5 Bintang Muda Yang Harus Diberi Perhatian Oleh Maurizio Sarri Di Chelsea

Kehadiran Maurizio Sarri ke Stamford Bridge diyakini bakal membawa perubahan dalam barisan pemain Chelsea..

Hal ini terbukti apabila pemain Napoli, Jorginho muncul sebagai pembelian pertama jurulatih baharu Chelsea itu bersama kelab berkenaan.

Lebih ramai pemain, khususnya dari Itali mungkin tiba menyertai Chelsea. Tetapi bagaimana bakat muda yang dilahirkan sendiri oleh kelab tersebut?

Berikut merupakan 5 pemain muda Chelsea yang berpotensi untuk berada dalam skuad utama pada musim 2018/19;

1. Callum Hudson-Odoi


Mungkin ramai yang masih tidak tahu pemain muda Chelsea berusia 17 tahun ini sudah beraksi dalam dua perlawanan di Liga Perdana Inggeris pada musim 2017/18 lalu.

Aksi cemerlang Hudson-Odoi sepanjang pra musim telah berjaya mencuri tumpuan Maurizio Sarri sehingga membuatkan nama beliau telah disenaraikan dalam skuad utama Chelsea bagi menghadapi musim 2018/19 nanti.

”Hudson-Odoi adalah seorang pemain yang sangat muda. Kami masih perlu untuk menunggu.”

”Pada masa hadapan dia sudah pasti akan menjadi pemain yang sangat-sangat kuat. Dia akan kekal bersama kami (skuad utama Chelsea) pada musim ini.” jelas Sarri.

2. Ruben Loftus-Cheek


Musim 2018/19 sepatutnya menjadi peluang bagi Ruben Loftus-Cheek untuk bersinar di Chelsea.

Loftus-Cheek menunjukkan prestasi yang cemerlang semasa dipinjamkan ke Crystal Palace pada musim 2017/18.

Aksi secara pinjaman ke Crystal Palace meyakinkan Gareth Southgate memanggil pemain ini bersama skuad England untuk menghadapi kempen Piala Dunia di Rusia yang lalu.

Sekiranya Loftus-Cheek diberikan lebih banyak peluang oleh Sarri untuk membarisi kesebelasan utama pasukan pada musim ini, pemain berusia 22 tahun itu diyakini bakal membuktikan kemampuan terbaiknya bersama Chelsea.

Ini akan menjadi jaminan bintang England itu tidak akan meninggalkan Stamford Bridge pada masa depan.

3. Tammy Abraham

(Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)

Sudah dua musim Tammy Abraham dijadikan ‘produk pinjaman’ oleh pengurusan Chelsea ke Bristol City (2016/17) dan kemudian ke Swansea City (2017/18).

Pada musim 2018/19, seharusnya Chelsea perlu memberi peluang kepada pemain berusia 20 tahun ini untuk membuktikan kemampuannya.

Seperti diketahui, Maurizio Sarri sedang giat mencari seorang penyerang baru bagi menggantikan Alvaro Morata.

Jika The Blues masih gagal mendapatkan penyerang, kesempatan ini harus diambil sebaiknya oleh Tammy Abraham.

Semasa dipinjamkan ke Swansea City pada musim lalu, Abraham telah berjaya menjaringkan lima gol dalam 31 penampilannya di Liga Perdana Inggeris.

Ini jelas membuktikan, Chelsea tidak harus mempersia-siakan bakat muda yang mereka miliki pada hari ini.

4. Charly Musonda


Pada musim 2017/18, Charly Musonda hanya berpeluang bermain dalam tiga perlawanan bersama Chelsea di Liga Perdana Inggeris.

Menjelang Januari, Musonda telah dipinjamkan ke Glasgow Celtic.

Sama seperti di Chelsea, Musonda juga kurang mendapat peluang untuk bermain di Scotland.

Bagaimanapun, pada musim 2018/19, Musonda telah mendapat kepercayaan oleh Maurizio Sarri untuk mengisi barisan simpanan serangan The Blues.

Kelajuan yang dimilik pemain kelahiran Belgium ini diyakini dapat membantu jentera serangan The Blues pada musim ini.

5. Ethan Ampadu


Pemain berusia 17 tahun ini tampil pertama kali bersama skuad senior Chelsea pada musim 2017/18 yang lalu menentang Nottingham Forest di Piala Liga.

Pada penghujung tahun 2017, Ampadu sekali lagi diberi peluang untuk membuat penampilan di saingan Liga Perdana Inggeris ketika Chelsea berhadapan dengan Huddersfield Town.

Ampadu dimasukkan pada minit ke-80 menggantikan Andreas Christensen sekaligus mencatat nama sebagai pemain ke 2000 yang melakukan penampilan pertama bersama The Blues.

Melihat Chelsea yang akan mengikuti empat pertandingan yang berbeza pada musim 2018/19, berkemungkinan besar Ampadu akan diberi peluang oleh Sarri untuk kembali memperkuatkan skuad senior musim depan.

Penutup

Chelsea pernah hilang ramai pemain muda sebelum ini kerana gagal mendapatkan peluang sewajarnya bersama pasukan utama.

Romelu Lukaku, Kevin De Bruyne, dan Mohamed Salah adalah antara pemain yang jelas pernah dibazirkan oleh Chelsea. Mereka adalah pemain yang dilepaskan di era Jose Mourinho bergelar pengurus.

Wajarkah lima pemain di atas mendapat peluang di bawah kendalian Sarri?

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN