Skuad kebangsaan Indonesia dilihan telah mendapat dua tenaga tambahan menerusi kehadiran pemain warisan baharu mereka untuk saingan Piala AFF ini iaitu Sandy Walsh dan Jordi Amat
Dua pemain ini dilihat bakal memperkuatkan Indonesia selepas masing-masing sudah pun mendapat taraf kewarganegaraan yang sah beberapa hari lalu.
Jordi Amat Maas dan Sandy Walsh resmi menjadi Warga Negara Indonesia (WNI) pada Kamis, 17 November 2022 setelah melaksanakan Sumpah Janji Setia Pewarganegaraan di Kantor Kemenkumham RI.
Selamat Jordi dan Sandy! ❤️🇮🇩#KitaGaruda pic.twitter.com/CUv7ZPB5RY
— PSSI (@PSSI) November 17, 2022
Ketika ini, masih ada lagi seorang pemain yang menunggu masa untuk mengesahkan diri sebagai warganegara Indonesia iaitu Shayne Pattynama.
Sisi positifnya, Indonesia dapat menggunakan pengalaman serta kekuatan para pemain ini untuk mengukuhkan skuad menjelang persaingan bakal dihadapi penghujung tahun dan musim hadapan.
Namun, ianya juga memberi keresahan buat para pemain tempatan lain menerusi saingan sengit untuk merebut kesebelasan utama dalam pasukan negara.
Menerusi kehadiran dua bintang ini, Bola.com telah pun menyenaraikan lima pemain yang berkemungkinan besar akan tersisih daripada kesebelasan utama Indonesia.
Alfeandra Dewangga
Posisi pemain ini dilihat agak sukar untuk dipertahankan setelah Dewangga bakal bersaing sengit bersama Jordi Amat selaku pertahanan tengah.
Malah, posisi kedua Dewangga iaitu pertahanan kiri juga mungkin akan terancam juga selepas Shayne Pattynama dominan di bahagian tersebut.
🔝 Alfeandra Dewangga put on a 𝗠𝗮𝗻-𝗼𝗳-𝘁𝗵𝗲-𝗠𝗮𝘁𝗰𝗵 performance as part of a solid Indonesia defence that kept out the #AFFSuzukiCup champions!
👀 Here's some of his best moments from #IDNvVIE#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie pic.twitter.com/xW0SSzaBxy
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) December 15, 2021
Lebih mengharukan, prestasi semasa Elkan Baggott juga kini sangat membenransangkan untuk mengancam kedudukan Dewangga selaku salah seorang pertahanan utama Indonesia.
Fachruddin Aryanto
Seorang lagi pertahanan tengah bakal terancam ialah Fachrudin yang juga merupakan salah seorang pemain utama Indonesia sebelum ini.
Dari segi fizikal, mungkin Shin Tae-yong akan memilih Jordi Amat berbanding beliau untuk mencabar perebutan bola di udara.
https://twitter.com/broadcastbola/status/1536808390374354944?s=46&t=3FAGOrBzVWf5w8JRW3VSyQ
Tambahan lagi, ada ura-ura menyatakan pengendali Indonesia itu lebih suka untuk menggandikan Baggott bersama Jordi Amat selaku pertahanan tengah Indonesia pada masa akan datang.
Pratama Arhan
Selepas tampil cemerlang dalam saingan Piala AFF musim lalu, posisi pertahanan kiri Indonesia jelas sukar digugat oleh Arhan sehingga kini.
Namun segalanya mungkin berubah selepas kehadiran Shayne Pattynama dalam senarai pemain Indonesia yang turut beraksi di posisi tersebut untuk mencabar Arhan.
Tambahan pula, Arhan ketika ini jelas kurang menonjol bersama kelab diwakilinya di Jepun berbanding Shayne yang kerap menjadi pilihan utama di Eropah.
Pure class from Pratama Arhan! 🔥
— United Focus Indonesia (@utdfocusid) December 19, 2021
Memandangkan proses pendaftaran Shayne masih lagi belum selesai, ini peluang terbaik buat Arhan untuk berusaha mengekalkan posisinya selaku pertahanan kiri utama Indonesia.
Asnawi Mangkualam
Walaupun pemain ini tampak konsisten bersama kelab diwakilinya dalam saingan K-League di Korea Selatan, Asnawi kini perlu sedar beliau sudah pun mempunyai saingan untuk merebut kedudukan utama bersama Indonesia.
Beraksi selaku pertahanan kanan, prestasi Asnawi jelas sangat menggagumkan pada saingan Piala AFF lalu, namun ketika ini Sandy Walsh dilihat sedia mencabar kedudukan tersebut.
Btw, kontrak penggawa Timnas Indonesia, Asnawi Mangkualam (23/DF) masih menyisakan 1 musim lagi hingga akhir musim 2023 bersama 🇰🇷Ansan Greeners (2nd tier).
• Asnawi dalam angka di sepanjang musim 2022 (kompetisi resmi)
2️⃣7️⃣ Penampilan
2️⃣ Gol
2️⃣ Asis
4️⃣ KK pic.twitter.com/8K0NoGdsdw— . (@Indostransfer) November 22, 2022
Apa yang perlu dilakukan Asnawi ketika ini untuk terus membuktikan kepada Tae-yong mengapa beliau perlu dipilih dalam senarai kesebelasan utama berbanding Walsh.
Rizky Ridho
Pemain ini diramalkan untuk menjadi salah satu bintang utama Indonesia pada masa akan datang kerana usianya yang masih muda iaitu 21 tahun.
Beraksi di posisi pertahanan tengah, kemungkinan nama Rizky untuk bersaing merebut tempat dalam skuad Sang Garuda juga terancam kerana Jordi Amat dan Baggott lebih menonjol.
The skipper, gol Rizky Ridho 2-0 pic.twitter.com/g2j1Dz1787
— Asisten Wasit (@GrupBola) August 1, 2022
Tambahan pula khidmat pemain senior lain yang berkualiti dan mempunyai pengalaman seperti Dewangga dan Fachrudin juga pastinya tidak akan berdiam diri untuk merebut tempat bersama Indonesia dalam skuad kebangsaan.