5 Biji Kacang, Buah-Buahan Antara Diet Federico Valverde Sejak Usia 17 Tahun

Pemakanan yang sihat dan penjagaan diet merupakan keperluan wajib yang membantu pemain bola sepak membina otot, memperbaiki daya pemikiran dan juga untuk perkembangan fizikal.

Proses peralihan otot remaja ke dewasa akan bermula ketika berumur 16 tahun.

Sangat penting untuk para pemain muda sentiasa mengambil makanan nutrisi untuk memastikan badan mereka mempunyai tenaga dan protein yang diperlukan.

Setiap makanan dan minuman yang mereka ambil adalah sangat penting  kerana ia mampu memberi impak kepada prestasi fizikal mereka ketika sedang menjalani latihan ataupun sedang bermain dalam perlawanan penting.

Setiap badan manusia memerlukan kadar karbohidrat, lemak, protein, vitamin, mineral dan air yang mencukupi untuk memastikan badan kita berfungsi dengan keadaan yang sempurna.

Itulah apa yang diamalkan oleh Federico Valverde sejak usia 17 tahun berdasarkan satu perkongsian dari artikel El Pais.

Menurut perkongsian dari artikel tersebut, Valverde memperolehi diet daripada Real Madrid walaupun masih beraksi bersama Penarol di Uruguay pada usia yang muda.

Diet itu memerlukan Valverde mengambil hanya lima biji kekacang, jus buah-buahan dan 2 keping roti bakar (wholemeal) ketika sarapan pagi.

Ia diikuti oleh pengambilan buah-buahan, minuman kopi dengan susu, ham dan keju di dalam sandwich sejam kemudian.

Rejim pemakanan yang diikuti oleh Valverde sejak usia muda ini menjadikan beliau sebagai salah seorang pemain tengah muda paling mendapat perhatian di Amerika Selatan.

Chelsea, Manchester United dan Barcelona dikatakan antara kelab besar eropah yang berminat untuk mendapatkan pemain ini.

Arsenal antara yang terawal melakukan bidaan untuk Valverde, namun Penarol tetap menjual pemain itu ke Real Madrid kerana bantuan yang diberikan jaguh La Liga itu.


Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN