Kemelut berkenaan tunggakan gaji oleh para pemain ketika mewakili Melaka United (MU) pada saingan Liga Super 2022 telah berada di tahap sangat kronik sehingga mereka terpaksa meminta bantuan pihak lain.
Beberapa pemain MU telah memuat naik satu posting di Instagram miliknya apabila terpaksa meminta merayu bantuan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam isu tunggakan gaji ini.
Antarannya, Wan Zaharulnizam, Syukri Baharun, Hasbulah Bakar dan beberapa pemain yang lain.
Mereka berharap TMJ dapat campur tangan berkenaan isu tunggakan gaji kerana pemilik MU, Datuk Seri Justin Lim dan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Seri Sulaiman Md Ali masih belum menyelesaikan isu berbangkit.
Mereka yang terbabit dalam isu ini masih berdiam diri dan tiada sebarang khabar kepada pemain.
Setakat ini, mereka belum menerima sebarang tunggakan gaji selama lima bulan dan ia sudah pasti sesuatu yang begitu sulit dalam kehidupan harian mereka.
Bagi Zaharulnizam dan para pemain yakin jika TMJ bersuara bagi mewakili mereka, pihak berkenaan pasti akan melakukan sesuatu.
Isu tunggakan gaji bukan asing lagi dengan pasukan Sang Kancil dan sebab ini jugalah mereka tidak dapat kekal dalam saingan Liga Super pada musim hadapan.
Bantuan yang diminta oleh pemain ini kepada TMJ bukan sesuatu yang asing lagi kerana sebelum ini, TMJ begitu lantang menegur pihak pengurusan atau pasukan yang menghadapi masalah tunggakan gaji ini.
Bukan setakat itu, TMJ pernah mengeluarkan dana sendiri membantu beberapa buah pasukan untuk meringankan beban yang di hadapi oleh pasukan untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji.
Meskipun JDT sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi namun keprihatinan terhadap nasib para pemain menyebabkan mereka lebih selesa untuk meminta bantuan kepada TMJ.
Presiden baharu MUSA, Datuk Nur Azmi Ahmad pernah berjanji untuk menyelesaikan isu gaji pemain yang tertunggak selama tiga bulan seperti yang dibangkitkan oleh Malaysian Football League (MFL) ketika mula mengambil alih persatuan tersebut.
Moga isu berkenaan dapat diselesaikan dengan cepat dan pemain yang terlibat akan menerima hak mereka.