5 Bekas Pemain Chelsea Dan Karier ‘Luar Jangka’ Mereka Ceburi Selepas Bersara

Apabila seorang pemain bola sepak bersara, hanya ada dua pekerjaan yang sinonim dengan mereka iaitu sama ada terjun ke bidang kejurulatihan atau pun menyertai mana-mana syarikat penyiar untuk bergelar pundit dan penganalisis perlawanan.

Namun bagi lima pemain Chelsea ini, mereka membawa diri ke arah berlainan. Ada yang melakukannya kerana minat, dan mungkin juga kerana tanggungjawab dan panggilan masing-masing yang berbeza.

Gavin Peacock

Bagi mereka yang mengikuti Liga Perdana Inggeris sejak ia melalui pembaharuan (rebranding), nama Gavin Peacock bukanlah nama yang asing. Pernah membintangi pasukan Newcastle United, pemain tengah ini berhijrah menyertai Chelsea pada 1993 dan melakukan lebih dari 100 penampian untuk The Blues sehingga 1996.

Untuk sekian lama selepas bersara, Peacoco menceburi bidang media dengan menjadi pungulas dan penganalisis perlawanan.

Kemudian beliau memilih karier lain yang jauh dari bola sepak apabila mulai berjinak dengan ajaran Kristian dan menjadi evangelist.

Malah beliau pernah mengelolakan rancangan Football Focus yang berkisar kepada kepercayaan di dalam dunia bola sepak. Peacock kemudiannya mendapatkan ijazah di dalam Teologi, dan hari ini adalah seorang paderi di Calgary, Kanada.

Pat Nevin

Pat Nevin beraksi hampir 200 perlawanan untuk Chelsea pada 1980an, dan turut pernah menyarung jersi Everton, Tranmere Rovers, Kilmarnock, dan Motherwell sebelum bersara sebagai pemain.

Ketika zaman bergelar pemain, Nevin dikenali sebagai seorang pemain sayap lincah. Selepas bersara beliau seperti kebanyakkan bekas pemain menceburkan diri di dalam bidang media sebagai penganalisis perlawanan.

Tetapi selepas itu minat Nevin membawa beliau menceburkan diri di dalam dunia hiburan sebagai DJ di kelab.

Nevin bukanlah DJ jalanan yang melakukan penampilan secara suka-suka. Memiliki ijazah di dalam bidang seni dari Universiti Glasgow, Nevin melakukannya secara profesional dengan penampilan di festival muzik dan kelab malam indie kebanyakkannya di eropah.

Frank Leboeuf

Frank Lebouef beraksi selama lima tahun bersama Chelsea tetapi minat beliau sememangnya cenderung ke dalam dunia lakonan sejak dari dulu lagi.

Beliau mulai berjinak dengan dunia perfileman sejak masih bergelar pemain lagi. Pemain pertahanan tengah itu melakukan penampilan di layar perak di dalam dunia perang berjudul Taking Sides, yang diterbitkan pada 2001 ketika masih bergelar pemain Chelsea.

Perkara terbaik di dalam karier lakonan Lebouef semestinya tiba apabila beliau melakukan kemunculan di dalam filem The Theory of Everything, yang diambil dan diadaptasi dari buku mengenai kisah Stephen Hawkings dan memenangi anugerah Oscar.

Lebouef dalah anggota skuad Chelsea yang muncul juara Piala FA pada 1997.

Alexei Smertin

Smertin didatangkan ke Stamford Bridge oleh Claudio Ranieri, semusim sebelum The Blues melalui revolusi di bawah pemilikan jutawan, Roman Abramovich.

Bersara daripada bola sepak pada 2008, Smertin pada mulanya bekerja bersama Persatuan Bola Sepak Rusia sebagai salah seorang ahli exco.

Pemain tengah itu kemudiannya menceburkan diri di dalam bidang politik dan menjadi ahli parlimen untuk kawasan Altai di Rusia. Beliau dipilih menjawat tanggungjawab tersebut pada Mac 2009.

Namun keadaan berubah pada 2015. Jelas sekali tidak semua orang berkebolehan di dalam bidang politik.

George Weah

Weah hanya beraksi secara pinjaman bersama Chelsea dan hanya sempat melakukan 11 penampilan untuk The Blues. Siapa sangka hari ini, Weah adalah Presiden Republik Liberia.

Ketika bergelar pemain Chelsea, Weah memainkan peranan besar membantu The Blues menjuarai Piala FA pada 2000. Beliau sempat menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Gillingham dan Leicester untuk memastikan kemaraan Chelsea ke perlawanan akhir.

Percubaan kali pertama Weah untuk bergelar presiden negaranya ialah pada 2005, namun menemui kegagalan. Selepas 12 tahun, beliau kembali mencuba nasib sekali lagi dan memenangi pilihanraya negaranya.

Dua bekas pemain Chelsea dari benua Afrika, Samuel Eto’o dan Didier Drogba antara jemputan yang menhadiri majlis angkat sumpah Weah pada Januari 2018.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN