4 Tonggak Tumpuan Untuk Aksi MFL Challenge Cup 24/25

Saingan MFL Challenge Cup 2024/2025 kembali membuka tirai saingan hari ini dengan membabitkan empat pasukan yang akan memburu slot ke pentas akhir bagi menentukan siapa juara musim ini.

Menerusi dua perlawanan yang bakal berlangsung, ia dimulakan dengan aksi membabitkan PDRM menentang Kedah Darul Aman (Kedah) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang terlebih dahulu pada hari ini.

Bersambung keesokan harinya pula, Penang bakal melayan kunjungan Selangor di Stadium Bandaraya dan dijangka kedua aksi itu bakal tampil dengan sangat sengit.

Untuk saingan separuh akhir ini, masing-masing sudah tentu mencipta persiapan rapi dengan setiap jurulatih pastinya sudah mempunyai senarai pemain tonggak mereka bagi dibawa turun dalam kesebelasan utama.

Berikut merupakan empat pemain tumpuan bagi setiap pasukan yang dijangka bakal memainkan peranan penting untuk menbantu kelab diwakili mereka meraih keputusan positif.

Fayadh Zulkifli (Kedah)

Pemain sayap lincah Kedah ini dijangka bakal meneruskan momentum positif beliau pada aksi tersebut selepas beliau cemerlang memastikan Sang Kenari meraih kemenangan sewaktu bertemu Kelantan Darul Naim (Kelantan DN).

Apa tidaknya, Fayadh menjadi peledak gol tunggal kepada Kedah pada aksi tersebut untuk meletakkan pasukan itu meraih tiga mata penting di halaman sendiri.

Tidak hanya tajam di hadapan gol, seperti diketahui Fayadh memiliki keupayaan tinggi daripada segi gelecekan bola serta pantas membuat pecutan bagi mengatasi pertahanan lawan.

Ifedayo Olusegun (PDRM)

Segar dengan kejayaan meledak dua gol ketika menewaskan Melaka di pentas suku akhir, sudah tentu penyerang kelahiran Nigeria ini menyimpan hasrat untuk terus mencipta reputasi selaku antara pemain serangan berbisa di Malaysia.

11 gol daripada 15 perlawanan telah direkodkan Ifedayo setakat ini bersama PDRM selain kejayaan meledak hatrik sulung musim 2024/2025 ketika menewaskan Kelantan DN menjadikan beliau terus berpengaruh selaku penyerang handalan.

Keupayaan Ifedayo daripada segi ketajaman di hadapan gawang gol tidak boleh dinafikan lagi dan sudah tentu ia terhasil menerusi bantuan pemain berkualiti seperti Shahrel Fikri dan Bruno Suzuki.

Dylan Wenzel-Halls (Penang)

Dylan kini sudah tentu menjadi antara pemain Penang paling berkobar-kobar untuk mengharungi aksi seterusnya bersama pasukan tersebut di pentas domestik.

Kejayaan Dylan meledak hatrik sulung beliau musim ini ketika menentang Perak sudah tentu menjadikan beliau sangat bermotivasi untuk terus menggegarkan gawang gol pasukan lawan.

Kelincahan, kreativiti, serta ketajaman Dylan sentiasa dianggap cukup konsisten dalam perlawanan diharungi bersama kelab tersebut dan dijangka pemain dari Australia itu bakal memainkan peranan penting untuk menghadapi Selangor.

Alvin Fortes (Selangor)

Boleh dianggap Fortes kini sebagai pemain paling bernilai dan berpengaruh untuk menghasilkan jaringan bersama Selangor baik di pentas domestik atau kejuaraan Asia.

Beraksi di posisi sayap kanan, Fortes memiliki kelincahan yang sangat baik untuk memperdayakan pertahanan lawan selain kualiti beliau melakukan hantaran berbahaya.

Malah, Fortes juga sangat tajam di hadapan gawang gol menerusi kualiti beliau menghasilkan gol pada musim ini bersama The Red Giants.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN