Anugerah pemain terbaik tahunan Premier League akan diberikan kepada mana-mana pemain yang sedang berada di tahap persembahan terbaiknya sepanjang musim itu.
Panel pemilih yang akan memilih pemenang merupakan barisan juri yang diwakili oleh badan induk bola sepak Inggeris, media dan para penyokong.
Pada musim lalu, anugerah tersebut berjaya dimenangi oleh bintang Manchester City, Ruben Dias atas persembahan mantapnya membantu The Citizens muncul sebagai juara.
Last season, Rúben Dias became the first player to be named the Premier League Player of the Season in their debut campaign since Kevin Phillips in 1999/2000.
He was also the first defender to be named FWA Footballer of the Year since Steve Nicol in 1989.🏆 pic.twitter.com/U0kMJ6An8V
— Squawka (@Squawka) August 30, 2021
Hanya tiga pemain sahaja yang pernah memenangi anugerah tersebut sebanyak dua kali sepanjang kariernya, seperti Ruud Van Nistelrooy, Cristiano Ronaldo dan Nemanja Vidic.
Edisi 2020/21 telah dimenangi oleh pemain centre-back Manchester City, Ruben Dias atas impak yang beliau persembahkan selepas menyertai kelab pada tahun lalu.
Melihat bagaimana perjalanan kempen musim ini, sepertinya sangat sukar untuk meramal siapa bakal muncul sebagai juara pada akhir musim nanti.
Walau bagaimanapun, untuk menilai pemain-pemain yang berpotensi untuk memenangi gelaran pemain terbaik tahunan sepertinya sudah ada calon-calon yang berpotensi.
✨ @ManCity signed 2020/21's @EASPORTSFIFA Player of the Season, Ruben Dias, #OnThisDay a year ago pic.twitter.com/r4Bwi4Ftqe
— Premier League (@premierleague) September 29, 2021
Berikut merupakan senarai lima pemain yang sedang dalam rentak persembahan terbaiknya pada ketika ini, dan berpotensi untuk memenangi gelaran pemain terbaik tahunan pada musim ini.
5. Reece James (Chelsea)
Pemain full-back Chelsea, Reece James yang kini baru berusia 21 tahun telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan sepanjang musim ini.
Pemain kebangsaan England itu berjaya menjadi pemain pertahanan offensive terbaik pada ketika ini dengan mempamerkan kualiti hantaran serta penyudah yang menakjubkan.
Reece James is the youngest player to start 50 Premier League games for Chelsea since John Obi Mikel in January 2009. He is the youngest Englishman to do so since John Terry in 2002. One of our own!🔵 #CFC @JohnTerry26 @reecejames_24
Stats via @OptaJoe pic.twitter.com/sS5iGMjZeN
— Bill (@chelseajourno) December 5, 2021
Beliau juga tidak dinafikan telah mempamerkan aksi yang mantap ketika turun membantu barisan pertahanan.
James merupakan pemain yang memiliki kepantasan yang menakjubkan dan beliau juga merupakan antara pemain yang paling bekerja keras di atas padang.
Beliau tidak dinafikan lagi sememangnya sedang melalui musim terbaiknya pada ketika ini bersama skuad Chelsea, berbanding musim lalu beliau dilihat sedikit kurang berkualiti dari segi penyudahnya.
Beliau berjaya menjaringkan satu gol dan mencatatkan dua assists dari 32 penampilan dalam semua pertandingan sepanjang musim lalu di bawah kendalian Thomas Tuchel.
On fire. 🔥
@reecejames_24 has been nominated for the #PFA Fans' Player of the Month award again! 👏 pic.twitter.com/RRfTThFY6y
— Chelsea FC (@ChelseaFC) December 3, 2021
Pada musim ini, beliau telah mencatatkan statistik yang jauh lebih baik dengan James kini sudah menjaringkan empat gol dan turut mencatatkan empat assists dari 11 penampilan dalam saingan Premier League.
4. Joao Cancelo (Manchester City)
Joao Cancelo merupakan antara pemain terbaik Manchester City sepanjang musim ini, kelajuan, kemampuan menggelecek dan kualiti hantaran yang beliau miliki sungguh luar biasa mengagumkan.
Apa yang lebih mengagumkan lagi, Cancelo pada ketika ini sedang melalui musim terbaiknya, walau beliau kerap beraksi di posisi yang bukan posisi asalnya.
🗣️ Grealish: "João [Cancelo] is unreal! I can't tell you how good he is, honestly one of the best players I've ever played with."#UCL pic.twitter.com/Xi6PN0JjZ6
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) December 1, 2021
Pemain kebangsaan Portugal itu kebiasaannya bermain di posisi pertahanan kanan, namun pada musim ini beliau lebih kerap diturunkan untuk bermain di posisi pertahanan kiri.
Kemampuan beliau membiasakan diri bermain di posisi berbeza sebenarnya sungguh menakjubkan, dengan pemain berusia 27 tahun itu tidak ada masalah untuk bermain di mana-mana posisi kerana kedua-dua kakinya hidup.
Cancelo merupakan pemain Man City yang paling kreatif pada musim ini, terutama ketika membantu jentera serangan melakukan serangan pantas.
Beliau masih belum menjaringkan sebarang gol, namun sudah berjaya mencatatkan tiga assists dari 15 penampilan sepanjang musim ini.
Joao Cancelo, the art of the trivela pass pic.twitter.com/IuQNvWD5d9
— . (@Blue_BRC20) December 3, 2021
Statistik itu mungkin nampak biasa-biasa sahaja namun beliau juga sebenarnya banyak terlibat dengan build up serangan dan impak yang beliau tunjukkan juga sungguh mengagumkan.
3. Cristiano Ronaldo (Manchester United)
Peranan Cristiano Ronaldo bersama Manchester United sering menjadi topik perbualan hangat pelbagai pihak.
Pemain berusia 36 tahun itu sering dikritik kerana malas untuk menekan dan menjadi punca permainan United terpaksa diperlahankan.
Running into matchday like: 🏃💨
🌟 @Cristiano#MUFC | #MUNCRY pic.twitter.com/jK88VvELXd
— Manchester United (@ManUtd) December 5, 2021
Walau beliau sering dikritik dan peranan beliau dipertikaikan, namun harus diakui yang Ronaldo sebenarnya penjaring utama kelab pada ketika ini, dan kebanyakan gol jaringan beliau telah berjaya menyelamatkan skuad.
Dua gol jaringan beliau ketika aksi bertemu Arsenal kemarin sudah cukup untuk membuktikan yang beliau masih lagi memiliki kualiti yang bagus sebagai pemain penyerang walau di usia lanjut seperti sekarang.
Kemampuan teknikal dan fizikal beliau banyak membantu Red Devils dari berdepan kekalahan dan kerana beliau juga United masih ada di kedudukan tujuh teratas.
Pemain kebangsaan Portugal itu berjaya menjaringkan enam gol dan turut mencatatkan dua assists dari 11 penampilan bersama Man United sepanjang musim ini dalam saingan Premier League.
Our minds are already set on the next game, there’s no time to celebrate! Today’s win was very important to get back on track, but there’s still a long road to go until we reach our destination… Congrats to all my teammates, great spirit tonight! 🙏🏽💪🏽 pic.twitter.com/XUFsOOGlws
— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) December 2, 2021
Seandainya beliau masih mendapat tempat di bawah kendalian Ralf Rangnick dan masih tetap mempamerkan aksi persembahan yang sama, beliau sepertinya dengan mudah saja bakal mampu menjaringkan lebih 20 gol sepanjang musim ini.
2. Bernardo Silva (Manchester City)
Bernardo Silva pada musim lalu sepertinya sudah hampir untuk dilepaskan oleh kelab dengan beliau juga sering diketepikan dari kesebelasan utama.
Beliau bahkan turut pernah dikaitkan dengan bakal meninggalkan kelab pada jendela perpindahan Januari ini, dan dengan tiba-tiba, Silva menjadi antara pemain terbaik City pada ketika ini.
Man on fire. 🔥@BernardoCSilva | #WATMCI pic.twitter.com/msChE1N5Xf
— Premier League (@premierleague) December 4, 2021
Pemain berusia 27 tahun itu jelas sekali berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini, dengan beliau cemerlang bermain di pelbagai posisi di bahagian midfield dan serangan.
Kawalan bola, kemahiran teknikal, kepantasan, kualiti hantaran dan penyudah yang tajam membantu beliau untuk memainkan peranan yang sangat penting dalam skuad pada ketika ini.
Paling mengejutkan tentang aksi Silva pada musim ini adalah melihatkan kualiti penyudah beliau yang jauh lebih tajam berbanding musim sebelum ini.
Pemain kebangsaan Portugal itu sudah berjaya menjaringkan tujuh gol dan mencatatkan satu assists dari 14 penampilan dalam saingan Premier League.
Bernardo Silva has now scored or assisted in each of his last four Premier League away games:
🅰️ vs Brighton
⚽ vs Man Utd
⚽ vs Aston Villa
⚽ vs WatfordOpposition fans will start clapping him soon. 🤩 pic.twitter.com/eCN8Rh1ltT
— William Hill (@WilliamHill) December 4, 2021
Manchester City pada ketika ini sedang berada di puncak saingan liga, dan seandainya Silva mengekalkan tahap persembahan seperti sekarang, beliau merupakan calon kegemaran untuk memenangi anugerah pemain terbaik tahunan pada tahun ini.
1. Mohamed Salah (Liverpool)
Melihat kepada situasi ketika ini, untuk mana-mana pemain menewaskan Mo Salah dalam perebutan anugerah pemain terbaik tahun ini adalah satu hal yang agak mustahil.
Pemain kebangsaan Egypt itu benar-benar sedang berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini, dan beliau juga dianggap pemain terhebat dalam dunia bola sepak hati ini.
After 15 Gameweeks, Mo Salah is over halfway to beating the record points total for a single season of 303 points, which he set in 2017/18 🤯#FPL #WOLLIV pic.twitter.com/7GGioorEMg
— Fantasy Premier League (@OfficialFPL) December 4, 2021
Salah sangat dominan ketika beraksi di posisi sayap kanan, dengan pemain berusia 29 tahun itu turut cemerlang menjaringkan beberapa gol yang sangat cantik sepanjang musim ini.
Beliau sedang berada di tahap persembahan yang terlalu menakjubkan dengan Salah konsisten untuk mencatatkan assists atau menjaringkan gol dalam kesemua 18 penampilan dari 20 perlawanan dalam semua pertandingan musim ini.
Salah terlalu mendominasi senarai ini dan beliau merupakan calon kegemaran untuk memenangi anugerah pemain terbaik tahunan pada tahun ini.
Four players have now been directly involved in 10+ goals in the Premier League this season:
◉ Mohamed Salah (22)
◉ Emmanuel Dennis (11)
◉ Jamie Vardy (10)
◉ Michail Antonio (10)Mo Salah is going to take some catching though. 👀 pic.twitter.com/RIbdrh7eyS
— Squawka (@Squawka) December 4, 2021
Beliau pada ketika ini sudah berjaya menjaringkan 13 gol dari 15 penampilan bersama Liverpool dalam saingan Premier League sepanjang musim ini.