5 Alasan Liverpool Bakal Menjadi Pencabar Terkuat Musim 2018/19

Liverpool

Selepas menelan kepahitan tanpa sebarang kejuaraan pada musim lalu, nampaknya Liverpool telah mengorak langkah untuk maju ke hadapan dengan menjadikan jendela perpindahan musim panas ini sebagai antara masa paling sibuk buat mereka.

The Reds dilihat antara salah satu pasukan yang aktif dalam memburu pemain sebaik sahaja musim lalu berakhir.

Kejayaan Liverpool membawa masuk Fabinho, Naby Keïta,  Xherdan Shaqiri dan Alisson telah memberi gambaran awal bahawa skuad bimbingan Jürgen Klopp itu bertekad untuk menebus semula kegagalan mereka memenangi sebarang gelaran utama.

Ini merupakan 5 alasan utama skuad Liverpool mampu menjadi pencabar terkuat pada musim hadapan;

1. Dibarisi pemain tengah yang hebat

Walaupun Liverpool sebelum ini memiliki Jordan Henderson, Georginio Wijnaldum, Adam Lallana dan James Milner, kekuatan mereka ternyata masih belum cukup untuk memperkuatkan jentera tengah The Reds.

Peminat setia Liverpool percaya, pemain sedia ada tidak akan mampu untuk menyaingi pihak lawan di bahagian tengah.

Ditambah pula dengan kecederaan serius yang dialami Alex Oxlade-Chamberlain membuatkan situasi akan menjadi lebih rumit.

Namun, kelemahan tersebut kelihatan sudah berjaya diperbaiki dengan kehadiran Fabinho dan Naby Keita ke Anfield.

Kehadiran dua pemain tengah ini diharap mampu memperkukuhkan semula barisan tengah sekaligus memberi alternatif kepada masalah di posisi tersebut yang sekian lama membelenggu pasukan.

Dengan dua nama hebat yang telah berjaya direkrut Liverpool setakat ini, pemerhati bola sepak menjangkakan mereka mampu untuk membantu Liverpool  bagi memastikan bahagian tengah pasukan kukuh dan kuat.

 2. Kekuatan pemain simpanan

NEWARK, NJ – JULY 26: (THE SUN OUT, THE SUN ON SUNDAY OUT) Xherdan Shaqiri and Divock Origi of Liverpool during a training session at the Red Bull Training Centre on July 26, 2018 in Newark, New Jersey. (Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Jürgen Klopp sudah pastinya amat berharap kesebelasan utama dalam pasukan sentiasa berada keadaan cergas sepenuhnya sehingga berakhirnya kempen musim hadapan.

Meskipun begitu, Klopp tidak harus risau sekiranya pemain utama beliau mengalami kecederaan atau menerima penggantungan.

Ini kerana, barisan simpanan yang dimiliki Liverpool juga dilihat berpotensi menjadi skuad alternatif untuk menggantikan posisi bagi pemain utama.

Kedatangan Xherdan Shaqiri dan kembalinya Daniel Sturridge ke kem Liverpool memberi gambaran bahawa pasukan itu tidak lagi hanya bergantung kepada Roberto Firmino, Sadio Mané dan Mohamed Salah di jentera serangan pasukan.

Selain itu, Liverpool juga memiliki Marko Grujić, Divock Origi dan  Dominic Solanke yang mampu mengisi kekosongan jika diperlukan.

Di bahagian pertahanan pula, mereka memiliki hampir sepuluh pemain yang berpotensi untuk bersaing merebut posisi dalam kesebelasan utama.

Prospek muda seperti Joe Gomez, Connor Randall dan Trent Alexander-Arnold dilihat mampu menggalas tugas sebagai pemain kesebelasan utama jika sesuatu masalah menimpa pasukan pada musim hadapan.

3. Kedatangan Alisson Becker

Satu perkara yang menjadi masalah bagi skuad Liverpool sejak beberapa musim terakhir ini adalah posisi penjaga gol utama mereka.

Sejak posisi itu ditinggalkan Pepe Reina, Liverpool masih gagal memiliki seorang pengaja gol yang benar-benar menyakinkan.

Walaupun di awal kehadiran Simon Mignolet sedikit memberi keyakinan bagi mengemudi benteng terakhir The Kop, beliau kemudiannya dilihat telah gagal memberikan persembahan yang positif buat pasukan pada beberapa musim seterusnya.

Hal ini membuatkan pengurus pasukan ketika itu, Brendan Rodgers terpaksa merekrut penjaga gol kedua, Ádám Bogdán dari Bolton secara percuma sebagai pengganti sementara posisi tersebut pada jendela perpindahan musim 2015/16.

Apabila Liverpool menamakan Jürgen Klopp sebagai pengurus baharu kelab itu bagi menggantikan Rodgers, Klopp telah berjaya mengikat penjaga gol muda dari Jerman iaitu Loris Karius dengan kontrak bernilai £4.7 juta (RM28.2 juta).

Walaupun usianya yang masih muda, Karius diberi tugas berat sebagai penjaga gol nombor satu pasukan menggantikan Mignolet.

Namun, selepas diberi kepercayaan tersebut, aksi Karius hari ke hari telah mengecewakan Klopp dan seluruh peminat The Reds.

Ada yang menggangap pemain muda itu masih terlalu cetek pengalaman dan tidak layak untuk diletakkan sebagai penjaga gol nombor satu mereka.

Namun begitu, Klopp masih mempercayai kemampuan Karius dan terus mengekalkan beliau di benteng terakhir pasukan.

Melihat situasi buruk yang sedang dihadapi Liverpool, Jürgen Kloppp tiada pilihan lain dengan mencari penjaga gol baru sebagai pengganti kepada Karius.

Klopp menyedari bahawa beliau mesti memberi perhatian terhadap posisi itu jika mahu kelabnya terus menjadi mencabar hebat pada musim hadapan dan penjaga gol Brazil iaitu Alisson Becker menjadi pemain yang dipilihnya.

Liverpool telah berjaya mendatangkan Alisson dengan rekod perpindahan sebanyak £65 juta (RM344.7 juta).

Kehadiran Alisson kembali menyuntik semangat para pemain dan diharap mahu mengembalikan aura kekebalan benteng terakhir skuad The Reds.

4. Barisan pertahanan yang menyakinkan


Beberapa tahun terakhir ini, Liverpool dianggap sebagai pasukan yang lemah di bahagian pertahanan.

Namun selepas kedatangan Virgil Van Dijk pada Januari lalu, dan telah digandingkan bersama Dejan Lovren, ianya telah berjaya mengubah persepsi tersebut.

Meskipun penampilan awal Van Dijk gagal menunjukkan keputusan yang positif seperti yang diharapkan, namun masih ramai mempercayai bahawa beliau mampu memperbaiki permainannya selepas ini.

Sementara Lovren yang telah berjaya mempamerkan aksi luar biasa bersama Croatia di Piala Dunia yang lalu telah berjaya menyakinkan semula benteng pertahanan tengah Liverpool.

Justeru, gandingan Lovren dan Van Dijk tidak boleh dipandang mudah oleh pihak lawan pada musim depan.

Selain mereka berdua, Liverpool juga mempunyai dua pertahanan kiri dan kanan yang sedang meningkat naik seperti Trent Alexander-Arnold dan Andrew Robertson.

Pengalaman pada musim lalu membuatkan kedua-dua pemain muda ini diramal bakal menjadi trio gandingan pertahanan kiri dan kanan paling terbaik untuk Liverpool pada musim hadapan.

Jika kedua-duanya gagal memenuhi harapan tersebut, masih terdapat nama-nama yang mampu menggantikan mereka seperti Nathaniel Clyne dan Joe Gomez yang sentiasa bersedia apabila diperlukan.

5. Trio serangan yang hebat


Tidak perlu dipersoalkan lagi tentang kehebatan gandingan Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino sebagai penggempur terhebat yang paling digeruni di dunia ketika ini.

Ketiga-tiga tonggak utama serangan The Reds ini telah berjaya ‘menghidupkan’ semula aura trio serangan yang pernah dimiliki Liverpool sebelumnya.

Musim 2017/18 dianggap sebagai musim yang cemerlang bagi mereka meskipun gagal membantu Liverpool memperoleh sebarang kejuaraan.

Salah telah memenangi pelbagai bentuk pengiktirafan dengan aksi yang luar biasa beliau, sementara dibantu oleh Mane dan Firmino yang cemerlang dengan memainkan peranan penting sehingga berjaya membawa Liverpool melangkah ke pentas akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Sekiranya trio serangan ini terus berada di prestasi yang cemerlang maka tidak mustahil bagi Liverpool untuk menjadi sebuah pasukan yang paling sukar untuk dikalahkan pada musim depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN