu The Blues menjuarai saingan Champions League.

Sebagai pakar sepakan penalti, Jorginho turut menjadi penjaring terbanyak Chelsea pada musim lalu dengan menjaringkan tujuh gol.

Beliau turut melengkapkan hantaran dan hantaran jauh kedua terbanyak di posisi midfield untuk pasukan dari London itu, dan turut menjadi pemain ketiga yang melakukan tackle terbanyak dalam skuad.

Hanya N’Golo Kante sahaja yang mencipta lebih banyak pintasan berbanding pemain midfield Itali itu dalam setiap perlawanan untuk Chelsea dalam saingan Premier League.

Aksi hebat yang beliau pamerkan ketika membantu Chelsea menjuarai saingan Champions League musim lalu berjaya dikekalkan ketika bersama skuad kebangsaan Itali.

Beliau telah turun bermain dalam semua permainan untuk The Azzuri, seterusnya membantu skuad kendalian Roberto Mancini itu untuk memenangi gelaran European Championship.

Jorginho turut dipilih sebagai salah seorang pemain dalam senarai team of the tournament untuk kedua-dua pertandingan Eropah itu.

1) Toni Kroos | Real Madrid

Kroos tidak dinafikan lagi sememangnya antara pemain midfield terhebat dunia pada ketika ini, dengan beliau telah berjaya menstabilkan dirinya sebagai ‘registas’ sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau jelas pemain veteran di peranan tersebut selepas membuat lebih 700 penampilan untuk kelab dan negara selama tempoh 15 tahun kariernya.

Kroos tidak dinafikan lagi merupakan deep-lying playmaker terhebat dunia pada ketika ini, dan tidak diragukan juga yang beliau ‘registas’ terbaik dari kalangan semua pemain generasinya.

Memulakan kariernya bersama Bayern Munich, Toni Kroos menghabiskan dua tahun sebagai pemain pinjaman bersama Bayer Leverkusen, dan beliau telah mencuri tumpuan ramai atas aksi hebatnya ketika itu.

Beliau kemudiannya kembali sertai Bayern Munich dan mengukuhkan dirinya sebagai pemain utama dalam skuad selama empat tahun sebelum menyertai Real Madrid pada tahun 2014.

Kroos yang beraksi disamping Luka Modric dan Casemiro telah mengukuhkan kedudukan mereka sebagai antara gandingan midfield terhebat sepanjang zaman.

Trio tersebut menjadi nadi utama Real Madrid ketika gergasi La Liga itu mendominasi saingan Champions League untuk tiga musim berturut-turut.

Casemiro lebih kepada membuat kerja kotor di posisi midfield, dengan Luka Modric sentiasa maju ke depan dan menjadi pemain paling bersinar antara trio tersebut.

Tugas Kroos pula adalah menghubungkan pertahanan dan jentera serangan dengan vision serta kualiti hantaran yang beliau miliki dan bintang Jerman itu berjaya melakukan hal yang sama sejak lebih lima tahun dahulu.

Walaupun Real Madrid dianggap melalui musim yang suram pada musim lalu, Kroos masih tetap berjaya untuk menjadi pemain terbaik skuad Los Blancos.

Beliau berjaya mencipta assists terbanyak untuk skuad dengan 10 assists dan turut mencipta peluang terbanyak (11) berbanding pemain lain dalam skuad.

Beliau turut mencipta statistik terbaik dengan mencipta hantaran tepat dan hantaran jauh terbanyak dalam setiap perlawanan La Liga.

Tidak ada mana-mana pemain yang mencipta peluang dalam setiap perlawanan lebih banyak berbanding Toni Kroos dalam saingan La Liga musim lalu.

https://twitter.com/LosBlancoEhsan/status/1372616371113140225?s=19

Kroos telah memenangi lebih dari 20 Piala untuk kelab dan negara sepanjang karier, termasuk empat gelaran Champions League dan Piala Dunia bersama skuad kebangsaan Jerman pada tahun 2014.

Sumber: SK

 

Baca artikel menarik lain mengenai bola sepak antarabangsa melalui pautan berikut:

10 Kelab Eropah Berbelanja Paling Besar Tatkala Dunia Dilanda Pandemik

Marcelo Bielsa Dianggap Terlalu Bagus Untuk Mengurus Leeds United

Adakah Pembelian Sancho Akan ‘Bunuh’ Karier Greenwood Di United?

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN