5 Alasan Mengapa Cristiano Ronaldo Masih Berpotensi Untuk Memenangi Anugerah Ballon d’Or 2024

Cristiano Ronaldo sebenarnya berpotensi untuk memenangi anugerah Ballon d’Or 2024 seandainya beliau mampu melakukan lima hal yang akan dibahaskan dalam artikel ini.

Bintang Portugal itu masih mampu untuk memenangi anugerah Ballon d’Or keenam dalam kariernya dan jelas sekali ia akan menjadi satu hal yang sangat luar biasa menakjubkan.

Sebaik beliau menyertai Al-Nassr pada Januari lalu, ramai yang percaya Ronaldo akan sedikit tenggelam dan akan sangat mustahil untuk legenda Real Madrid itu memenangi anugerah-anugerah berprestij seperti Ballon d’Or.

Walau bagaimanapun, hal itu sebenarnya tidak mustahil untuk berlaku, apa lagi ketika memikirkan tentang bagaimana Ronaldo sering membuktikan sesuatu yang dianggap mustahil itu sebenarnya tak mustahil untuk dilakukan.

Bahkan, walau sudah berusia 38 tahun, namun Ronaldo masih tetap mampu beraksi hebat dan mendapat pujian ramai.

Anugerah Ballon d’Or merupakan anugerah paling berprestij dalam dunia bola sepak dan Ronaldo sendiri pula dianggap sebagai antara pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman.

Adakah beliau mampu untuk memenangi anugerah itu sekali lagi sebelum bersara dari dunia bola sepak? Ia mungkin sedikit sukar, tapi sebenarnya tak mustahil untuk berlaku.

Berikut merupakan lima hal yang perlu Ronaldo lakukan untuk memastikan beliau mampu untuk bawa pulang anugerah paling berprestij dalam dunia bola sepak itu pada tahun 2024 nanti.

1) Bantu Portugal menjuarai saingan Euro 2024

Portugal sudah mengesahkan tempat mereka untuk beraksi di pentas saingan Euro 2024 nanti, dan jika dilihat kepada persembahan semasa mereka, tak mustahil mereka boleh bergelar juara.

Skuad Portugal masih mengekalkan rekod cemerlang sepanjang aksi kelayakan Euro 2024 dengan mereka berjaya memenangi kesemua lapan perlawanan setakat ini.

Mereka juga turut berjaya menjaringkan 32 gol dan hanya bolos 2 sahaja sepanjang tempoh tersebut dan ia menjadikan Portugal sebagai antara calon kegemaran untuk menjuarai pertandingan terbesar Eropah itu.

Kedua-dua Ronaldo dan Bruno Fernandes telah memainkan peranan yang cukup penting di sepanjang aksi di pusingan kelayakan dan ramai percaya mereka bakal memainkan peranan sama di pertandingan Euro nanti.

Ronaldo sudah berjaya menjaringkan sembilan gol dan mencatatkan satu assist dari tujuh aksi di pusingan kelayakan Euro tahun ini.

Beliau masih diberi kepercayaan sebagai peledak gol utama Portugal dan dijangka beliau akan melakukan hal sama di kejohanan Euro nanti.

Seandainya Portugal menjuarai saingan Euro 2024 nanti, maka ia bakal menjadi satu kelebihan untuk Ronaldo menjadi calon kegemaran memenangi anugerah Ballon d’Or 2024.

2) Ronaldo perlu menang anugerah kasut emas di kejohanan Euro 2024

Memenangi kasut emas di kejohanan Euro 2024 juga sebenarnya bakal membantu memberi kelebihan kepada Ronaldo untuk memenangi anugerah Ballon d’Or pada tahun hadapan.

Melihat kepada persembahan semasa beliau sekarang, Ronaldo jelas sekali dilihat berpotensi untuk membawa pulang anugerah kasut emas di kejohanan Euro nanti.

Dengan Portugal sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka, dan Ronaldo juga turut sedang berada di prestasi terbaiknya, jelas sekali hal ini tak mustahil untuk berlaku.

3) Perlu menjadi penjaring terbanyak di kejohanan AFC Champions League

Ronaldo sememangnya dikenali sebagai ‘Mr. Champions League’ ekoran dari pencapaian-pencapaian luar biasa beliau di pentas tertinggi saingan bola sepak Eropah sebelum ini.

Legenda terhebat sepanjang Portugal itu berjaya menjaringkan 140 gol (gol terbanyak) dan turut mencatatkan 42 assist di pentas saingan Champions League.

Beliau pada ketika ini merupakan penjaring terbanyak dalam saingan Saudi Pro League dan liga utama Arab Saudi kini bukan lagi liga ‘petani’ seperti tahun-tahun sebelum ini.

Sudah ramai bintang-bintang besar yang berhijrah ke Arab Saudi pada musim panas lalu dan untuk melihat Ronaldo masih dominan dengan situasi seperti itu, ia satu hal yang menakjubkan.

Kelab-kelab dari Arab Saudi juga merupakan antara pasukan kegemaran untuk menjuarai saingan AFC Champions League.

Andai Ronaldo konsisten tajam di hadapan gawang dan kelabnya mampu menjuarai saingan AFC Champions League, jelas sekali ia menjadi faktor yang menyokong beliau untuk memenangi anugerah Ballon d’Or.

4) Al-Nassr menjuarai saingan AFC Champions League

Sebagai tambahan kepada kejayaan beliau memenangi kasut emas, Ronaldo juga perlu membantu Al-Nassr untuk menjuarai saingan AFC Champions League dalam usahanya untuk membawa pulang anugerah Ballon d’Or tahun hadapan.

Ronaldo merupakan antara bintang yang dijangka akan memberikan impak besar di kejohanan tersebut dan tidak akan mengejutkan andai bekas bintang Man United itu bakal mampu membantu Al-Nassr untuk mara lebih jauh di kejohanan tersebut.

Seandainya beliau berjaya melakukan hal tersebut, maka kedudukan Ronaldo sebagai calon kegemaran untuk memenangi anugerah Ballon d’Or akan semakin sangat kukuh dan sukar untuk ditandingi.

5) Menjuarai saingan Saudi Pro League bersama Al-Nassr

Kehadiran Ronaldo pada separuh kedua musim lalu tak banyak membantu Al-Nassr untuk menjuarai gelaran liga.

Al-Nassr hanya mampu mengakhiri saingan Saudi Pro League di kedudukan kedua sahaja musim lalu, lima mata dibelakang juara, Al-Ittihad.

Walau bagaimanapun, selepas melalui musim yang mendukacitakan musim lalu, Al-Nassr telah memulakan kempen saingan musim ini dengan sangat baik.

Selepas sembilan aksi dalam saingan liga, Al-Nassr berada di kedudukan ketiga, empat mata sahaja di belakang pendahulu liga dengan Ronaldo pula mendahului carta senarai penjaring terbanyak selepas meledak 10 gol.

Seandainya beliau mampu konsisten meledak gol dan membantu Al-Nassr menjuarai liga, maka ia akan mencerahkan lagi harapan untuk melihat beliau memenangi anugerah Ballon d’Or keenamnya sebelum bersara nanti.

Adakah Ronaldo masih berpotensi untuk memenangi anugerah Ballon d’Or? Atau sudah terlalu mustahil untuk beliau melakukan hal tersebut? Bincangkan diruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN