5 Cerita Menarik Daripada Buku ‘Jose Mourinho: Up Close And Personal’

Macam-macam cerita telah keluar sejak buku Jose Mourinho: Up Close and Personal tulisan Robert Beasley telah keluar di pasaran pada tahun 2016.

Dalam buku tersebut, Jose Mourinho menceritakan kisah-kisah peribadi dan hubungannnya dengan pemain dan pengurus pasukan lain; sesuatu yang tak pernah didedahkan di media sebelum ini.

Antara cerita menarik dalam buku tersebut adalah:

1. Hanya 2 orang datang ke parti hari jadi ke-30 Michael Essien

Akhbar MARCA melaporkan bahawa dalam buku Jose Mourinho: Up Close and Personal, terdapat satu cerita tentang kurangnya keharmonian hubungan pemain-pemain Real Madrid ketika era pengurusan Jose Mourinho.

Dalam buku tersebut, Jose Mourinho memberitahu beliau terpaksa memujuk Essien yang merajuk selepas hanya 2 rakan sepasukannya – Luka Modric dan Ricardo Carvalho – datang ke parti hari jadi ke-30 beliau.

Mourinho memberitahu situasi ini sahaja sudah menjelaskan keharmonian pasukan yang agak kurang di Real Madrid. Menurut Mourinho:

“Semua pemain merasakan urusan peribadi mereka jauh lebih penting daripada parti hari jadi Essien.”

2. Mahu ‘pecahkan’ muka Wenger

Dalam artikel khas yang ditulis oleh penulis buku Robert Beasley kepada Daily Mail, Mourinho turut menceritakan kebencian melampaunya kepada pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

Ketika mengulas tentang komen Wenger yang mengkritiknya kerana menjual Juan Mata kepada Manchester United, Mourinho membuat komen terkenal ini:

“Beliau (Wenger) adalah pakar dalam kegagalan. Lapan tahun tanpa trofi, itu kegagalan. Jika saya buat perkara sama di Chelsea, dah lama saya tinggalkan London. Dan saya takkan balik.”

Tak cukup dengan komen itu, Mourinho menyambung kebenciannya kepada Wenger. Tetapi kali ini secara peribadi kepada Beasley.

“Kalau Wenger kritik Chelsea dan Manchester United lagi pasal urusan penjualan Mata, saya akan carinya di luar padang dan pecahkan mukanya.”

3. Jose Mourinho hampir jadi pengurus England

Apabila Steve McClaren dipecat dari tugasnya sebagai pengurus pasukan bola sepak England, Jose Mourinho pernah menyatakan minatnya untuk menggantikan McClaren melalui SMS yang berbunyi:

“Adakah England FA mahukan saya?”

Ketika itu Mourinho juga baru dipecat dari Chelsea (pada September 2007). Beasley kemudiannya menunjukkan SMS tersebut kepada pegawai England FA, Adrian Bevington dan Brian Barwick. Mereka jadi teruja dan sangat berminat.

Sam Allardyce Jose Mourinho

Melihat respons pegawai England FA, Mourinho turut rasa teruja. Beliau sudah membayangkan Tony Adams atau Alan Shearer akan menjadi pembantunya.

Bagaimanapun, England FA mengambil masa terlalu lama untuk membuat keputusan. Mourinho jadi tak sabar lalu mengambil tawaran menjadi pengurus Internazionale di Serie A.

4. Pernah mahu beli Rooney ketika urus Chelsea dan Real Madrid

Apabila Wayne Rooney mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontraknya di Manchester United pada Oktober 2010, Mourinho yang pada ketika itu sedang mengurus Real Madrid memberitahu media:

“Jika Rooney mahu keluar, sila telefon saya.”

Tetapi tiada siapa menghubungi Mourinho. Tidak lama selepas itu pula, Rooney membuat pusingan-U untuk menyambung kontraknya bersama United selama 5 tahun.

Kemudian pada tahun 2013, selepas Sir Alex Ferguson bersara dan Jose Mourinho kembali mengurus Chelsea, Rooney menarik minat Mourinho sekali lagi.

Agen Rooney, Paul Stretford berminat. Tetapi untuk Chelsea memulakan bidaan, Mourinho mahu Rooney berkata ‘saya mahu keluar’ di media.

Rooney tidak mahu keluar. Jadi secara automatiknya, minat Mourinho kepada Rooney terbatal.

5. Kelu berkata-kata di depan Jennifer Aniston

Bila anda minta pendapat dari Jose Mourinho, anda takkan kecewa kerana Mourinho berpengalaman luas dan boleh bercakap dalam lima bahasa.

Tetapi di depan Jennifer Aniston, Jose Mourinho langsung tak mampu bercakap apa-apa kerana terpukau dengan kecantikan aktres Hollywood tersebut.

Pada satu hari ketika Chelsea mengadakan jelajah pra-musim mereka di California, Mourinho dan pemain-pemainnya sedang menunggu bas untuk membawa mereka ke sesi latihan di lobi hotel.

Ketika sedang menunggu, Mourinho dan anak-anak buahnya ternampak Jennifer Aniston. Masing-masing terpaku melihat kecantikan bintang siri TV Friends tersebut.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Jose Mourinho:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN