FMLLP Terima Rayuan T-Team & Perlis, 3 Mata Dikembalikan Semula

Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) sebentar tadi mengambil keputusan untuk menarik balik larangan perpindahan pemain kepada pasukan T-Team dan Perlis.

Keputusan FMLLP itu turut melibatkan pemotongan mata kedua-dua pasukan yang dikenakan sebelum ini dikurangkan daripada 6 mata kepada 3 mata.

Keputusan ini diumumkan melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh badan penganjur Liga Malaysia tersebut sebentar tadi.

Kredit: Football Malaysia LLP

Menurut kenyataan tersebut, 3 pasukan iaitu T-Team, Perlis dan ATM telah mengemukakan rayuan mereka kepada FMLLP terhadap pemotongan 6 mata liga dan larangan perpindahan pemain semasa jendela kedua.

Bagaimanapun, nasib ATM masih belum dijelaskan memandangkan kes berkenaan memerlukan siasatan lanjut daripada pihak FMLLP.

Kenyataan daripada pihak FMLLP turut menyebut satu surat yang dikeluarkan oleh pihaknya pada 2 Mei 2017 dengan jelas menyatakan bahawa pasukan yang tidak mengemukakan dokumen yang diperlukan sebelum 15 Mei 2017 akan dikenakan penggantungan perpindahan pemain pada jendela kedua.

Pasukan T-Team dan Perlis telah mengemukakan dokumen seperti yang dikehendaki sebelum tarikh yang ditetapkan.

Perlis vs ATM Januari lalu. Kredit: Perlis FA Official

Pada awal Mei yang lalu, FMLLP mengumumkan hukuman pemotongan 6 mata dan larangan mendaftar pemain baru bermula 15 Mei 2017 ini (tarikh jendela perpindahan pemain yang kedua dibuka) kepada 2 pasukan Liga Super; Kelantan dan T-Team dan 2 pasukan Liga Premier; ATM dan Perlis.

Hukuman ini dibuat susulan kegagalan 4 pasukan berikut melengkapkan proses pendaftaran melalui Sistem Pengurusan Maklumat Bolasepak (SPMB) sebelum 31 Mac 2017 yang lepas.

T-Team dalam aksi Liga Super semalam. Kredit: T-Team

Sehari selepas pengumuman hukuman tersebut, CEO pasukan T-Team iaitu Aidi Naim Mohamad Samsani telah mengeluarkan kenyataan di Facebook rasmi T-Team untuk menjelaskan situasi sebenar.

Beliau mengakui berlaku sedikit kelewatan dalam mengemas kini Sistem Pengurusan Maklumat Bola Sepak (SPMB) dan MYPass.

Bagaimanapun T-Team telah pun memaklum perkara ini kepada pihak berkenaan sebelum tarikh akhir diberikan oleh pihak FMLLP pada 31 Mac 2017.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa bbjektif FMLLP adalah pematuhan oleh pasukan. Dalam kes sebegini, ia adalah pematuhan kepada tarikh akhir untuk menghantar dokumen bagi pendaftaran pasukan.

FMLLP berharap agar pematuhan oleh pasukan akan diperbaiki dan tidak berulang untuk masa akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN