42 Pemain Di Kem Thailand, Tetapi Mereka Tetap Gagal Sehingga Dikritik

Akira Nishino Thailand kelayakan Piala Dunia 2021 Dubai 42 pemain

Thailand didapati membawa skuad yang besar ke Dubai, UAE untuk meneruskan baki saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 iaitu 42 pemain keseluruhannya.

Ada yang mengatakan mereka membawa 39 pemain dan Goal pula telah melaporkan seramai 47 pemain telah dibawa. Walau apa angka sekalipun yang dimaklumkan, jelas ia satu jumlah yang sangat besar telah diterbangkan oleh FA Thailand ke Dubai.

Boleh dikatakan, mereka boleh membentuk tiga skuad berlainan untuk turun bermain! Namun, keputusan yang mereka raih dalam enam perlawanan amat mengecewakan.

Pada awalnya, mereka hanya membawa 39 pemain sebelum disertai tiga lagi pemain termasuk pemain yang diterbangkan khas daripada kelab English Premier League, Leicester City iaitu Thanawat Suengchitthawon yang baru berusia 21 tahun.

Beliau dilapor tiba berasingan dan sedikit lewat daripada skuad yang terbang bersama pengendali, Akira Nishino kerana berangkat terus daripada England, sebagaimana Dion Cools yang tiba lewat dari Belgium untuk menyertai kem skuad kebangsaan tempohari.

Peraturan FIFA tidak menghadkan jumlah pemain dibawa ke Dubai untuk pusingan kelayakan ini, walaupun hanya 23 pemain didaftarkan untuk pada hari perlawanan.

Jadi, Akira Nishino memanfaatkan peluang ini dengan membawa seramai mungkin pemain dek kerana masa yang terhad untuk membuat kem latihan dan memilih pemain. Ini juga kerana beliau kehilangan beberapa pemain tonggak pasukan.

Antara yang tidak dapat dibawanya ke baki saingan kelayakan ini adalah penyerang lagenda mereka, Teerasil Dangda dan dua pemain yang sedang beraksi di J-League, Theerathon Bunmathan dan Chanathip Songkrasin. Ini telah menyukarkannya.

Dengan senarai 42 pemain yang berada di kem Gajah Perang tempohari, siapa yang mampu menilik pemain yang akan disenaraikan dalam kesebelasan utama? Malaysia yang hanya membawa 26 pemain pun sukar beri peluang untuk semua bermain.

Mereka telah melalui tiga perlawanan persahabatan dan tiga aksi kelayakan berdepan Malaysia, Indonesia dan UAE. Daripada enam pertembungan, mereka seri dua kali dan kalah empat perlawanan. Thailand dilihat serba tidak kena dalam ‘siri jelajah’ kali ini.

Yang positif mungkin adalah kebangkitan generasi akan datang mereka yang kita bakal saksikan dalam dekad ini terutamanya di saingan Piala AFF, pada Disember depan, seperti Supachok Sarachat, Ekanit Panya, Supachai Chaided dan Suphanat Mueanta.

Bekas pengendali mereka dari tahun 2005 hingga 2008, Charnwit Polcheewin dipetik berkata kepada media Thailand yang standard mereka telah jatuh kembali ke Asean. Jelasnya, “Staf teknikal harus membentuk pasukan kita semakin baik menuju ke Asia.”

https://twitter.com/rejoicerebuild/status/234336400781213696

“Tetapi, kini, kita sedang ke belakang, kembali ke [standard] Asean. Berani untuk saya katakan, saya tidak pernah kalah ketika membimbing pasukan. Pemain saya tidak pernah tewas,” tambahnya mengenai rekod pertembungannya dengan pasukan Asean.

Untuk rekod, sepanjang 27 perlawanan di bawah kendaliannya, Thailand hanya tewas tujuh kali, majoritinya dalam aksi persabahatan. Dalam kelayakan Piala Dunia 2010, mereka tewas dua kali dalam pusingan ketiga, sebelum beliau melepaskan jawatan.

Dengan pasukan Asean seperti Malaysia, Filipina dan Vietnam sekalipun, Charnwit Polcheewin tidak pernah tumbang. “Kita bawa 41 pemain [sebelum Suengchitthawon tiba], sudah tentu sukar untuk kita pilih. Bagaimana pasukan nak menjadi?” soalnya.

“Anda lihat sendiri, daripada 41 pemain yang dibawa, berapa ramai yang mampu beraksi di tahap Asia? Jurulatih kelahiran Thailand seperti Zico [Kiatisuk Senamuang], Piyapong atau saya, kami lebih fokus kepada permainan berpasukan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Thailand tewas 0-1 kepada Malaysia dalam aksi terakhir Kumpulan G, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dan dipintas Malaysia di kedudukan ke-3 kumpulan. Malaysia dan Thailand akan bersaing di kelayakan Piala Asia selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN