Tidak lama setelah diperkenalkan kepada media melalui satu sidang media di The St. Regis, Kuala Lumpur petang tadi, Nelo Vingada terus menjalankan tugasnya.
Tanpa membuang masa, Vingada telah memanggil seramai 26 pemain untuk menyertai skuad Harimau Malaya untuk aksi sulung kelayakkan Piala Asia 2019.
Malaysia dijadualkan bertemu dengan Lebanon dalam pusingan akhir kelayakkan Piala Asia pada 13 Jun akan datang.
Melainkan ada sebarang perubahan dan pengumuman baru dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), perlawanan menentang Lebanon ini akan diadakan di Stadium Tan Sri Daro’ Haji Hassan Yunos, Johor Bahru.
Senarai 26 pemain yang dikeluarkan oleh FAM petang tadi dikehendaki untuk melaporkan diri di Johor Bahru bermula 29 Mei ini.
Bagaimanapun, 11 pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) perlu melapokan diri pada Jumaat , 2 Jun selepas mereka selesai tugasan Piala AFC 2017 bertemu Ceres di Filipina pada 31 Mei.
Panggilan sulung oleh Nelo Vingada ini juga meyaksikan 13 pemain dari daripada 22 pemain yang dipanggil oleh Datuk Ong Kim Swee untuk perlawanan persahabatan menentang Filipina pada Mac lalu dikekalkan.
4 bekas pemain JDT yang pernah mengumumkan persaraan iaitu Safiq Rahim, S. Chanturu, Mohd Amirulhadi Zainal dan Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak turut tersenarai dalam senarai 26 pelatih yang dipanggil.
3 pemain Pahang iaitu Nor Azam Abdul Azih, Ahmad Syamim Yahya dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria turut tersenarai dalam perancangan awal Vingada.
Nelo Vingada juga akan dibantu oleh pembantu beliau, Tan Cheng Hoe buat pertama kalinya dalam perlawanan menentang Lebanon nanti.
Pasukan kejurulatihan skuad Harimau Malaya yang lain terdiri daripada Joao Arnaldo Correia De Carvalho, 59, dari Portugal serta jurulatih penjaga gol, Azmin Azram Abdul Aziz, 41 dan jurulatih kecergasan, Francisco Jose Bruto Da Costa, 36, dari India.