5 Bintang Import Rebut Gelaran Pemain Terbaik Bulanan Liga Super Edisi April

Liga Super
Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea
01:23
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Lima pemain import bakal merebut gelaran Pemain Terbaik Bulanan Liga Super anjuran Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia atau PFAM bagi bulan April.

Selepas gelaran pertama dimenangi oleh anak tempatan iaitu bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman. Legasi beliau akan cuba disambung oleh rakan sepasukan yang juga pemain import iaitu Leandro Velazquez.

Persembahan cemerlang Velazquez telah membuatkan pemain ini tercalon selepas menyumbang tiga gol dari bahagian tengah bagi membantu JDT utuh di persada liga.

Satu nama yang menjadi kejutan adalah pemain Selangor iaitu Ayron del Valle. Pemain ini nyata menunjukkan progesif dalam prestasinya dan mula menunjukkan taringnya.

Tiga jaringan dalam saingan liga telah membantu Selangor terus berada di kelompok atasan Liga Super malah namanya juga kini mula mencabar gelaran penjaring terbanyak.

Satu lagi nama yang mencuri tumpuan adalah Stefano Brundo yang cukup ampuh bersama-sama Sri Pahang.

Keberadaan Brundo dalam skuad Pahang telah membuatkan kelab itu terus maju dan kekal tanpa kalah dalam saingan liga ketika ini.

Dua lagi nama adalah penyerang Penang, Soony Saad dan juga bintang Kuala Lumpur City iaitu Paulo Josue.

Saad turut berbahaya di depan pintu gol untuk Penang, merakamkan tiga jaringan untuk membawa keluar pasukan utara tersebut daripada zon bawahan liga.

Sementara Josue juga turut menjadi nadi utama kepada kebangkitan KL City selepas mengharungi detik sukar sebelum ini apabila beliau menjadi faktor kemenangan tiga perlawanan aksi liga.

Anda boleh mengundi siapakah yang layak menjadi pemain terbaik untuk bulan April dengan klik pada pautan di sini.

Undian akan berakhir pada 16 Mei 2023.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN