5 bekas Bintang Eropah Yang Pernah Beraksi Di Indonesia

Saingan Liga Indonesia sebenarnya pernah menjadi tarikan kepada ramai bekas bintang Eropah dengan terbaharu Radja Nainggolan menjadi rekrut baharu menyertai salah satu kelab, Bhayangkara.

Kehadiran Nainggolan sebenarnya menjadi suatu kejutan baharu buat bola sepak di Asia Tenggara kini, selepas reputasi pernah ditampilkan beliau bersama beberapa kelab terkemuka Eropah lalu tidak dapat disangkal lagi.

Kali terakhir, Nainggolan mewakili SPAL bagi saingan Serie C di Itali sebelum memutuskan untuk bersama Bhayangkara sehingga ke penghujung musim.

Hubungan kelab tersebut bersama Nainggolan mula terjadi selepas bekas pemain kebangsaan Belgium itu hadir ke Indonesia selaku duta bagi saingan Piala Dunia bawah 17 (B-17).

Selain Nainggolan, kelab di Indonesia sebenarnya pernah mendapatkan beberapa lagi bekas pemain bintang di Eropah bersama reputasi menyakinkan menerusi laporan dikeluarkan oleh Bola.com.

Julian Faubert

Bekas pemain sayap Real madrid serta West Ham ini menyertai saingan Liga 1 Indonesia pada musim 2018 dengan mewakili Borneo FC untuk memperkukuh aspek serangan.

Lebih menarik sepanjang bersama Borneo FC, Faubert lebih banyak digunakan selaku penyerang utama berbanding di posisi asalnya, di bahagian sisi.

Namun, perjalanan karier Faubert di Indonesia tidak lama selepas pemain tersebut hanya mampu bertahan selama satu musim sahaja bersama Borneo FC.

Michael Essien

Pemain yang pernah mencipta sensasi bersama Chelsea dan Real Madrid pernah beraksi di Indonesia bersama Persib Bandung pada musim 2018.

Sepanjang karier beliau bersama Persib, pemain ini telah pun mencipta impak tersendiri untuk membantu posisi tengah serangan pasukan tersebut menjadi lebih positif.

Lebih menarik, Essien juga dilaporkan menjadi antara bintang yang sangat mesra bersama penyokong sehingga kehadiran beliau sentiasa disenangi ramai.

Didier Zokora

Bekas perancang Tottenham Hotspur ini telah beraksi di Indonesia pada tahun 2017 bersama Semen Padang bersama impak tersendiri.

Walaupun nama beliau ketika itu kurang disebut kerana sensasi dibawa oleh Essien, secara keseluruhan Zokora tetap unggul untuk membantu pasukan.

Beliau juga menjadi salah seorang pemain yang sebelum itu pernah beraksi dalam saingan Piala Dunia bersama pasukan kebangsaanya, Ivory Coast.

Peter Odemwingie

Bekas penyerang Nigeria ini telah beraksi di Indonesia pada tahun 2017 dengan Madura United menjadi pasukan pilihan beliau ketika itu.

Berpengalaman di Eropah bersama Lille, Stoke City, dan beberapa kelab lagi, sentuhan pemain ini berjaya memberi impak tersendiri ketika bersama Liga Indonesia.

15 gol berjaya direkodkan beliau daripada 22 perlawanan ketika Odemwingie beraksi di Indonesia dan kelibat pemain itu juga turut disenangi oleh para peminat.

Carlton Cole

Bekas penyerang kebangsaan England ini hadir bersama Essien untuk mewakili Persib Bandung pada tahun 2018 dan menjadi tumpuan utama penyokong di sana.

Pada era kegemilangan, Cole pernah beraksi untuk Chelsea, Wolves, Aston Villa, serta West Ham United dalam saingan English Premier League (EPL).

Walaupun bersama Persib Bandung impak beliau tidak begitu dirasai, secara keseluruhan Cole tetap menjadi salah seorang bekas bintang Eropah pernah membina karier di Indonesia

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN